04 - Budak Kecil ?

12 2 0
                                    

🌹🌹🌹

ROSE berjalan mundar-mandir di dalam kamarnya. Tak cukup dengan itu, dia berjalan hingga ke dinding dan siling kemudian turun ke lantai. Lalu diulang semula benda yang sama hingga Liana naik pening jadinya.

Air jus mangga yang berada di dalam gelasnya itu dihirup menggunakan straw. Dahaga pula rasanya. Sekali lagi, Liana terpaksa meminta cuti kecemasan kerana masalah yang menimpa Rose.

Resah.

Itu yang dirasakan oleh Rose ketika ini. Mana tak resahnya, tiba-tiba saja dia bangun dari tidur, dia jadi budak kecil.

Itu ke maksud mimpinya.

Apa yang dia nak buat ni ?

"Kau dapat agak tak siapa yang buat kau macam ni ?"

Liana sengaja bertanya. Kot-kot Rose ada menyakitkan hati mana-mana penyihir. Sampai kena sumpah jadi budak kecil.

Rose menggelengkan kepala.

Pekan Wythnos ni kebanyakkan didiami oleh manusia. Sepanjang dia bekerja di hospital, serasanya dia tidak pernah mendapat pesakit dari golongan bangsa penyihir.

Hidupnya hanyalah kerja-rumah. Rumah-kerja. Memang membosankan.

"Mungkin musuh kau beratus tahun yang lalu."

Rose menggelengkan kepalanya lagi. Dia tak pernah membuat musuh. Kalau ada pun, mesti dah mati. Kan ?

Dia menjadi doktor lebih dari tiga ratus tahun. Sebelum itu, dia hanya hidup biasa-biasa sahaja.

Biasa-biasa macam mana tu ?

Arghh.

Serabut.

Liana melepaskan keluhan kecil. Kasihan pula melihat kawannya yang kelihatan serabut itu.

"Kau ada kenal mana-mana penyihir ?"

Rose menoleh. Seakan ada sebuah mentol berkelip di atas kepalanya. Dia teringat akan mimpinya.

"Silas."

"Siapa tu ?"

Rose mengecilkan matanya. Seperti enggan memberitahu Liana tentang Silas.

Liana mengangkat kedua belah tangannya. Faham sangat dengan diri Rose yang suka berahsia.

"Okey kalau kau tak nak bagitahu takpe. Jangan la buat muka macam tu."

"Comel sangat la." Liana memicit-micit pipi gebu Rose.

Rose menepis tangan Liana.

"Boleh tak berhenti kata aku comel."

"Nak buat macam mana. Dah kau comel sangat. Macam ni rupanya muka budak kau."

Liana menyengetkan kepala. Matanya tak putus-putus memandang Rose.

"Dah kenapa pandang aku ni."

Rambut panjang Rose dipintal-pintalnya. "Aku pelik je, rambut kau bukan warna hitam ke. Lepas tu, mata kau patutnya warna kelabu. Kenapa lain ?"

Liana tiba-tiba menyoal soalan yang terbuku di dadanya sedari tadi. Kalau bukan dia sendiri menyaksikan perubahan diri Rose yang menjadi budak kecil, memang dia tak akan percaya bahawa budak kecil itu adalah Rose.

Sangat berbeza.

"Ni warna asli rambut dengan mata aku."

Memang selama ni dia mewarnakan rambutnya yang kuning keemasan menjadi warna hitam. Nampak macam ada unsur-unsur misterius sikit. Warna matanya juga dia ubah. Dia memakai ubat titis mata yang mampu menukar warna mata. Dia rasa warna matanya yang merah jernih itu tidak cantik.

"Bukan ke lebih cantik warna asli macam ni," puji Liana.

"Kau macam suka je aku jadi macam ni."

"Eh mana ada la," ujar Liana sambil tertawa.

Rose menjulingkan matanya ke atas.

Liana tergelak-gelak hingga berjurai jurai air mata. Rambutnya yang panjang itu diselitkan pada telinga yang kelihatan runcing.

"Lagi satu si bangang, sekali lagi kau panggil aku budak, bersiap sedia untuk hilang telinga runcing kau."

Nada suara Rose kedengaran menggugut. Namun sangat tidak sesuai dengan raut wajahnya yang comel.

"Dah kau nampak macam budak."

"Ni rupa aku waktu aku umur 13 tahun la bunian bodoh," herdik Rose.

Mata Liana membulat apabila mendengar kata-kata Rose.

"Tiga belas tahun ?"

Panggilan bunian bodoh itu tidak membuatkan Liana terkejut pun kerana sudah banyak kali Rose memanggilnya begitu.

Ya, dia adalah seorang bunian. Kerana itu telinganya runcing.

Liana memandang Rose dari atas hingga ke bawah. Tubuh Rose sangat kecil bagi orang yang berusia 13 tahun. Rose nampak macam, 10 tahun.

Tapi bila fikir semula, susuk tubuh Rose yang dewasa pun tidak la tinggi mana. Jadi tidak menghairankan pun kalau sewaktu budak Rose bertubuh kecil dan pendek.

Liana mengherotkan bibirnya.

"Aku rasa, aku dah jumpa jalan penyelesaian untuk masalah kau ni."

"Apak-"

Bunyi loceng rumah membatalkan Rose dari bertanya dengan lebih lanjut. Rose dan Liana memandang antara satu sama lain.

🌹🌹🌹

Sumpahan Untuk Rose BlossomWhere stories live. Discover now