♪♪ Did you see my bag , Did you see my bag .. It's hella trophies and it's hella thick ♪♪ Mic Drop by BTSItulah lagu yang bermain di earphone seorang gadis bergelar Yuyu. Wajahnya kelihatan biasa tetapi di fikirannya sedang berdansa lagu itu. Yuyu, seorang gadis 20 tahun yang merupakan pelajar seni di sebuah universiti . Dia juga baru sahaja berpindah ke bandar A 2 bulan yang lalu kerana mahu mulakan kehidupan baru setelah dia mengalami trauma beberapa tahun yang lalu bersama abangnya.
Sedang dia berjalan menuju ke universitinya, sebuah kereta mewah berhenti di bahu jalan. Mengenali kereta itu, wajah Yuyu berubah meluat. Yuyu hanya meneruskan perjalanannya apabila pintu pemandu dibuka dan pemandu kereta itu mengejarnya.
"Yuyu, awak nak ke Uni ke? Saya hantarkan awak ye?" Kata pemuda yang bernama Ryan, seorang jejaka pujaan gadis-gadis di Uni kerana wajahnya yang tampan dan comel, juga seorang yang kaya raya.
"Tak pe Ryan, saya boleh pergi sendiri" jawab Yuyu dan meneruskan perjalananya.Ryan cuba menahan Yuyu untuk terima pelawaannya, belum sempat Yuyu menjawab, suara seorang jejaka datang dari arah hadapan mereka..
"Baby gurl ! Awak pindah dekat bandar ni rupanya, puas saya cari awak"
"Baby girl??" Ryan bertanya kepada Yuyu.
Yuyu memandang Ryan dan berkata bahawa dia terima pelawa Ryan untuk pergi ke Uni bersama sambil memegang jaket Ryan dengan riak wajah yang meminta tolong. Ryan terus memberi jelingan tajam pada pemuda asing itu dan membawa Yuyu ke kereta.
"Yu ! Yu ! Awak nak pergi dengan siapa Yu ! Awak tak boleh lari dari saya, awak tahu tak !" Kata pemuda itu agak lantang.
Yuyu menurunkan tingkap kereta itu dan menunjukkan jari tengah sebaik sahaja lalu di sebelah jejaka itu. Ryan yang melihat itu sedikit terkejut. Setelah mereka jauh sedikit dari pemuda tadi, Yuyu menghembus nafas lega. Ryan mula bertanya, siapakah pemuda itu.
"San, ex boyfriend saya" jawab Yuyu.
"Ex ? Kenapa dia masih ganggu awak ? Tak move on lagi ke mamat tu?" Ryan tanya macam-macam dengan nada kerisauan sedikit kebudak-budakan.
"Saya tak tahu.. awak boleh berhenti di depan ni. Saya tak nak sesiapa nampak saya naik kereta dengan awak" pinta Yuyu.
YOU ARE READING
NO MORE WAITING !
RomanceA girl who just moved to City A because of her past trauma, ready to start new life. She still get annoyed by her ex , San and her college rich guy , Ryan. She keep ignore them and just fangirling. She then met a guy at her brother's Yoongi, booksto...