5

18 3 0
                                    

Sebelum Chan menceritakan semuanya, dia mengeluarkan keychan milik Yuyu dari dalam laci meja sebelahnya.

"Mana senior dapat keychain ni?" tanya Yuyu.

"Hari pertama kita berjumpa semasa awak buka pintu kedai kuat sangat tak perasan saya didalam" Chan tersenyum.

Wajah Yuyu bertukar terkejut bercampur malu.

"Serius la time tu?" Yuyu inginkan kepastian dan Chan hanya mengangguk.

"Saya memang nak bagi balik tapi ada benda saya perlu settlekan"

"Macam mana awak tahu saya ada dekat taman ? Don't tell me you can hear mind macam movie Twilight tu??!!"

Chan mengangguk sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Ahhh malu nya saya!! Senior mesti dah tahu perasaan saya. Saya minta maaf senior!" Ucap Yuyu sambil menutup mukanya kerana malu.

"Haha tak pe, saya okay.."

"Senior okay? Senior suka saya tak?" entah dimanalah Yuyu mendapat keberanian mendekatkan dirinya pada Chan sedangkan tadi dia teramat lah malu.

"Hahaha.. Tak" Chan menolak bahu Yuyu perlahan supaya sedikit jarak darinya.

"Ehhhh!!! Saya kena reject ke?" Yuyu mula sedih.

Chan menjadi risau kalau dia betul-betul sudah menyakiti perasaan Yuyu. Belum sempat tangan nya ingin memegang bahu Yuyu untuk menenangkannya Yuyu kembali dekat padanya. Mata mereka saling berpandangan.

"Saya tak akan putus asa, hehe" kata Yuyu dengan semangat dan kembali ke posisi asal.

Jantung Chan mula merasa gugup dan berdegup lebih kencang apabila didekati seorang wanita yang merupakan sumber makanan utamanya yang paling lazat.

"Awak tak takut ke saya vampire?" Chan cuba kawal dirinya.

Yuyu menggelengkan kepala dan berkata..

"Saya yakin senior bukan vampire jahat. Senior vampire baik macam Edward Cullen. Tapikan senior, senior je ke yang boleh baca fikiran orang macam Edward?"

"Ya, saya je"

"Siapa yang serang saya tadi? kes kematian baru-baru ni kaitan dia juga ke? Kenapa dia ada bau aneh senior tak de?"

Chan mengeluh disoal bertubi-tubi begitu tapi apakan daya dia tetap menjawab dengan tenang.

"Tadi tu Hwa dan ya, dia lah yang membunuh 2 orang wanita baru-baru ni. Bau dia terjadi sebab dia memang suka buru manusia. Nasib awak baik kerana suara fikiran awak lebih kuat didengari" Chan mengeluh kerana dia tidak dapat menyelamatkan dua orang mangsa Hwa itu.

"Ouh.. It's not your fault senior. You've try your best to save people" Yuyu memberi semangat.

"Right...." Chan balas perlahan dan menunduk sedikit.

"Senior" panggil Yuyu.

Chan memandang Yuyu yang sedang senyum kepadanya. Chan bertanya kenapa.

"I love You" kata suara hati Yuyu, senyuman berganda sehingga menimbulkan 'Eye Smile'.

Chan tertawa kecil melihat gelagat Yuyu yang mengusiknya dengan berkomunikasi melalui fikirannya.

"Main-main eh.. Dah lewat ni.. Saya hantar awak balik?" Chan cuba melarikan diri dari terus diusik Yuyu.

Yuyu melihat Jam di telefon nya dan mendapati sudah pukul 8:30 malam. Matanya terbeliak dan harus segera pulang kerana abangnya pasti risau. Mereka berdua bingkas bangun. Belum sempat mereka ingin beredar, telefon Yuyu berbunyi. Panggilan dari abangnya. Yuyu terkejut dan dengan tidak sengaja dia tutup mulut Chan dengan tangannya, tidak mahu Chan bersuara.

NO MORE WAITING !Where stories live. Discover now