Keesokkan harinya di dalam kelas, lecture Yuyu memberitahu bahawa minggu hadapan, mereka akan bekerjasama dengan senior untuk kerja khusus seterusnya yaitu sculpture. Para Senior akan mengenalkan diri mereka pada kelas petang nanti."Eh, agak-agak kita dapat senior macam mana eh?" tanya Lucy kepada Ana perlahan supaya tidak didengari lecture mereka.
"Harap yang tak sombong lah" jawab Ana, Lucy mengangguk setuju.
Pada petang itu, sekumpulan senior dari bahagian sculpture tiba untuk membantu dan bekerjasama dengan junior untuk kerja khusus sekaligus untuk hari usahawan nanti. Seorang demi seorang masuk kedalam kelas dan mata Yuyu hanya tertumpu pada seorang senior sahaja. Pemuda yang dia ternampak di kedai buku abangnya semalam merupakan salah seorang Senior nya.
"Awhhhhh! Kecik nye dunia ni.. Dia senior aku rupanya.. Ahhh " inner side Yuyu menjerit keseronokkan tetapi luaran nya kelihatan sangat tenang.
Seorang demi seorang senior mengenalkan diri mereka. Tibalah giliran pemuda yang ditunggu-tunggu oleh Yuyu untuk mengenalkan dirinya.
"Hai, saya Chan, BangChan" katanya.
"Ouh Channnnnnnn" Yuyu tersenyum kepada Chan, Chan yang ternampak hanya senyum kecil.
"Eh senior Alex tu handsome lah.. Aku nak team dengan dia lah" kata Ana kepada Lucy sambil memandang Senior Alex.
"Ouh, aku nak senior Bora. Aku dengar dia top students. Boleh kita sama-sama tolong" balas Lucy dan Ana mengangguk setuju.
Mereka semua sudah diagihkan mengikut team yang dipilih masing-masing. Yuyu sangat teruja dan juga malu apabila dapat satu team dengan Bangchan. Entah kenapa dia merasa sejuk berdiri disebelah Chan. Chan juga merasa kurang selesa dan cuba untuk jarakkan dirinya dari Yuyu.
"Baiklah, sekarang kamu dan senior kamu bincangkan sculpture ape kamu nak buat untuk hari usahawan nanti ye" kata Lecture mereka dan beredar meninggalkan pelajarnya dalam jagaan pelajar Senior.
"Uhm.. Senior Chan nak buat sculpture ape?" Yuyu beranikan diri bersuara dahulu.
"Ouh uhm awak ada apa-apa cadangan?" Senior Chan membalas sedikit perlahan.
"Dia tak suka aku ke? Macam nak tak nak je jawab" soal Yuyu didalam hati.
"Saya ingat nak buat sculpture seorang ibu mendukung seorang bayi dengan lemah lembut. Kebetulan hari usahawan nanti dekat dengan hari ibu" Yuyu menyatakan ideanya.
"Ouh, uhm okay jugak tu. Maaf kalau saya macam ni. Saya tak selesa dengan orang.. Maksud saya, saya introvert" jelas Chan tersenyum kecil kepada Yuyu.
"Tak pe, Yuyu faham" sambil membalas senyuman.
"Ahhhhh dia tak suka aku ke? Betul ke introvert ni.. Tapi memang nampak pemalu.. Ah makin in love lah" suara hati Yuyu menjerit.
Mereka berdua membuat rancangan dan plan untuk sculpture mereka. Sedang mereka merancang, Yuyu ternampak sapu tangan Chan yang mempunyai embroidery 'BC'.
YOU ARE READING
NO MORE WAITING !
RomanceA girl who just moved to City A because of her past trauma, ready to start new life. She still get annoyed by her ex , San and her college rich guy , Ryan. She keep ignore them and just fangirling. She then met a guy at her brother's Yoongi, booksto...