Keesokan harinya, Yuyu bangun sangat awal. Sebenarnya dia tak tidur pun kerana memikirkan tentang apa yang dilihatnya kelmarin. Sukar untuk dipercayai bahawa vampire seperti di dalam movie Twilight kesukaan nya benar-benar wujud cuma sedikit berbeza. Senior Chan tidak berkilau seperti batu permata apabila terdedah dengan matahari cumanya Chan sering mengenakan pakaian serba hitam. Dari topinya hingga ke kasut. Tidak tahu lah ada sesuatu atau dia memang suka hitam. Yuyu akan tanyakan soalan itu pada Chan nanti.Selepas bersiap-siap untuk ke Uni, Yoongi mengucapkan selamat tinggal dan hati-hati sambil tersenyum kepada Yuyu. Yuyu mula hairan kerana tak pernah-pernah abangnya begitu.
Sebaik sahaja Yuyu keluar, Ryan sudah tunggu di depan. Yuyu menjerit perlahan kerana terkejut.
"Hehe morning, Yuyu" ucap Ryan.
"Ryan.. terkejut saya .. awak buat apa dekat rumah saya pepagi ni?"
"Saya nak pergi Uni dengan awak lah, hehe. Saya dah mintak izin abang awak dah, dia izinkan.. Jom la" jelas Ryan sambil membuat muka comelnya.
"ish abang ni.. memandai je" kata hati Yuyu tetapi melemparkan senyum tidaklah begitu ikhlas dan mengikut Ryan masuk kedalam kereta mewahnya.Sepanjang perjalan, Yuyu hanya senyap. Ditanya Ryan macam-macam, dijawabnya sepatah. Sehinggalah mereka hampir sampai ke Uni, Yuyu meminta Ryan untuk memberhentikan kereta dan turun di situ.
"terima kasih Ryan, saya jalan dari sini je. Nanti peminat awak (senior chan lalu dibelakang Yuyu membuatkan Yuyu berhenti bercakap)"
"kenapa Yuyu?"
"nanti peminat awak nampak saya, mati saya. Saya pergi dulu, bye !" ucap Yuyu laju-laju dan pergi mengejar senior Chan.
Yuyu menegur senior Chan dengan senyuman ceria di wajah. Ryan yang memerhati dari tadi sedikit kecewa kerana Yuyu tidak pernah senyum seceria itu apabila bersamanya. Ryan meneruskan pemanduannya sehingga masuk kedalam kawasan Uni.
Yuyu asyik bersembang dengan senior Chan walaupun Chan jawab sepatah dua sahaja. Yuyu mencari kunci bengkel didalam begnya apabila semakin tiba dengan bengkel Sculpture. Tanpa menyedari dia terlanggar belakang Chan yang berhenti mengejut.
"aduduh, Senior berhenti kenapa? eii dah la badan tu keras macam batu, sakit lah" merungut Yuyu sambil memegang dahinya"
"sorry, tapi kita dah sampai" balas senior Chan sedikit serba salah.
"ouh, dah sampai eh, jap okey nah kunci" Yuyu memberikan kunci bengkel kepada Chan.
Chan masuk kedalam dahulu manakala Yuyu terhenti kerana teguran dari Ana dan Lucy yang baru tiba bersama senior mereka. Selepas membalas ucapan selamat pagi, Yuyu masuk kedalam dan mendapati senior Chan sudah duduk di meja belakang dengan tanah liat yang sudah diambilnya.
"wow, laju betul senior buat kerja" kata Yuyu sebaik sahaja tiba di meja Chan.
Chan hanya menjawab dengan mengangkat sebelah keningnya dan mula membuat rangka untuk sculpture mereka dibantu oleh Yuyu. Sedang mereka fokus membuat rangka, Yuyu mendapat satu idea untuk mengusik senior Chan. Dengan beraninya, dia membuka earphone yang dipakai Chan sepanjang masa itu.
YOU ARE READING
NO MORE WAITING !
RomanceA girl who just moved to City A because of her past trauma, ready to start new life. She still get annoyed by her ex , San and her college rich guy , Ryan. She keep ignore them and just fangirling. She then met a guy at her brother's Yoongi, booksto...