9

18 2 0
                                    


Keesokkan harinya, Chan datang awal ke Uni. Dia menyiapkan terus sculpture nya. Pada jam 9 pagi, Yuyu akhirnya tiba di bengkel. Dia terkejut melihat Chan yang menyiapkan sculpture mereka seorang diri. Yuyu menegur.

"Selamat pagi senior, awalnya datang, kenapa tak tunggu saya kita siapkan sama-sama sculpture ni."

"Saje" jawab Chan sepatah dengan wajah agak marah.

"Senior kenapa? Saya ada buat salah ke ?" Tanya Yuyu sambil mendekatkan dirinya pada Chan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Senior kenapa? Saya ada buat salah ke ?" Tanya Yuyu sambil mendekatkan dirinya pada Chan.

Chan bingkas bangun dan beredar. Yuyu melihat Chan keluar dengan hairan.

"Aku buat salah ape ??!! Eishh vampire ni complicated betul dari aku" Yuyu berkata seorang diri. Dia cuba kemaskan apa yang patut pada sculpture itu.

Chan pergi ke tandas untuk menyuci muka. Dia menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Dia melihat cermin didepannya.

"Kenapa aku masih marah, aku suka dia ke? layak ke aku suka dia?" keluh Chan dan kembali ke bengkel.

Dalam perjalanan pulang, dia ternampak Yuyu sedang berbual dengan Ryan di luar bengkel. Chan mencuri dengar perbualan antara Ryan dan Yuyu itu.

"Terima kasih temankan saya semalam. Saya tak tahu nak mengadu dekat siapa. Saya tak ada kawan. Awak dengan abang Yoongi je saya ada. Oh, maaf saya peluk awak semalam. Saya.. tak bermaksud lain" kata Ryan sambil menundukkan kepala sedikit.

"Tak pe Ryan, saya faham. Terima kasih kerana percayakan saya sebagai kawan awak" Yuyu menepuk bahu Ryan sambil tersenyum.

"Haish, awak layan saya macam ni, saya makin suka dekat awak, Yuyu"

Mendengar kata-kata Ryan itu, Yuyu mengalihkan tangannya dari bahu Ryan.

"Sorry Ryan.. Awak tahu kan saya sukakan siapa.."

"Tapikan dia dah reject awak"

"Siapa cakap aku reject dia?" Chan mencelah membuatkan Yuyu terkejut dengan kata-kata Chan.

"Senior..."

"Aku tak reject dia, aku cuma tak bagitahu jawapan aku je" jelas Chan.

Yuyu mengeluh dan masuk kedalam bengkel.

"heh, senior tak bagi tahu jawapan jadi saya masih ada peluang untuk dekat dengan Yuyu" kata Ryan sambil menepuk bahu Chan dan beredar.

"noob" kata Ryan dalam hati yang boleh didengari Chan. Chan menjeling tajam pada Ryan dan masuk kedalam bengkel.

Chan melihat Yuyu yang mengemaskan sculpture mereka. Yuyu hanya menjeling pada Chan.

"uhm..."

Belum sempat Chan berkata apa-apa, Yuyu bangun untuk meletakkan baldi air dibelakang. Chan menahan Yuyu dengan memegang tangannya. Yuyu melihat tangannya dipegang dan melihat Chan dengan muka polos.

NO MORE WAITING !Where stories live. Discover now