1

98 3 0
                                    

LUNA P.O.V

Aku tundukkan pandangan. Lebih kurang lima ratus lebih pelajar sedang memandang aku yang sedang berdiri di atas pentas. Kalau korang nak tahu punca aku berdiri di atas pentas ni adalah sebab lewat. Bukan aku seorang tetapi ada dua tiga orang lagi yang berdiri bersama-sama aku di atas pentas

Penolong kanan hem, Sir Lee masih berucap. Entah apa yang dibebelkan aku tak tahu. Yang aku tahu sekarang memang masuk kelas lepasni aku kena bahan kaw kaw dengan classmate aku !

Argh sial ni semua sebab Lucas tak guna tu. Siapa Lucas? Abang 20 minit aku atau lebih tepat abang kembar aku. Dia adalah punca sebenar aku lambat. Sudahlah terbabas bangun lewat, ketika dalam perjalanan hendak hantar aku ke sekolah, boleh dia singgah 7E depan sekolah aku. Mengidam air slurpee katanya.

Aku rasa nak hempuk je kepala mamat tu biar sel sel otak dia berhubung. Jadah dia craving air slurpee pagi macam ni. Lagi satu korang mesti pelik kenapa dia tak kena denda berdiri atas pentas sekali dengan aku kan? Sebab mamat tu bukan satu sekolah dengan aku hehe

"Sampai situ sahaja, kamu semua boleh masuk kelas"  ayat yang baru sahaja keluar dari Sir Lee membuat aku lega. Finally perhimpunan tamat.

Sir Lee yang tadi menghadap ke hadapan memusingkan tubuhnya menghadap kami, pelajar pelajar yang datang lambat. Aku kembali tunduk. Tachod

"Saya tak nak tanya kenapa kamu semua lambat. Hulurkan tangan cepat" kata Sir Lee tegas. Rotan yang ada ditangan dia aku pandang.

Umak aii ni nak rotan pelajar ke nak rotan iblis? Rotan bapak besar siot! Mampus aku kali ni

Terketar ketar aku hulurkan tangan sebelah kanan. Dengan sekali hayun, rotan tersebut melekat di tapak tangan. Aku lihat telapak tangan aku. Merah weih. Aku gosok sedikit untuk hilangkan rasa sakit. Sebab haritu ada junior ni bagitahu aku kalau kena rotan, nak hilangkan rasa sakit boleh gosok tapak tangan. Tapi itu la dasar junior scammer, aku gosok tapak tangan aku tak hilang pun rasa sakit dia.

"Kamu semua boleh masuk kelas" ujar Sir Lee bila semua pelajar lewat telah diberi hadiah rotan.

Memang peraturan sekolah aku, kalau lambat perlu dirotan. Tak apa rotan je tak patah tangan pun. Kalau patah tangan tu, kau saman cikgu kau hehehe

Aku turun dari pentas. Kawan kawan sehidup belum tentu semati aku sudah menunggu di hujung pentas.

"Pergh kena rotan der. Sakit tak ?" Suara menjengkelkan Maya cukup buat aku menyampah. Acah prihatin padahal tengah nak menganjing aku

"Kau diam setan. Tangan aku ni kena rotan je, masih kuat untuk tampar orang!" Balas aku. Dia ketawa kecil

Abel menggelengkan kepala melihat telatah kami "Dah jangan terfikir nak buat drama dekat sini. Jom masuk kelas"

Sebelum tercetus perang mulut antara aku dan Maya, Abel terlebih dahulu selamatkan keadaan. Nasib baik ada kau Bel, kalau tak dah mampos budak Maya ni kena pijak dengan aku!

Kami terus memanjat anak tangga untuk naik ke tingkat tiga. Ini yang aku malas. Kenapa sekolah tak buat je lif? Eskalator pun dah okey. Tak ada la aku penat penat kena naik tangga pagi pagi. Sampai sahaja di anak tangga terakhir air muka aku kembali berseri. Nak tahu kenapa?

Okey sini aku bagitahu, kelas yang akan aku jumpa bila sampai atas adalah kelas 5 Diamond. Kelas yang terdiri dari pelajar pelajar bijak. Kenapa aku happy? Sebab aku ada on crush dekat seorang makhluk dari kelas bijak ni dan tempat duduk dia betul betul dekat dengan pintu kelas. So aku boleh cuci mata.

Abaikan tentang cuci mata tengok crush, sekarang Madam Leah sedang menuju ke kelas aku. Okey aku kena cepat. Tanpa hiraukan Maya dan Abel, aku segera lari pecut untuk masuk ke kelas sebelum Madam Leah masuk dan berkat aku lari pecut tadi, aku masuk 30 saat lebih awal. Syukur !

tutor: luna [su]Where stories live. Discover now