6

39 3 0
                                    

Noah memandang rakan - rakannya yang sedang menyumbangkan suara. Air tin coca cola diteguk beberapa kali. Jam tangan jenama rolex dipandang. Baru pukul sembilan pagi. Masih awal untuk mereka ke sekolah. Iya mereka berempat sedang ponteng sekolah. Tempat ponteng pula kemain boek, pusat karokae.

"Noah nak masuk sekolah pukul berapa ? " Tanya Zayn. Microphone dihulurkan kepada Edward. Baik bagi Edward nyanyi, suara dia lagi merdu dari suara Dato Alif Syukri.

"Baru pukul sembilan so chill" balas Noah tanpa nada. Air coke diteguk sekali lagi.

"Tak apa ke lama lama dekat sini ? " Tanya Edward pula

Noah pandang kawan kawannya menyampah. Banyak tanya betul diorang ni !

"Tak apa. Lagipun ni uncle aku punya tempat plus aku bayar sampai tengah hari " balas Noah

Memang pusat karokae itu milik bapa saudaranya, Uncle Aaron. Walaupun milik bapa saudaranya, dia tetap kena bayar. Kadang kadang je free. Kata Uncle Aaron family tak family business must come first !

Eric yang dari tadi menyumbangkan suara duduk di sofa menyertai mereka yang lain. Air tin coca cola diteguk. Kotak rokok yang ada di atas meja diambil.

"Eh lahanat siapa ambil rokok aku ? " Tanya Eric berang. Rakan rakannya dipandang satu persatu. Rokoknya hanya bersisa dua batang. Memang bangkai betul sahabat sahabatnya itu.

"Don't look at me like that asshole. You know I'm not like you. I didn't smoke" balas Noah apabila Eric memandangnya.

Memang betul dalam kalangan mereka berempat hanya Noah yang tidak merokok. Bahayakan kesihatan katanya. Bagus ini anak.

"Dah tak ada orang lain dah ni. Kau rembat rokok aku Zayn ?! " Pandangan Eric beralih kepada Zayn. Memang kalau bab rembat barang member memang tak ada orang lain.

Zayn menggosok belakang lehernya. Sengihan ditayang "Alah rokok aku habis then aku lupa beli"

Eric hanya buat tak endah. Bukan tak biasa. Dari kecil lagi mereka berkawan. Zayn memang macam tu. Eric keluarkan lighter yang ada di dalam poket baju sekolah. Rokok diletakkan di bibir mulut dan dinyalakan. Dia menyedut rokok tersebut lalu asap dihembus ke udara. Lighter dicampak keatas meja.

"Kita tak payah masuk terus la sekolah. Tiber aku rasa malas" Eric memandang rakan rakannya.

"Kau bebal ke bengap ? Lupa ke hari ni first class tutor tu ? Sir Lee dah warning kita semalam suruh masuk kelas tutor tu" balas Edward.

Eric mendengus "Haih tak rilek betul Sir Lee ni. Tak boleh tengok kita senang sikit"

Mereka yang lain ketawa. Masing masing mula buat aktiviti sendiri. Noah mula hanyut memejam mata untuk tidur. Eric, Zayn dan Edward pula fokus dengan telefon bimbit.

"Weih aku rasa aku dah jatuh cinta" ucap Eric tiba tiba.

Zayn dan Edward terkedu. Kedua keduanya memandang Eric dengan riak terkejut. Tapi beberapa saat kemudian Zayn dan Edward ketawa. Noah yang hampir tertidur juga kembali tersedar dan ketawa.

"HAHAHAHA kau biar benar Eric ? " Zayn

"Amende kau ni Eric ? Dengan minah mana ? " Tanya Edward pula

Eric menghulurkan smartphone kepada Edward " this girl "

Accoun Instagram milik gadis itu ditunjukkan kepada Edward. Edward ambil smartphone yang dihulurkan oleh Eric. Zayn yang menyibuk juga ingin merebut smartphone tersebut tetapi tangan Edward lebih cepat.

ab3l.nathalie

nathalie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
tutor: luna [su]Where stories live. Discover now