LUNA P.O.V
Baru 25 minit kelas bermula aku sudah tak selesa. Mana taknya bila geng geng Noah tu asyik pandang aku macam aku dah buat jenayah besar. Kalau tak memikirkan kelas tutor ni, dah lama aku blah dari kelas 5 Bronze ni. Ouh lupa nak mention yang kelas 5Bronze ni tak ada pelajar perempuan. Tak sanggup der lama-lama dalam kelas yang dipenuhi lelaki.
"Luna ! " laungan dari Zayn menyentakkan aku. Aku angkat muka memandang Zayn
"sini kejap" panggil Zayn. Ciss gaya dia panggil macam aku ni akak toye.
Aku segera bangun dan pergi ke meja mereka. Semua pandang aku dan Noah siap smirk dan hadiahkan jelingan lagi. Huh ingat smirk dan jelingan kau tu menarik?!
"Apa dia ?"
Zayn tolak kertas soalan matematik yang aku edarkan tadi. First aku impresse kejap sebab dah separuh soalan dia jawab.
"Ni haa soalan 23 ni susah. Macam mana nak buat ?" tanya Zayn. Kepala dia garu menggunakan pensel mekanikal.
Aku mula ajar satu persatu step yang perlu dia buat. Zayn mengangguk-angguk tanda mengerti. Yang lain hanya buat tak tahu.
"Luna" panggilan dari Eric menghentikan sesi mengajar aku. Aku angkat muka memandang Eric
"Kau tak payah bersungguh sangat ajar budak bangang ni. Dia bukannya tak reti buat, dia reti je tapi sengaja buat buat tak reti" sambung Eric
Aku ternganga. Apekah ?! Yang lain sudah ketawa terbahak - bahak. Gelakkan aku yang sudah dibodohkan oleh Zayn.
"Bodoh la kau ni Eric. Tak payah la bagitau dia" kata Zayn sambil menahan gelak.
"by the way Luna, jangan marah ye" sambung Zayn. Tanda peace dia buat dan sengihan ditayang.
Aku rasa macam nak lempang je mamat ni. Ini baru setengah jam kelas, dia dah bodohkan aku macam ni. Macam mana aku kena bertahan untuk tiga bulan?!
Takpe Luna sabar je. Tak salah kalau bersabar. Kalau kau hilang sabar, kau bunuh je Zayn ni. Lagi senang hidup kau.
Malas mahu melayan perangai mereka yang entah apa-apa, aku segera beredar dari meja mereka. Buang masa siot explain itu ini tapi tuan badan dah reti sebenarnya.
"Tak baik tho buat macam tu" kata Edward menggelengkan kepala. Sisa ketawa masih ada bila mengenangkan muka bengang Luna tadi.
"Aku saja je" balas Zayn selamba. Kertas latihan matematik ditarik semula dan dia segera menyambung kerja yang tertangguh.
Noah mula menyembamkan muka di meja. Tidak sampai dua minit, mamat kacak tersebut telah terlelap. Senang betul tidur.
"Ini lah anak muda zaman sekarang, pemalas nak mampus. Datang kelas tidur, bukan belajar." bebel Zayn tiba tiba.
Dan secara tidak langsung mata Noah terus terbuka. Dia terus memandang Zayn.
"Apa kau? tenung aku macam tu ?" soal Zayn gelabah. Dia dengar ke aku kutuk dia tadi ?
Noah terus berpaling menghadap ke arah lain. Malas menatap muka tak handsome Zayn.
"Kau ingat aku tak dengar kau kutuk aku tadi ? You better shut your mouth because I wanna sleep. If not, I'll cut your private cut!" ugut Noah.
Zayn menelan air liur. Buset dia dengar rupanya. Sumpah lepas ni aku dah tak nak kutuk Noah. Mamat tu bukan boleh dikira, kalau dia cakap dia buat. Kang silap hari dia sunatkan aku bebetul. Hilang kejantanan dia.
...............
Aku menarik nafas lega. Akhirnya dah pukul3:30 . Bermakna kelas tutor dah pun tamat untuk hari ini. Betapa tak selesanya aku. Seksa yang amat bila kena hadap 25 orang lelaki dan aku seorang sahaja perempuan.
"oii esok ada kelas lagi ke ? " tanya Chris. Salah seorang pelajar 5Bronze. Tak silap aku mamat ni sepupu Maya.
Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan.
"Okey" balas Chris ringkas kemudian dia segera meninggalkan kelas dan diikuti yang lain.
Kini hanya tinggal aku yang menyusun buku dan Noah and the geng.
"Uwuu tak sabar aku nak balik rumah. Lapar duh seharian belajar" ucap Zayn
"Aik bukan kau ponteng ke pagi tadi ? pukul2 tadi baru kan ? tu pun lepas kena heret dengan Edward baru kau nak masuk" kata Eric polos.
Dengan tidak semena-mena Eric diterajang oleh Zayn "Kau boleh tak support aku sikit ? Jangan malukan aku depan Luna!"
Eh apa yang nak dikaitkan dengan aku pulak ?
"Lah kau wujud lagi Luna. Ingat dah blah dah" Edward yang baru tahu aku masih wujud memandang aku sekilas.
Aku merasa sedikit janggal bila dorang berempat pandang aku "Err aku dah nak balik la ni"
Aku segera keluar dari kelas 5Bronze. Buat apa lama-lama dekat situ. Berkhemah? Lagipun aku yakin Lucas dah menunggu aku dari tadi. Well sejak dari pandai drive, mamat tu secara rasminya jadi driver tanpa gaji aku. Pergi dan balik sekolah, dia yang hantar dia yang ambik.
Cepat cepat aku jalan. Kang kalau lambat, bising pula mamat hodoh tu dan betul sangkaan aku, kereta dia eh kereta aku dan dia sudah terparkir elok depan cafeteria sekolah. Ugh perlu ke sampai masuk ke kawasan sekolah ? Mintak mintak tak ada orang tengok Lucas. Malu aku kalau orang dapat tahu aku ada abang yang hodoh.
............
Noah, Zayn, Eric dan Edward berjalan beriringan menuju ke kawasan garaj sekolah. Masing masing sedang bergelak ketawa membahan Zayn.
"Eh tu bukan Luna ke ?" tanya Zayn tiba tiba
Yang lain memandang ke arah cafeteria yang bertentangan dengan mereka. Kelihatan Luna yang terkial-kial membuka pintu kereta.
"Haa dia laa tu. Sape je minah katik dekat sekolah kita kalau bukan dia" balas Eric yang selamba mengutuk Luna. Ewah kau mentang tinggi sedap je kutuk orang
Kereta BMW X5 yang dinaiki Luna melewati mereka berempat.
"Pergh bapak la budak tu. Balik sekolah pakwe jemput siot!" jerit Edward dengan mulut ternganga.
Memandangkan kereta yang dinaiki Luna mempunyai tinted 50 peratus sahaja, jadi mereka boleh nampak siapa yang memandu.
Zayn pandang Edward "Yakinnya kau cakap tu pakwe dia. Entah entah itu adik dia"
"Aku kenal doh mamat tu. Budak Eastbay Postsecondary. Nama dia Lucas. Dia sama umur dengan kita kut, takkan dia adik Luna. There's no any logic bruh" balas Eric
Mereka yang lain tidak membalas. Aduh bengap betul huhu kalau la dorang tau Lucas tu kembar Luna HAHAHAHSHS.
YOU ARE READING
tutor: luna [su]
Novela JuvenilBe a tutor for badboy? Not easy like you though and it would not be easy if you fall in love with him "I love you more than friend but its okey. I know you already have someone that you love" Luna Lorella "Why ? If I have a courage to tell her that...