Be a tutor for badboy? Not easy like you though and it would not be easy if you fall in love with him
"I love you more than friend but its okey. I know you already have someone that you love" Luna Lorella
"Why ? If I have a courage to tell her that...
Keesokannya seperti yang dikatakan Madam Alice perjumpaan diadakan di bilik mesyuarat. Yang ni aku suka sebab waktu Madam Alice beri penerangan tentang program yang akan dijalankan, aku boleh cuci mata. Duduk menghadap Ethan Liu
"Okey itu sahaja. Lepasni kalau ada apa apa saya akan maklumkan. Kamu semua boleh masuk kelas"
Ayat dari Madam Alice mengejutkan aku. Eh dah habis? Nampak sangat yang aku tak fokus. Cepat cepat aku bangun dari kerusi dan berlalu keluar dari bilik mesyuarat.
Berdasarkan dari penerangan Madam Alice tadi, program yang berlangsung ini adalah untuk membantu pelajar dari kelas belakang bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka. Contohnya pelajar dari kelas Silver dan Bronze. Idea ni datang dari pengetua.
Tapi ada satu part yang aku lemah, aku kena jadi tutor untuk kelas 5 Bronze. Terkejut beruk aku bila Madam Alice beritahu tadi yang tutor kelas 5 Bronze adalah aku. Dalam hati rasa menyesal pun ye sebab setuju. Kenapa aku tak dapat junior ?
Kelima lima tutor nampak berpuas hati kecuali aku. Ethan yang paling bahagia sebab dapat junior gred 1. Manakala untuk gred 2 Mark Carlson, gred 3 Harry Lucian dan gred 4 pula Zara Evelyn.
Dalam kepala otak aku sekarang dah risau macam mana nak hadap budak budak kelas 5 Bronze dan yang paling buat aku risau ialah Noah dan geng dia. Noah, Eric, Edward dan Zayn dari kelas 5 Bronze. Sudah semestinya aku kena hadap diorang lepas ni. Mampus aku kena buli.
Kelas 5 Gold yang riuh aku masuk. Ini mesti cikgu tak ada kan ? Budak lelaki hanya suku yang tinggal. Hanya ada Ivan dan geng geng dia sahaja. Maya dan Abel juga tiada.
Kurang ajar minah tu ! Bukan nak tunggu member.
"Luna meh sini meh" Ray menepuk beberapa kali kerusi dihadapannya.
Ray ni dah jadi classmate aku sejak darjah lima lagi. Masuk sekolah menengah pun sama. Jangan kata lepas ni bila masuk university pun aku kena hadap muka dia. Aku dah muak tahu tak dari dulu lagi hadap muka dia
"Nak apa ? " Kemain kerek aku sekarang. Ray pun aku pandang dengan menyampah
Ray sengih "Alah lepak dulu. Member kau bukan ada pun. By the way kau ada mesyuarat apa tadi ? "
Haa tu dia perangai busybody kalah pompuan
"Ouh tadi. Bincang pasal bakal perdana menteri untuk tahun 2025. Fuh aku tersenarai weih. Jangan lupa undi aku aww. Menifesto aku kalau dah jadi perdana menteri nanti aku nak - "
Ray jeling aku menyampah. Dia mendengus marah. Aku sengih. Alah Ray je kut. Buat apa nak takut.
"Eh hanat betul betul la ! " Marah Ray
"Alah hal orang orang bijak weih. Kau tak perlu tahu " balas aku berlagak. Bagus la tu level riak tinggi.
"Pegi mampos laa kau ! " Ray libas bahu aku menggunakan kalkulator yang ada di atas meja.
Aku menggosok bahu dan mendecit sakit. Dia pukul betul betul weih. Aku balas balik dengan botol air. Memang aku dengan dia dari dulu lagi macam ni. Gurau tak pernah lembut. Asyik kasar je.
"Sakit babi ! " Muka Ray berkerut tahan sakit.
"Padan muka kau" aku gelak jahat dan terus bangun berlalu ke tempat duduk aku. Lama lama dengan mamat tu boleh lebam badan aku
Smartphone didalam poket aku keluarkan kemudian aku buka blazer dan sangkutkan di kerusi. Tinggal kemeja berwarna putih sahaja.
Aku tak faham kenapa peraturan Interlearn Academy wajibkan pelajar pakai blazer. Kalau waktu pagi aku masih boleh tahan tapi bila dah nak masuk tengah hari kemain panas weih walaupun kelas berpenghawa dingin.
Penghawa dingin dalam kelas ? Ye sebab Interlearn Academy adalah sekolah swasta bukannya sekolah kerajaan. Yuran boleh tahan juga dalam lima angka setahun.
Ikon Instagram aku tekan dan satu - satunya yang aku tuju ialah akaun Instagram milik Ethan. Stalk luh kut kut ada yang menarik
ethxnliu__
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Liked byits.ava and 370 others
ethxnliu__ hey there !🌬️ 23hours ago
Seperti yang aku jangkakan memang mamat ni ada update gambar baru. Walaupun tak nampak muka, dah boleh imagine handsome dia macam mana. Aku senyum bila tengok gambar yang baru dia post 23 jam lepas. Screenshot luh nanti boleh buat wallpaper.
Belum sempat aku screenshot gambar Ethan, smartphone aku telah dirampas. Tergelabah biawak aku
"Kau stalk Ethan eh ?" Maya mula pandang aku dengan pandangan mengusik
Aku jeling dia menyampah. Tangan cuba merampas kembali smartphoneku yang dia pegang. Cepat cepat Maya larikan smartphone tersebut.
"Bagi balik lahanat ! "
"Kau on crush dekar Ethan eh ? " Tanya Abel pula.
"Wuu ada kerash sekarang " sambung Maya
Aku pandang dua ekor tenuk dihadapanku dengan geram
"kerash kepala banana kau la ! Aku kan follow dia so naik dekat feed ig aku" aku beri alasan yang aku rasa memang logik
"Tapi ini memang account dia so kau memang stalk la kan ? " Balas Maya kembali
Aku terkelu dan terkedu. Bodoh kau Luna !
"Alah aku bukan nak sangat stalk dia. Dah gambar dia naik dekat feed Instagram aku, aku bukak aje la account dia. Ingatkan menarik tapi tak " tak putus asa aku beri alasan.
Gila kalau budak dua orang ni tahu aku on crush dekat Ethan, sampai ke lubang kubur aku kena bahan !
Gelabah aku sambut sebelum smartphone tersebut cecah lantai
"Anjay bagi elok elok tak boleh ke ? Kalau jatuh then pecah macam mana ? " Aku mendengus marah. Jari tengah aku angkat dan tunjuk depan muka minah tu.
Maya sengih " Alah kalau pecah aku ganti la balik"
Aku jeling Maya menyampah. Susah kalau keturunan sultan.
Aku kembali duduk di kerusi. Smartphone aku on kembali dan terus keluar dari aplikasi Instagram. Aplikasi whatapps pula aku buka
Interlearn Academy Tutor
0189227630 added you
0189227630 added 01754785568
Ciss mesyuarat baru habis tak sampai tiga puluh minit lepas, dah ada group whatapps. Lincah betul buat kerja.
Aku off kembali phone dan masukkan ke dalam laci meja. Tak ada yang menarik pun dalam phone aku. Maklumlah aku seorang remaja noob. Bukan seperti yang lain, pada waktu remaja dah ada kekasih. Bangun pagi dapat wish nak tidur malam pun dapat wish.
Tapi aku kembali tersedar, kalau group tu wujud mesti Ethan ada sekali kan ? Hoho lepasni boleh tak aku jadi rempit sikit ? Suruh dia save number aku. Mana tahu hari hari dia post gambar selfie dia dekat status. Boleh aku cuci mata..
Balik ni memang aku siasat mana satu number Ethan !
saya tahu pendek. saya sudah kehabisan idea untuk bab ini ") mianhae