Senarai nama yang terlekat di papan kenyataan aku tilik satu persatu. Mencari nama aku. Tak cukup dengan dua biji mata aku, Maya dan Abel turut membantu.
Mana nama aku ni? Takkan tercicir. Dah lebih tiga kali aku belek senarai kedudukan dalam tingkatan ni. Selalu dalam ranking 40 atau 30 dah ada nama aku tapi sekarang tak ada.
"Luna aku dah jumpa nama kau!" Jerit Maya teruja
Cepat cepat aku alihkan pandangan memandang Maya dan Abel yang tengah nampak teruja macam baru lepas tengok exo secara depan depan
"Mana?" Aku pun apa kurang, excited juga tapi tak macam tenuk dua ekor tu
"Ni weih. Nama kau dekat sini" jawab Abel
Melihat aku terhegeh hegeh bagai datuk siput terseliuh kaki, Abel terus menarik tangan aku
Eh ni list untuk top 10. Kenapa nama aku dekat sini? Jangan kata-
"Kau dapat ranking ke empat Luna!" Jerit Maya teruja
Aku terkebil kebil. Membaca senarai nama tersebut. Biar betik?!
"Eh biar betul? Ke cikgu salah type?" Soal aku tidak percaya. Berulang kali aku baca nama yang tercetak di kertas A4 tersebut
Maya tolak kepala aku perlahan "Tu nama kau la lembab. Luna Lorella. Kau sorang je nama Luna dekat sekolah ni"
"Wuuu congratulations. Akhirnya kawan aku yang bodoh ni dah tak bodoh lagi" ucap Abel. Cis sempat dia selit hinaan.
Maya ketawa. Aku terus menampar bahu Abel kuat. Tak sedar dia sama je macam aku. Sama sama bodoh cuma Abel ni cerdik sikit dari aku
"Huh tak sabar aku nak balik rumah. Nak menganjing dekat Lucas" aku senyum jahat.
"Pehal lak?" Maya pandang aku pelik
"Ye la Lucas always kata aku bebal. Sebab ranking aku always bawah dia and now aku yakin ranking aku atas dari dia"
Ye memang begitu ye anak anak. Lucas selalu menghina aku lembab kerana sebelum ni ranking aku di nombor 30 atau lebih dan dia selalu tersenarai sebagai pelajar top 10. Bijak kan dia? Bijak dalam pelajaran tetapi tidak dalam perbuatan. Jadi kepada yang memasang niat nak jadi kakak ipar aku, better batalkan niat murni anda kerana abang aku tu perangai kadang kadang kalah bapak setan
"Dah jom masuk kelas" aku segera heret Maya dan Abel untuk masuk kelas. Ikut teruja kau tu sampai esok tak habis.
Tapi itu la bila aku yang jalan dekat depan, kelas yang 10 meter pun jadi 5 kilometer. Satu sekolah aku pusing. Berapa kali si Abel ni merungut ajak masuk kelas tapi jawapan aku 'rilek la jalan dulu'. Sudahnya sampai ke blok belakang aku pergi
Sampai sahaja blok belakang aku terhidu satu bau yang kurang menyenangkan. Bau tembakau. Abel dan Maya pandang aku. Maya menarik tangan aku agar aku tidak meneruskan niat.
Tapi aku jenis busybody, aku teruskan juga. Mengintai di sebalik dinding. Mata aku membulat. Gosh patut la bau tembakau, ada yang merokok rupanya.
Heh mampos korang. Jap lagi aku report dekat cikgu. Kena buang sekolah arr korang. Aku mula sengih jahat.
Tapi senyuman aku hilang bila salah seorang dari mereka sempat melihat aku. Mukanya terus berubah serius. Dari posisi duduk mencangkung dia terus bangun. Rokok di buang ke tanah dan dipijak.
"Hey girl wait!" Laung pelajar lelaki tersebut
Aku yang baru berura ura untuk pergi terus berhenti. Aku pandang arah belakang sekilas. Tak guna betul member member aku. Dorang tinggalkan aku! Naik kelas jap lagi dua dua aku pijak!
YOU ARE READING
tutor: luna [su]
Genç KurguBe a tutor for badboy? Not easy like you though and it would not be easy if you fall in love with him "I love you more than friend but its okey. I know you already have someone that you love" Luna Lorella "Why ? If I have a courage to tell her that...