Seperti biasa pagi ni aku pergi sekolah. Tapi lain daripada biasa sebab selalunya Lucas yang akan hantar aku. Tapi hari ini aku terpaksa drive sendiri. Lucas ponteng sekolah dengan alasan demam.
Acah je lebih demam. Padahal aku sentuh dahi dia tadi tak panas pun. Baring atas katil gaya macam orang kena strok. Macam aku tak tahu taktik bangang dia kalau malas dia datang.
Kereta BMW X5 aku parking di garaj kereta. Ini first time aku drive datang sekolah. Hoho by the way BMW X5 ni kereta lama papa dan dia bagi untuk aku dan Lucas guna. Kira kongsi tapi itu la Lucas suka buat kereta tu macam hak dia seorang. Dasar abang nggak ada akhlak!
Beg sekolah yang ada di seat sebelah aku ambil lalu keluar dari kereta. Takkan nak berkhemah dalam kereta sampai habis waktu sekolah pulak? Kereta aku lock. Kunci aku masukkan ke dalam poket. Baju aku rapikan supaya nampak kemas.
Ketika berjalan melintasi kawasan garaj motosikal, aku terserempak dengan Noah, Zayn, Eric dan Edward. Ouh Edward ada sekali. Kalau korang nak tahu Edward ni salah seorang geng dorang la.
Mereka tengah melepak di garaj tersebut. Mungkin mereka sedar tentang kehadiran aku, ketiga tiga mereka memandang aku dan hadiahkan senyuman yang cukup sinis. Okey yang senyum tu cuma Zayn dan Eric. Noah hanya tenung sahaja manakala Edward pandang aku dengan blur .
Cepat cepat aku berlalu pergi dari situ. Tak nak aku tambah masalah dengan diorang. Pagi pagi ni jangan buat hal eh . Risau ada yang mati kena langgar dengan superbike.
....
Zayn dan Eric ketawa kecil melihat muka cuak Luna. Noah menggelengkan kepala melihat telatah mereka. Edward pula tengah blur. Apa yang kelakar?
"Apsal gelak?" Edward pandang Noah.
Noah hanya hanya angkat bahu tanda 'mana aku tahu setan'
"Semalam kitaorang hisap rokok dekat blok belakang and then macam mana entah, perempuan tu boleh ada dekat situ. Gelabah aku risau dia report dekat cikgu je
Tapi kau tahu la Noah ni perangai dia suka ugut ugut orang. Then dia boleh ugut budak tu. Memang gelabah budak semalam. Muka macam nak kena rogol dengan Noah HAHAHAHA" Dengan rajinnya Zayn bercerita tentang apa yang berlaku semalam.
Edward angguk. Senyuman terbentuk di bibir apabila membayangkan bagaimana Noah mengugut pelajar tersebut. Haih Noah dari dulu suka main ugut ugut orang. Dengan muka yang selalu serius, siapa je tak goyang kalau hadap seketul Noah Kylo ni. Siput yang jalan slow pun boleh lari pecut. *tiber
"Dah tu korang tak nak masuk kelas?" Sela Eric. Dari tadi bertapak dekat garaj, naik bosan dibuatnya
Eric menepuk bahu Eric beberapa kali "Awal lagi bro nak masuk kelas"
"Abistu sampai bila nak duk sini? Dah cramp bontot aku tahu tak!" Zayn jeling kawan kawannya. Kalau dah lepak lama lama macam ni, memang niat mereka nak skip kelas laa.
"Pagi ni subjek Sejarah. Malas aku masuk" balas Noah
Zayn dan Eric menghela nafas. Udah ku duga. Dari kecik jadi kawan takkan tak tahu lagi perangai masing masing.
"Pemalas do kau! Berubah la Noah berubah. Masih ada masa untuk berubah. Aku sebagai sahabat boleh bimbing kau" Edward menggelengkan kepala melihat sifat malas sahabat syaitannnya. Bahu Noah ditepuk perlahan. Acah acah menasihati.

YOU ARE READING
tutor: luna [su]
Dla nastolatkówBe a tutor for badboy? Not easy like you though and it would not be easy if you fall in love with him "I love you more than friend but its okey. I know you already have someone that you love" Luna Lorella "Why ? If I have a courage to tell her that...