Dah 3 tahun

6 0 0
                                    


Kasyah masih gagah membuka matanya memnyiapkan kerj di lab. Segala bekas sel ditukar media dan dibuat cell counting. Disambung pula melihat keadaan sel bawah mikroskop. Sedar tak sedar, jam sudah pun menginjak pukul satu. Dia tersenyum simpul melihat ruangan culture room yang tadinya riuh dengan budak intern kini sunyi sepi apabila masuk lunch hour. Dengan perlahan Kasyah melentokkan kepala pada working table. Soal makan no.2, soal tidur tetap no.1. Dia ingin melelapkan mata sebentar di situ namun Jaclyn di sebelahnya bersuara.

"Kenapa ni.......kau berjaga lagi ke?"

Kasyah senyum tawar lalu memejamkan mata.Entah kali keberapa Jaclyn akan dengar kisah yang sama darinya. Jaclyn sedia maklum tapi tetap dia akan bertanya lagi. Soalnya agar segala terbuku itu diluahkan tak kisah berapa kali pun.

Suara Kasyah sayu menceritakan dilemanya.....seakan mengomel dalam tidurnya

"Jaclyn.......kenapa aku still mcm ni.......dah 3 tahun.......lagi-lagi aku pegi balik sana.....aku tak boleh nak lupa....dah 3 tahun.....aku tak boleh nak lupa........cincin ni buat aku serabut......serabut lagi sebab Armaan......dah 3 tahun weii....."

"Yer.....dah 3 tahun........dah dah la tu"

 Suara yang menjawabnya bukan Jaclyn. Matanya terbuka luas. Tiada siapa di sebelahnya. Dia mengangkat lalu melihat sekeliling dan matanya terbeliak melihat Syah duduk di depannya. 

Syah menghulurkan tin minuman White Coffee pada Kasyah lalu bangun meninggalkannya. Kasyah masih kaku di situ. Dia memang sudah malu teruk di situ. Ditampar kedua-dua belah pipinya seakan menghukum diri kerana terlalu cuai. Tin kopi dibuka lalu diteguk bertalu-talu cuba menyegarkan tubuhnya yang terasa lesu. 

Seusai lunch hour, Kasyah dan Syah menuju ke dewan memandang mereka mempunyai taklimat tentang keselamatan makmal pada petang itu. Kasyah memaksa diri mendengar kuliah yang makin lama makin berleret sehingga dia tidak dapat menahan matanya. Syah hanya menggeleng halus melihat Kasyah sebegitu. Dia menjeling sekilas cincin Kasyah yang bersinar di bawah lampu dewan itu.  

Melihat Kasyah yang sudah menutup mata, Syah menggunakan pennya mengetuk jari-jemari Kasyah agar terjaga. Melihat caranya tidak berjaya, dia membisikkan sesuatu di telinga Kasyah. 

"Kau pergilah rehat kat student  room, nanti aku explain pasal ceramah ni"

Kasyah memandang kosong ke arah Syah "Betul ni....kau boleh ke faham semua?"

Sepatutnya Kasyah la perlu explain pada Syah tapi terbalik jadinya. 

"Aku boleh handle la....kau blah la"

" Thanks Syah, sorry tau"

Syah mengangguk faham lalu menumpukan perhatian pada speaker apabila Kasyah sudah pun meninggalkan dewan itu. 


Suka Ke Tak?Where stories live. Discover now