Armaan

3 0 0
                                    


Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Jari-jemarinya bertalu-talu mengetuk meja studynya. Perbualan dia dan Matthew mula berlayar di mindanya. Rasa bersalah pun ada. Satu demi satu membernya mula meninggalkan bilik tersebut. Maing-masing sudah kepenatan seharian menghabiskan masa di makmal dan di bilik study itu. Budak practical sudah lama mengosongkan ruang makmal apabila jam menginjak pukul lima. Dari tingkap itu, Kasyah ralit memerhati hospital milik universitinya . Ia hanya akan mengambil masa lima minit untuk sampai ke situ namun fikirannya masih tidak mampu memutuskan dengan pasti. Pap, dia menampar meja dengan sebulat hati ketika ini. Dia segera bangun, mengeliat dan mengemas laptop, charger dan buku notanya. Setelah semuanya dikemas, dia ke bilik air, membetulkan tudung dan menempek sedikit bedak pada wajahnya yang sudah lesu dan hanya menunggu masa  untuk tidur. Dia tidak ingin dirinya kelihatan sedikit pun lemah atau sedih depan Armaan. Sebolehnya dia ingin menjadi sosok yang keras hati depan jejaka ini. 

Keisitmewaannya menjadi student di sini, mereka dibenarkan masuk ke hospital ini sehingga pukul 12 malam atas urusan research mereka. Hal ini kerana mereka mendapatkan sampel sel kanser yang "fresh" dari pesakit hospital ini. Jikalau pembedahan itu sebelah malam, terpaksalah mereka datang untuk mengambil sampel dari bilik pembedahan ketika itu juga. 

Langkah Kasyah menjadi perlahan apabila memasuki wad kanser jantung itu. Dia memeriksa terdahulu board doktor yang bertugas pada hari tersebut. Takut-takut Matthew dapat tahu keberadaannya di situ. Kasyah menepuk-menepuk pahanya seraya berjalan mencari bilik Armaan. Langkahnya mati di depan pintu bilik Armaan. Cahaya lampu kelihatan dari bawah pintu menandakan Armaan masih berjaga dan itu membuatkan Kasyah menarik nafas lega. Dia tidak mahu kedatangannya menjadi sia-sia. Tangannya terhenti pada tombol pintu apabila cincinnya berkelip seketika. Kerana cincin yang tidak tertanggal itulah, dia masih gagahkan dirinya  ke sini untuk berjumpa Armaan. 

Kasyah memulas tombol pintu dan membiarkannya terbuka sedikit. Kasyah menghela nafas panjang apabila kalih ke arah Armaan. Dia memejam mata sedetik dua lalu mencebik muka. Rupanya Armaan sudah pun tidur. Tapi tangannya kuat mengenggam handphone yang masih menyala. Rupanya Armaan tertido sambil menonton Naruto di phonenya. Kasyah hanya menggeleng melihat Armaan yang tido tanpa menutup phonenya, lampu bilik dan tingkap yang membuatkan langsir menari halus kerana angin malam. 

Kasyah menghampiri katil Armaan, menarik lembut fon dari genggaman Armaan, mukanya berkerut apabila matanya tertangkap cincin di jari Armaan. Dia meneguk air liur lalu matanya lari ke wajah Armaan. Dia sangat pasti selama ini Armaan tidak pernah menyarung cincin tunangnya. Sudah tiga tahun berlalu, kenapa baru sekarang, cincin ini mula muncul?  Kasyah mula merasa tidak sedap hati. Dia tidak mahu balik semula pada perasaan yang dulu itu. Perasaan itu sudah pun mati. Dia cuba menenangkan diri agar tidak fikir macam-macam. Handphone diletakkan dalam laci, dia menutup tingkap lalu menarik langsir. 

Ika memerhati sekeliling jika ada yang perlu diurus, rasanya semua bersih dan kemas. Dia sudah ingin meninggalkan bilik itu tetapi rekod pesakit di atas meja itu membuatkan dia dua hati. Matanya singgah pada wajah Armaan, dia makin susut, cekung di pipinya makin dalam, rambutnya mirip ketika dia bertugas sebagai askar dulu. Fizikalnya sahaja buatkan Kasyah pasti kesihatannya merosot. Apa guna melihat rekod itu....menambahkan lagi gusar di hati. Dia meninggalkan bilik itu seusai menutup suis lampu. Langkahnya menjadi laju meninggalkan wad itu....dia tidak mahu siapa-siapa perasan akan kehadirannya di situ apatah lagi dikaitkan dengan Armaan. 


Suka Ke Tak?Where stories live. Discover now