Untuk Kau

6 0 0
                                    

Tamat sahaja ceramah, Syah mengemas segala buku dan pennya segera dan menuju ke pintu keluar. Badannya terasa lenguh duduk berjam-jam di kerusi plastik itu. Matanya sudah layu memerhati skrin pada dinding itu. Saat ini, dia hanya ingin merebahkan diri atas katil. Syah melewati lorong makmal onkologi untuk mengambil topi keledarnya , kehadiran Dr. Mawardi buatkan Syah menyelinap ke bilik washing room. Dia sempat menangkap perbualannya dengan Lab manager, Puan Hasni. 

"Kak, ada nampak Akasyah Azrin tak...tadi saya attend ceramah, dia tak ada dekat situ?"

"Oh....Kasyah.....tak pasti la Dr. , lepas lunch memang dia tak masuk lab dah"

Syah menepuk dahi bertalu-talu tanpa bunyi kerana lupa memaklumkan kehadiran Dr. Mawardi pada Kasyah. Dia harus bertindak cepat sebelum Kasyah kantoi dengan supervisor mereka. Syah keluar dari washing room menghampiri supervisornya. 

"Hi dr. Kak Kasyah ada dekat student room, dia cakap nak update lab report minggu ni "

"Oh...x pe, saya jumpa dia dekat sana"

Supervisornya sudah pun berjalan melepasinya menuju ke student room. Syah sudah mati akal, jari-jemarinya di genggam rapat, keadaan sudah menjadi huru-hara.Tiada apa yang mampu dilakukannya sehinggalah dia melaung separa kuat

"Dr!!!"

"Yer, Syah..."

Nampaknya supervisor dia memang tak ada mood harini, cara dia melihat Syah juga seakan tidak berminat untuk melengahkan masanya. 

"Kak Kasyah pesan dia tak nak jumpa sesiapapun" Mulut Syah terasa berat, bibirnya yang teragak-agak akhirnya melepaskan peluru terakhir harap-harap tepat mengenai sasaran kali ini. 

" Termasuk saya?"

Mata Syah terbeliak, rasanya peluru terlepas sasarannya. Dr. Mawardi seakan berang dengannya. 

"Argghhhhhhhhh" Syah hanya ternganga tidak tahu apa hendak dikatakan saat dan hanya menyerah saat Dr. Mawardi sudah pun memulas tombol pintu itu. 

Tombol pintu dilepaskan semula, dia menggeleng kepala apabila urusannya hari ini tidak selesai. 

"X pela.....saya jumpa dia esok"

Syah senyum mendengar keputusannya. Dia menghela nafas lega. Entah kenapa dia tak nak Kasyah kantoi untuk harini. Padahal dia tak pernah kisah pun dengan minah itu. Mungkin kerana Kasyah memang tak larat untuk hari ini. Dalam beberapa minit, badannya terasa penat mengendalikan keadaan ini. Dia melabuhkan punggung pada stool yang bersendirian di tepi locker itu seraya mengurut dadanya yang masih berdenyut laju. Dia mula terasa geram dengan Kasyah harini. Dia segera bangun menuju ke student room. 

Dikuak pintu dengan kasar, terdapat beberapa student yang masih disitu. "Kisah apa aku"gumam hatinya lalu duduk di sebelah Kasyah. 

"Aish....tido lagi dia ni"

"Woi, bangunlaaa....." Syah bertalu-talu mengetuk meja Kasyah namun semuanya sia-sia. Ada satu sahaja cara untuk buatkan minah ni terjaga. Hujung tudung ditarik dengan kuat. 

"Eeeiiiii...apa tarik-tarik tudung ni" Mata Kasyah membulat melihat Syah disebelahnya. Mukanya diraup perlhaan  menghilangkan rasa mengantuk yang masih tersisa itu. 

"Dr. Mawardi tunggu kat pintu tu"

"Huh" Sepantas kilat Kasyah bangun menuju ke pintu untuk berjumpa dengan supervisornya. Ledakan tawa dari ruangan bilik itu kedengaran jelas apabila Kasyah masih terkial-kial mencari Dr. Mawardi di luar bilik. Dia patah balik ke tempatnya dengan perasaan geram yang memuncak. Matanya mencerlung tajam ke arah Syah yang ralit memerhati gambar-gambar di dinding ruangan itu. 

"Tak payahlah tengok macam tu.....kang juling matatu"

"Nah...aku ada catat sikit pasal ceramah tu..."

"Oh...thank you...thank you...."

"Belanja aku makan" Syah dengan selamba buat muka seposen menunggu Kasyah memberi greenlight.

"Amboi....tak ikhlas nampak"

"Bagi balik tu" Sentap Syah mendengarnya buatkan dia bangun lalu meminta semula buku itu. 

"Ok...ok...jom" Kasyah memeluk buku itu tidak ingin memulangkannya selagi dia belum selesai update rekod hariannya itu. Dia segera mengemas barang-barangnya lalu mendapatkan kunci keretanya dari poket jeansnya. Mereka berdua meninggalkan makmal onkologi tanpa menghiraukan pandangan senior-senior yang bisa membangkitkan kontroversi saat ini. 


Suka Ke Tak?Where stories live. Discover now