Boring...

7 0 0
                                    

"Syah..sini dtg tengok cell ni....dah tiga hari aku hidupkan dia....kau tengok dia membesar macam mana"

Kasyah injak ketepi selepas memerhatikan cell yang dihidupkan semula semula selepas 3 bulan....dia dah setkan view yang clear untuk Syah pula observe.Dia menginjak ketepi sambil berbual dengan Syah sehingga tidak sedar dia hampir terlanggar troli penuh dengan bottle solution di tepinya.Syah yang dari tadi memerhatikan Kasyah dari kerusi roda sudah dapat mengagak tingkah Kasyah akan mengundang bala.Bangun sahaja dari kerusi roda terus dia tarik lengan Kasyah agar tidak lagi menginjak dari posisinya. 

"Ishhh..apa ni tarik-tarik?Sakit lah" Memang kuat pun Syah tarik Kasyah .Takut-takut kalau kalau dia tak tarik betul-betul Kasyah mungkin terundur ke belakang semula. 

"Kang kau jatuh atas trolley tu....tumpah abis semua solution tu...sapa nak ganti?"Syah mengangkat kening tunggu jawapan Kasyah balas.

Betui weii...sapa nak bayar balik....satu-satu solution tu beratus kot....ada tujuh balang...mau kena bayar 700+++.

Kasyah kalih ke belakang..baru dia perasan ada trolley sebelahnya tadi.Sapa pulak letak sini....

"Oh....yer pun..."

"Yer pun... apa?"Syah tunggu lagi Kasyah menjawab.

Kasyah dah mati kata.Sapa senior kat sini tak tau....dia pula kena soal tah apa-apa. 

"X da pa.....tengok cell bawah microscope tu"

"Sinilah...tunjuk  cell apa ni"

Kasyah mendekati semula microscope tu untuk terangkan bentuk dan saiznya

"Tengok ni...cell ni baru nak develop....dah 3 bulan dah aku "cryo" dia.Dia kecik lg...banyak tak hidup lagi...so kena incubate lama lg utk nak hidupkan balik semua cell"

Kasyah biarkan Syah observe cell tu sementara dia tolak trolley ke tepi sinki.Tempat yang sepatutnya trolley tu ditempatkan.Tak delah kemalangan macam tadi terjadi.X delah kemalangan hampir kemalangan sebenarnya.Balik pada Syah,Kasyah pula duduk di kerusi roda memerhati Syah memerhati sel kanser tu. 

"Mmm"Syah sekadar mmm bila dia dah selesai perhati sel tu. 

"Apadia mmm?"Kini Kasyah pula menduga Syah. 

"Aku nampak cell tu"

"Tau tak apa tu "cryo"?"

Syah mengerutkan dahinya.Rasanya dia ada dengar tadi Kasyah sebut "cryo" dan rasanya dia pernah ada dengar time kuliah perkataan tu tapi memang tak ingat dah apa tu "cryo".

"Mmmm...tak tau"

Kasyah dah naik angin duk kat kerusi tu...dia bukan apa mamat ni kalau tak hmm...ya...ok...x de benda lain yang keluar dari mulut tu. Kasyah dah ketuk-ketuk meja cuba bercakap dengan nada mendatar. 

"So...kalau tak tau...napa kau senyap"

"Kau tak bagitau pun apabenda "cryo" tu kat aku" 

"Dah kau tak tanya?!!!Macam mana nak bagitau!!"

"Aku ingat kau akan explain A to Z"

" Kau ingat aku ada masa ke nak terang satu-satu!!!"

Syah pula yang malu bila Kasyah jerkah depan semua orang.Yelah budak intern,budak phd semua melilau jer kat lab tu buat kerja...tiba-tiba mamat ni kena sound depan- depan. 

Kasyah dah rasa bersalah.Yelah sapapun mesti ada rasa tercabar pnyer...laki plak tu.. tak payah katalah. Kasyah keluar dari research room tu..dia duk kat luar cuba buang sifat baran dia.Segala gloves dicabut kasar dimasukkan dalam poket lab coat.Dia tunduk memandang kasutnya...dia lebih rela pendam daripada keluarkan baran tu...sebab dia yang akan menyesal dan salahkan diri sendiri.

Pintu dikuak semula...Kasyah dah dapat agak mesti Syah yang keluar dan tekaan dia betul.Satu benda boleh puji pasal mamat ni mana dia pergi mamat ni ikut jer kalaupun Kasyah selalunya x mention apa-apa tapi mamat ni ikut jer.Kadang teringat kerja lain,Kasyah akan keluar dari research room masuk bilik pencucian atau bilik stor.Senang ada tangan yang membantu dia buat kerja lain selain dalam research room tu bila mamat ni ikut sekali.Sebenarnya lab onkologi ini terpisah kepada banyak bilik,contoh research room,bilik pencucian,bilik stor dan bilik bahan kimia. 

Kasyah angkat kepala tersenyum tawar pandang Syah.Rasa bersalah plak dengan mamat ni.Peliknyer mamat ni rileks jer macam tak terkesan dengan apa yang terjadi.Dengan suara perlahan Kasyah menasihati Syah. 

"Aku boleh terang apabenda kau nak tau...tapi plis tanya kalau kau tak tau....tak kisah lah apa pun....x de lah aku sia-sia terang bagai tapi kau tak tau pun apabenda tu dari awal.Ok?"

Seperti biasa Syah membalas ok tanpa apa-apa komen. 

"Ok"

Kasyah menghela nafas dengar jawapan budak intern sorang ni.Kasyah menumbuk halus lengan Syah lalu melepasi Syah memasuki semula untuk teruskan kerja.Syah memandag kosong terhadap lengannya.Rasanya dia tak pernah bagi kebenaran untuk sapa-sapa sentuh dia.Syah menggeleng kepala lalu menuruti Kasyah masuk ke dalam.

"Ni nampak symbol atas flask ni(A549), ni kira short form untuk lung cancer cell....ni (BEAS-2B) normal lung cell...register dalam otak kau dua code ni....2 bulan dua cell nilah kau nak hadap sampai kau rasa nak muntah"

"1 bulan 25 hari"

"Lebih kuranglah"

"1bulan 25hari"

"Syah dalam otak aku ni aku tak suka ingat nombor banyak-banyak tau...so kau stick dgn 1bulan 25hari...aku stick dalam otak aku 2 bulan ok...fullstop...aku tak nak kau ulang benda sama"

"Tapi aku kan memang intern 1bulan 25hari"

"Wahai Syah Irwan, kau memang intern 1bulan 25hari....takdenyer aku suruh kau intern smpai 2 bulan...aku pun tak inginlah"

"Aku pun tak sabar nak blah dari sini"

"Ceh baru seminggu dah tak tahan....ni baru pengenalan kerja lab....kau dah  rasa nak balik ....benda lain macaaaammmm...."

Syah terus mencelah bila Kasyah buat andaian sesuka hati

"Ada aku cakap aku tak suka kerja lab ke?"

Muka Kasyah dah merah padam.Jaclynn labmate dah gelakkan dia.Kasyah perasan Jaclynn macam dah kamcing(ngam) dengan Syah ni.Ada apa-apa ke diaorang ni.Syah senyum lalu mengangkat keningnya menduga reaksi dari Kasyah.Seronok pula dia buli budak PHD sorang ni. Syah mengetapkan bibirnya apabila merasakan dia dah keterlaluan sekarang ni. 

Jaclyn pula bertanya pada Syah sebab dia nak sangat keluar dari tempat ni. 

"Sha,yang tak sabar nak keluar tu apsal?"

"Boring"

"Boring apa???"

Kasyah yang sibuk merekod bilangan sel dalam buku notanya sambil curi dengar perbualan mereka meletakkan pennya ke bawah.Dia tak sangka Syah akan kata boring.Jaclynn pun sama tak duga apa yang boring sebenarnya. 





Suka Ke Tak?Where stories live. Discover now