Barai

5 0 0
                                    

Kasyah yang masih mengantuk berjalan lemah menuju ke pintu masuk bangunan. Dia sudah pun masuk tidur pukul 12 malam, namun fikirannya yang  menerawang ke tiga tahun yang lepas membuatkan dia terjaga hingga pukul empat pagi. Segala yang terasa manis, indah kini hanya tawar semata-mata. Hidupnya terasa bosan dan dia juga sudahpun bosan untuk mencari inspirasi baru. 

Langkah Kasyah terhenti pada Vending Machine yang terletak betul-betul di tepi pintu masuk. Baru sahaja melihat deretan cawan kopi buatkan matanya segar. Dia mengeluarkan not biru lalu menekan butang HOT CAPPUCINO. Kasyah terperasan sosok tubuh seseorang yang tinggi di balik kaca Vending Machine buatkan dia kalih melihat siapakah gerangan itu?

"Oit.....awal kau kat sini" Kasyah menghadiahkan senyuman melihat budak intern,Syah di belakangnya. 

"Budak intern memang masuk awal....korang yang masuk lambat" Syah bersahaja menjawab lalu meneliti senarai kopi yang dipamerkan di situ. 

"Perli nampak!!!" Pagi-pagi lagi Kasyah sentap dengan Syah. Dahlah dia barai teruk arini.....

Syah menghela nafas panjang apabila Kasyah sentap dengannya.Masalah dia cakap benda yang betul.

"Betul la...korang start pkul 9 kitaorang pkul lapan"

"Oh....kau nak flavor apa?" Kasyah mengangguk faham lalu lompat ke topik kopi. 

"Sedap ke????" 

Kasyah menggeleng lemah melihat Syah yang teragak-agak. Patutla pandang lama mesin gedengang itu. Tanpa menunggu lama dia memilih untuk Syah dan menghulurkannya. 

"Nah...mocha..tak kuat sangat....sesuai untuk kanak-kanak membesar"

Syah yang berdiri beberapa tapak jauh dari Kasyah menghampirinya membuatkan mata Kasyah yang terletak pada mocha beralih pada Syah.Tanpa disedari cappucinonya disambar oleh Syah lalu dia berjalan melepasinya seraya membalas.

"Kanak-kanak yang tak habis membesar tu kau bukan aku"

"Woi...bagi balik Cappucino aku!!!!!"Kasyah melangkah laju menyamai rentak Syah yang sudah pun masuk ke lobi utama di mana semua budak intern berkumpul sebelum dibenarkan masuk lab"

"Woi Syah, bagi balik Cappucino aku....." Kasyah masih lagi tak beralah. Ni semua sebab kopi. Cari pasal betul budak intern sorang ni. Dahlah mengantuk, dahlah dia tak minum mocha, rasa tak puas hati betul pagi-lagi ni. 

Lidah Kasyah terkedu untuk terus berperang mulut dengan Syah. Dia terkejut melihat sekumpulan budak intern di lobi dan paling memalukan apabila semua tak beralih memandangnya. Mana taknya dia memekik memanggil Syah yang memasuki lobi tanpa menghiraukannya.Ingatkan tiada siapa di situ...rupanya ini yang terjadi. Syah selamba mengambil tempat di kalangan mereka seraya menghirup enak Cappucino milik Kasyah. 

Kasyah menelan air liur lalu memasuki lorong bilik klusternya. Mocha yang masih di genggamannya dibuang serta merta di tong sampah yang berdekatan. 


Suka Ke Tak?Where stories live. Discover now