Tunang vs Kawan

6 0 0
                                    


Seusai makan, Kasyah pulang semula ke makmal onkologinya manakala Syah sudah menghidupkan motornya untuk pulang. Kasyah sambung menyiapkan report hariannya lalu mengerling sekilas tingkap yang sering menjadi ruang tatapan bangunan hospital yang terletak depan bangunan research ini. Tidak dapat dinafikan dirinya selalu perasan akan sesosok tubuh yang berdiri kaku merenung tingkap biliknya itu. Jikalau jam menginjak pukul 10, semestinya orang itu akan dapat dilihat jelas dari tingkap itu.Lama-kelamaan Kasyah sudah terbiasa sehingga kelihatan janggal kalau dia tidak muncul. 

Seperti semalam, Kasyah gagahkan diri untuk melawat Armaan hari ini. Tombol pintu yang dipegangnya berputar sendiri membuatkan dia pasti Armaan memulasnya dari dalam. Kasyah kelihatan tenang apabila pintu terkuak dari dalam sebaliknya Armaan yang terkejut keluar dari biliknya. 

"Aikkkkk........" Armaan sempat  tersenyum simpul dalam reaksi terkejutnya itu. 

"Oittttt" Kasyah senyum terpaksa cuba untuk tidak menghambarkan suasana. 

"Masuk arr dulu" Armaan meraup belakang lehernya apabila terasa kekok dengan Kasyah ketika itu. Dia berlalu pergi untuk berjumpa dengan jururawat di kaunter. 

"Ok"

Armaan kembali ke biliknya semula lalu duduk bersila atas katilnya manakala Kasyah terlihat berdiri di tepi tingkap biliknya. Kasyah mengira berkali-kali posisi bilik Armaaan dari tingkap student roomnya.Telahannya tepat sekali. Sosok tubuh yang sering dilihatnya bukanlah sapa-sapa tetapi Armaan Khan yang dikenalinya. 

Tapi soalnya kenapa? Dulu dirinya dipandang pun tidak, kini semuanya terasa lain. Matthew pernah berkata bahawa Armaan sangat kebosanan kebelakangan ini. Jadi soalan itu ditujukan pada Armaan. 

"Maan" Kasyah memanggil perlahan Armaan  saat dirinya  masih memerhatikan tingkap student roomnya. Entah kenapa dirinya terasa sayu pada si Armaan ini. 

"Yaaaa" Armaan menjawab perlahan panggilan Kasyah itu walaupun matanya ralit melihat kakinya yang terlihat kecil di sebalik selimut itu. Cara Kasyah memanggil dirinya sangat berbeza dari orang lain. Biasanya semua akan memanggilnya "Man" sahaja hanya Kasyah menyebut dengan ton panjang "Maan" dan suara Kasyah itu terasa uniknya untuknya. Style panggilan itu tersemat jelas dalam memorinya. 

"Boring sangat ke?" Kasyah menduga reaksi Armaan saat itu. 

"Haah...boring sangat....Takut life aku akan berlalu macam ni jer" Armaan menghela nafas dengan mulut muncung ke depan....tak disangka orang yang tak pernah senang duduk kini terpaksa berkurung di bilik ini. Dia bersandar lemah pada bahu katil itu. 

"Tulaaa...sapa suh tinggai girlfriend semua...mai duduk sini.....kesian diaorang tau....kau mainkan diaorang lepas tu tinggai macam tu jaaa" Kasyah tidak mahu perbualan itu bertukar serius jadi dia mula mengusik si Armaan. Pada masa yang sama dia memang tidak faham kenapa mamat ini sanggup duduk di sini padahal mak bapa, girlfriend, kawan-kawannya semuanya di Johor. 

"Diaorang semua tau aku main-main jer" Armaan selamba berbicara sementara mindanya sudah patah balik ke memori dulu.  

"Kecuali aku kan.....aku jer tak tahu kau main-mainkan aku" Tap, kata-kata Kasyah mematikan lamunannya. Armaan menatap wajah Kasyah yang sedang menunggu jawapannya. 

"Aku tak pernah usik kau" Suara dalamnya terpacul seakan -akan isi hatinya menutur jujur pada Kasyah saat itu. 

Kasyah terkedu seketika.Bukankah dia yang menyukai lelaki itu? Bukankah dia yang beria pertahankan cintanya itu? Padahal terang-terangan Armaan sudah menunjukkan sifat belangnya tiga tahun lalu.Kesanggupannya berakhir dengan pertunangan dan pertunangan itu tergantung sepi hingga ke hari ini.

"Dah tu kenapa cincin tu ada kat jari kau...selama ni kau tak pernah pakai pun" Amarah Kasyah belum lenyap. Walaupun suaranya tampak tenang, ketidakpuasan hati meluap-luap dalam dirinya.

Armaan tersenyum tawar sambil bermain-main dengan cincin yang longgar di jarinya. Ya, dia akui cincin itu dicarinya semula. Itulah punca dia datang ke Penang dan terutamanya ke sini.Demi Kasyah. Dia datang untuk ubati hati Kasyah. Bukan dengan cinta tapi dengan persahabatan. Dia ingin pulang ke negeri abadi dengan tenang. Dia tidak boleh berlengah lagi. Jadinya segala treatment disambung di sini. 

"Jangan risau....aku takkan tuntut hak perasaan atas cincin ni" Armaan mengenyit nakal pada Kasyah. 

"Kau pun jangan risau, perasaan tu dah lama mati" Armaan sedar betapa sakitnya Kasyah sehingga dia tidak lagi memberi ruang untuk cinta. 

Armaan turun dari katil, dia berdiri di hujung jendela bertentangan dengan Kasyah. Dia memandang redup kearahnya. Ada yang harus jujur diakuinya

"Hati kau terluka sebab aku...aku sarung semula cincin ini sebagai tanda persahabatan antara kita....peluang untuk aku berbaik dengan kau"

Kolam mata Kasyah terasa panas menandakan hujan akan mula merintik di pipinya. Sekelip mata dia sudah berdamai dengan masa lalu yang terasa kelam tentang Armaan

Kedua-duanya kalih apabila terdengar ketukan pintu yang siap sedia terbuka

"Encik Armaan, minum ubat batuk ni.....lepas tu tidur yer...jangan merayau pegi kacau patient lain naaa" Armaan tersenyum simpul lalu mengangguk pada jururawat separuh usia itu. 

"Boring tahap gaban dah ni" Kasyah menyakat lagi. 

"Kadang tak dapat patient, aku pergi kacau Dr. on duty lagi-lagi si Matthew tu" Armaan menghampiri meja dan menelan ubat serta-merta. Dia teringin nak tidur lena kerana hampir setiap malam dia terjaga dan fikirannya akan mula menerawang tak tentu hala

"Patutla dia sayang sangat dengan kau"

Armaan sudah pun terbaring atas katil, , menarik selimut. Hari sudah larut malam, dia tidak mahu Kasyah terlalu lama di situ.  

"Mesti ar.....aku paling torture dia....dia pun layan....bayangkan kami main PUBG pkul tiga malam sambil duk makan maggi"

Kasyah sekadar gelak mengekek terhibur dengan Armaan ni. 

"Dah ar....aku nak balik...kau dah makan ubat tu tido laaa"

"Hmm...aku tido lepas subuh nanti....kau balik laa...aku nak main game dulu"


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 06, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suka Ke Tak?Where stories live. Discover now