10 : thank you

32 13 1
                                    

Malam itu Yunho keluar dari biliknya selepas puas bermain permainan video ,itupun Puan Jeong yang suruh

" hm bosannya!! " Yunho menghempas badan di atas sofa , Puan Jeong mengurut dada dek kerana terkejut

" omma mana Gunho? Yuno tak dengar pun suara dia petang tadi " Yunho membetulkan duduknya , bahu Puan Jeong dipicit-picit

" ha tulah, leka sangat main game tu ... Gunho dah keluar dia cakap dia pergi kedai beli makanan "

" oh .. hm omma, boleh tak Yun nak keluar juga? Nak bawa Suna jalan-jalan lah"

Puan Jeong menjeling anak sulungnya itu , Yunho sengih

" pergila-"

" Yeayy! Sayang omma!! " Yunho memeluk Puan Jeong sebelum mencapai topi dan masknya untuk keluar

.

.

.

Yunho masuk ke cafe, minuman fav dipesan . Dia perlu menunggu di meja luar kerana Suna tak dibenarkan masuk

tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang perempuan dan seorang lelaki yang duduk semeja

" Hara? " Yunho duduk dimeja yang jauh sedikit , dia toleh ke tepi untuk melihat Hara itu tadi

' betul lah tu Hara , tapi siapa kat sebelah dia tu? Bukan main rapat lagi .. ' Soal hati Yunho , dia sedikit cemburu bila melihat Hara yang sedang bergelak ketawa

Memang susah nak cam Yunho kalau dia pakai mask dengan bucket hat dia tu

Yunho memandang ke arah lain, dia lihat permandangan di depan mata

Kat luar memang sejuk , tapi hati Yunho sekarang panas membara tau

akhirnya Yunho beredar dari kedai itu , sudah tak selera nak makan atau minum . Yunho menuju ke taman lama pula

" cis! dekat sekolah bukan main cold , dengan laki tu boleh pula gelak-gelak " Yunho mengejek cara Hara gelak , sudahla dia tengah merajuk dengan Hara

Yunho duduk diatas buai itu , taman lama inilah yang menjadi tempat persinggahan Yunho bila dia moody

tali Suna disangkut pada palang besi buai itu ,jauh sedikit dari Yunho

Kaki panjang Yunho diayunkan perlahan , buai itupun mula bergerak sedikit

Yunho mula seronok , dia tersengih seperti budak kecil apabila teringatkan kenangannya bermain disitu

Yunho mula leka , Suna hanya melihat buai itu turun dan naik . Lama-lama bosan juga anjing tu

" Eh- yah Suna!! " Yunho melihat Suna yang sedang melarikan diri , disebabkan Suna masih kecil jadi agak lincah pergerakannya .

Yunho mengejar Suna yang semakin jauh , tiba-tiba Suna berlari ke arah jalan

Seorang perempuan menangkap Suna , Yunho hampir sahaja melihat Suna digilis tayar kereta

" T-terima kasih !!! " Yunho tunduk berkali-kali pada perempuan itu , dia memeluk Suna dengan erat

" Yunho? " Perempuan itu mendongak , Yunho senyum bila dia dapat cam perempuan itu

" hai, Areum "

.

.

.

Yunho mengajak Areum makan di kedai ramyeon diluar, katanya sebagai tanda terima kasih kerana selamatkan Suna

Yunho hanya memandang Areum yang sedang makan sehingga Areum rasa kekok bila mahu menyuap makanan ke mulut

[𝙎𝙐] 𝐒𝐔𝐑𝐑𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:𝐘𝐔𝐍𝐇𝐎Where stories live. Discover now