13 : problem

34 11 5
                                    

Areum ditolak kasar masuk ke dalam rumah sehingga jatuh tersungkur,kaca mata yang dipakainya jatuh, Puan Bae yang baru sahaja keluar dari dapur terkejut .

" kau dah pandai ya minta tolong dengan orang luar Sayuri? aku nampak kereta Seonghwa sekali tadi! memang semua kisah silam kau kena cerita dekat orang ke? Cerita yang aku ni appa tiri kau?!! " Appa tirinya itu mengcangkung menghadap Areum , dahi Areum ditunjal beberapa kali sehingga kepalanya terdongak

Areum mengangkat kepala , memandang wajah orang tua gila didepan mata dengan perasaan marah yang membara

" itu semua kebetulan jelah ! Aku keluar sebab nak buat kerja sekolah! Aku takkan sesekali menagih simpati lah , aku tak suka menyusahkan orang lain dengan kisah silam aku !! bukan macam appa! Suka menyusahkan hidup omma . "

" kurang ajar kau ya? Ini ke perangai yang kau dapat bila berkawan dengan budak kaya tu? "

Areum mengetap rahangnya , makin membara jiwa mendengar perli dari orang tua itu

Pertengkaran dua beranak itu makin menjadi-jadi , Puan Bae mendekati Areum yang ingin bangun itu

" A-areum ..sudahlah , biar omma yang selesaikan. Kamu masuk bilik "

Areum baran , tangan Puan Bae ditepis . Wanita tua itu dijeling

" selesaikan dengan rela kena pukul? sampai bila omma nak menyerah dengan manusia bertopengkan setan ni? Areum dah penat omma , setiap hari kena tengok kesan luka, calar , lebam kat badan omma tu . Lelaki tak guna ni memang kena ajar . "

Puan Bae membuntang mata , Areum sangat berani , tak macam dia yang hanya merelakan dirinya dipukul . Salah dia juga yang mengahwini lelaki ini .

Appa tirinya pula hanya merendah-rendahkan Areum . Memandangkan dia menolak Areum dengan kuat jadi agak susah untuk Areum bangun

" appa ,aku bagi amaran .. jangan cabar aku ulang perkara lama , tapi kalau appa terus buat perangai macamni , sama ada appa atau aku yang akan masuk penjara "

"tch, kenapa kau pula? "

" sebab aku tak kesah masuk penjara lepas dapat bunuh appa ,berbaloi lah tu "

Ayat yang keluar dari mulut Areum itu membuatkan pasangan suami isteri itu tercengang

Puan Bae pula sudah risau, dia tahu Areum sanggup lakukan apa sahaja kalau dia betul-betul baran . Apa sahaja yang diluar jangkaan remaja berusia 18 tahun

Areum bangun , kaca matanya dipakai semula lalu berjalan ke arah bilik . Kakinya sakit , tetapi digagahkan juga untuk bangun

kenalah nampak kuat , walaupun sebenarnya serapuh kaca

Puan Bae memandang suaminya , appa tiri Areum mendengus kuat lalu mengatur langkah keluar dari rumah itu setelah menerima ugutan dari Areum

.

.

.

malam itu , Areum hanya terbaring di katil sambil mendengar lagu .

Kakinya yang agak bengkak langsung dipedulikan dan masih ingin memaksa diri untuk berjalan

disebabkan bosan , dia duduk bersandar pula. Telefonnya dibuka . Areum melihat notification yang terpapar di lockscreen.

[ 5 unread messages from YUNHO ]

YUNHO
Areum ,kau okay?

YUNHO
Maafkan aku , kalau aku tak suruh
korang stay lama tadi appa kau
mesti takkan marahkan kau ..

YUNHO
Sorry ya?

YUNHO
Kalau nak merajuk dengan aku
tak apa, tapi sekurangnya
tolong baca mesej ni

YUNHO
supaya aku tahu kau okay ,
aku pun rasa bersalah juga
ni . Baca ya? Goodnight
Areum :)

Hi :) saya okay jelah
goodnight juga :3

Areum tersenyum kecil selepas membalas mesej itu , banyak benda yang berlaku dalam masa satu hari . Tapi nasiblah Yunho sorang sahaja yang menanyakan keadaan Areum

tiba-tiba pintu bilik Areum diketuk , Areum menoleh . Tangannya cuba mencapai tombol pintu itu

BBUK!!

tapi malangnya dia terjatuh , kakinya pula terhentak ke lantai . Areum memejamkan mata rapat kerana terlalu sakit

Puan Bae masuk selepas mendegar bunyi itu , dia terus membantu Areum duduk semula

" ni , omma bawakan first aid kit . Mari omma balut kaki kamu"

Puan Bae membuka peti kit itu , pembalut dan ubat sapu diambil

Areum mengalihkan kakinya , Puan Bae mengeluh . Dia tahu Areum tak suka perkara sebegini

" Biar Areum buat , susah-susah je omma ni . Pergilah tidur ,mesti omma penat "

Kata Areum dengan senyuman , perlahan-lahan tangannya mencapai pembalut yang dipegang Puan Bae

Puan Bae mengangguk lalu meninggalkan first aid kit itu bersama Areum ,ubat disapu di bahagian yang terasa sakit lalu diurut perlahan sebelum dibalut rapi

selesai membalut , Areum letakkan first aid kit tadi ketepi.

selimut ditarik sehingga menutupi separuh badannya lalu mula pejamkan mata untuk tidur

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

+ dah lama x up , sila salahkan kajian kes sejarah huhu T ^ T +

+ enjoy !! az out ♥︎ +

[𝙎𝙐] 𝐒𝐔𝐑𝐑𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:𝐘𝐔𝐍𝐇𝐎Where stories live. Discover now