19 : fight

51 6 2
                                    

Yunho berlari tergesa-gesa ke tingkat paling atas iaitu rooftop untuk berjumpa seseorang .

Pintu ditendang , penumbuk Yunho dikepal sedang menahan amarahnya . Yunho berjalan sekeliling kawasan rooftop itu lalu terjumpa seseorang yang sedang menghisap rokok dan seorang lagi yang sedang duduk melutut . Situasi pembuli dan mangsa buli .

Melihat wajah Choi San yang sedang ketawa terbahak-bahak sambil memukul seorang pelajar junior disitu buatkan Yunho makin menggila .

Yunho berlari laju ke arah San lalu menghadiahkan tumbukan padu dari belakang.

" WOI !! " San yang jatuh terbaring itu menjerit terkejut lalu memalingkan badan melihat Yunho .

" Kau memang nak mati San! "  Yunho memecut ke arah San yang terbaring lalu menarik kolar baju lelaki itu .

" b-bro.. relax lah, apahal marah-marah ni? "  San senyum mereng . Mata Yunho dan San bertembung .

Yunho terketar-ketar menahan perasaan marah yang membuak-buak dari tadi . Dia lepaskan kolar baju San lalu menolak lelaki itu jauh darinya .

San senyum sekali lagi . Bibirnya yang luka dan berdarah dia jilat lalu menyepak mangsa bulinya tadi .

" Kau bertuah sebab sunbae datang . Dah blah! "  San menunjal kepala mangsanya lalu menyuruh dia balik ke kelas seperti tiada apa yang berlaku .

" tak ada mood nak membuli dah , kau punca la Yunho .. "

Yunho berdecit mendegar ayat San , dia fikir dia seorang saja ke yang ada mood?

" Kenapa kau datang cari pasal dengan aku ?" Mata San kembali memandang musuh ketatnya . Mata Yunho bertukar seperti renungan mata helang .

" kau yang cari pasal dengan aku dulu . Kau kacau family aku , takkan nak biarkan kau terlepas begitu saja?? "  Yunho maju kedepan . San mengerutkan dahinya setelah mendengar ayat Yunho .

" apa kau cakap ni .. terus terang sajalah Jeong Yunho "   San mengeluh lalu menjeling Yunho . Malas dia mahu berkias-kias dengan Yunho  .

" tempoh hari kau ada buli budak kan? Tak cukup dengan tu kau cederakan Areum! " Yunho geram dengan sikap San yang langsung tak rasa bersalah atas perbuatan dia . Seperti dia tak kisah langsung dan hanya tahu membuli untuk kepuasan diri.

San tertolak jauh dari Yunho . Belakangnya terkena tembok separuh tinggi rooftop itu . Lidah San ditolak ke pipi lalu tersenyum sinis.

" JAWABLAH ! KAU PUKUL GUNHO KAN?! "  Yunho mara lalu menerjah San sekali lagi . Dia kunci San dan duduk diatasnya lalu mula menyerang lelaki itu.

Yunho sudah hilang sabar . Dia tak bermain permainan dengan San sekarang . Yunho sahaja yang serius dan San fikir dia sedang bermain teka-teki dengan Yunho .

Bbukk! 

Yunho menumbuk pipi kurus San sekali . San yang berada di bawah Yunho mengenggam bahu lelaki itu lalu menghantukkan kepala mereka berdua dengan kuat sehingga Yunho jatuh ke tepi .

" ARGHHHH!! " Yunho mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya . Tindakan San buat dia rasa seperti batu besar melanggar kepalanya dan ia bergegar .

" A-APA KENA MENGENANYA..DIA DENGAN KAU! LAGI SATU AREUM YANG KACAU AKU DULU! " San tercungap-cungap cuba berdiri semula . Pipinya yang ditumbuk Yunho tadi dia pegang . Terasa rahangnya bagai teralih kerana tumbukan padu Yunho .

Yunho menunduk dan membongkokkan badan ke lantai . San yang menjauhkan diri melihat Yunho sedang mengerang kesakitan itu ketawa sinis .

.

[𝙎𝙐] 𝐒𝐔𝐑𝐑𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:𝐘𝐔𝐍𝐇𝐎Where stories live. Discover now