selepas beberapa jam berada di sekolah , akhirnya acara quiz tadi sudah tamat dan semua pelajar mula beredar dari dewan besar tersebut .
keputusan? macam biasalah watak utama lah menang :D
Yunho yang sedang berkemas menyuruh Areum tunggu di luar dewan , Areum setuju memandangkan San juga macam perhatikan dia sahaja .
" Aku balik dulu ya , bye korang !! " Jerit Mingi lalu berlari keluar dari dewan sambil menyarungkan beg galasnya
Yunho dan Hara keluar dari dewan , terus boleh nampak Areum yang sedang termenung sambil memandang langkah San yang sudah jauh dari dewan itu .
Terasa bahunya dipegang , Areum terus menoleh
" kau termenung apa lagi? taknak balik eh? " Perli Hara namun Areum hanya tersengih lalu menyamakan langkah mereka bertiga .
" Kenapa kau pandang San? dia kacau kau lagi? " Yunho yang berjalan di tengah-tengah antara Hara dan Areum mula bersuara .
Terlihat San yang sedang menunggu di bastop , sudah semestinya dia nak perhatikan dua orang perempuan itu
Hara mengerling Areum sekejap , ingin lihat reaksinya
Areum seperti tengah loading...
dia nak angguk tapi dia kena gelengkan kepala . Sebab Hara ada kat situ , nanti dilabel gedik pula ..
dengan itu Areum menggeleng , tetapi lambat . Yunho hanya mengangguk faham lalu terus berjalan sampai ke bastop berhampiran sekolah dimana terdapat San disitu
Areum pula terus belok ke arah bertentangan bastop itu , tak mahu mendekati San , tangannya pula sempat ditarik .
itu Yunho , dengan senyuman manis Yunho mendekati Areum
" nak aku hantarkan ? Harini noona yang ambil ,aku dah jarang naik kereta dengan Hara lagipun aku kesian tengok kau jalan terjengket-jengket .. "
Terang Yunho , Areum menepis tangannya dari terus digenggam Yunho . Hara juga sedang memmerhatikan mereka berdua .
" taknak . " Areum menggeleng lalu berjalan pergi meninggalkan Yunho , lelaki tinggi lampai itu agak terkejut melihat perubahan Areum
Yunho fikir mungkin Areum tengah dalam mood bendera jepun
Tanpa memaksa Yunho pun menaiki kereta Yura yang baru sahaja sampai selepas Areum berjalan pergi .
.
.
.
kakinya dijejakkan ke gerai berhampiran sekolah . Areum mengeluh sebelum memandang lelaki tua yang berada di hadapannya sekarang
lewat petang tadi dia terima panggilan dari pemilik gerai kerana appanya sering mabuk dan tak mahu pulang sehingga menyukarkan pemilik gerai itu untuk menutup kedainya .
Areum mendekati appanya , orang tua itu dah memang mabuk teruk sehingga dah tak boleh berdiri .
dengan segala kudrat yang ada , Areum cuba juga memapah lelaki itu walaupun kakinya masih terasa sakit .
kerana terlalu mabuk dan stress dengan kerja, appanya secara tiba-tiba menolak Areum yang sedang memapahnya .
Areum jatuh di atas semak yang berada di tepi jalan itu , lengannya luka sedikit terkena duri-duri tumbuhan yang tajam namun dia bangun semula untuk menyambung perjalanan .
" yahh appa ! sedarlah !! " bahu lelaki itu digoncang kuat , dengan bau arak yang kuat menyukarkan Areum untuk meneruskan perjalanan .
orang-orang yang melintasi disitu hanya memandang sambil menutup hidung mereka .
YOU ARE READING
[𝙎𝙐] 𝐒𝐔𝐑𝐑𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑:𝐘𝐔𝐍𝐇𝐎
Fanfiction" It's unfair that we laughed together but you cried alone." start: 13/5/21 status: slow update / tbh idek what am doing