𓆜 ----------------┊⁀➷" kim seungmin ! ini ke diri kamu yang sebenar ? lembik ! "
bertalu talu marahan dari jurulatih peribadi seungmin . hari ini dia mempunyai ujian untuk mendapatkan tali pinggang hitam .
pelajar pelajar taekwondo juga memberi semangat pada seungmin tetapi dia tidak dapat bangkit juga kerana tahanan siku kuat dari pihak lawan .
seungmin mengetap gigi nya menahan sakit . son jiwoo pula tersenyum sinis melihat keadaan seungmin .
tiba tiba , satu figura menangkap perhatian nya dari arah pintu . cantik , sangat cantik bagaikan bidadari .
apabila gadis itu memandang nya dengan riak wajah yang risau , seungmin cepat cepat menolak son jiwoo semula dan menumbuk wajah nya sekali .
ketika itu juga loceng pemasa berbunyi menandakan seungmin pemenang dalam ujian tersebut .
" tahniah kim seungmin ! awak dapat tali pinggang hitam tu " , mereka berdua berjabat tangan dan seungmin tersenyum .
seungmin memandang jiwoo yang masih mengesat darah di bibir nya dan menghulurkan tangan . tetapi jiwoo hanya endahkan dan berlalu pergi .
" woi seungmin ? kau okey tak ? dah ah tak yah layan mamat gila tu " , yerin menghampiri seungmin .
" kenapa kau bawak seok kyung datang sini ? " , seungmin berbisik pada seok kyung .
" aku nak bagi semangat dekat kau " , seok kyung menampar lengan seungmin .
seungmin menggeleng kepala dengan perangai yerin yang tidak habis habis menyakat . yerin ditolak seungmin untuk disuruh pergi .
" awak okey ? sorry lah , kalau kedatangan saya ni menganggu awak tapi yerin yang .. "
belum sempat seok kyung habiskan ayat nya , seungmin menarik tangan seok kyung ke bilik persalinan .
seok kyung terdiam kerana wajah seungmin tidak menunjukkan riak wajah bersalah .
seungmin memberikan first aid - kit kepada seok kyung dan memegang bahu seok kyung untuk menyuruhnya duduk di situ .
" tolong hilangkan darah ni "
seok kyung hanya turuti . dia mengambil antiseptik wipes dan mencuci bahagian bibir seungmin yang dipenuhi darah .
" sakit lah .. "
" tahan lah sikit " , seok kyung hanya fokus pada rawatan tetapi seungmin terganggu dengan wajah seok kyung .
" dah . nah , simpan balik "
seungmin bangun dan pergi ke loker besi untuk meletakkan first aid - kit itu dan menukar baju taekwondo ke baju hoodie biru juga .
" apa yang kita buat .. "
" jom , teman aku pergi makan "
tiba tiba je mamat ni , kata hati seok kyung .
" sebelum tu .. " , seungmin mengikat rambut panjang seok kyung dengan getah rambut biru yang dibeli nya tadi .
" baru sesuai dengan baju kau "
secara tidak sengaja , seok kyung menarik nafas dengan kuat . seungmin tersenyum dan meletakkan telapak tangan nya pada dada seok kyung .
" kau tak dapat bernafas ke ? "
" m-mana ada .. "
seungmin tersenyum sekali lagi dan membawa nya keluar dari pusat latihan taekwondo itu . keadaan sedikit janggal tetapi mereka cuba hilangkan nya .
" kau nak makan apa ? banyak kedai yang ada makanan sedap sedap dekat sini "
seok kyung mengetap bibirnya sambil matanya menyeloroti seluruh kawasan yang dipenuhi kedai makan itu .
" saya makan apa je yang awak nak makan "
" kalau aku makan kau ? " , di akhir ayat nya seungmin tertawa kuat manakala mulut seok kyung ternganga .
tiba tiba , mata seungmin tertancap pada satu kedai lalu laju menarik seok kyung masuk ke dalam kedai itu .
✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧
tuan kim dan ketua guru rumah sukan masing masing sibuk berbincang tentang hari sukan yang akan diadakan ahad ini .
na yerin dan kim seungmin berada dalam satu pasukan yang sama iaitu rumah merah dan merupakan athlete tiap tiap tahun .
tuan ha seperti biasa akan memilih seungmin sebagai ketua murid rumah sukan merah kerana seungmin memang akan dipilih setiap tahun .
semua guru juga berbuat perkara yang sama dan sibuk berbincang tentang perkara lain pula.
tuan kim sahaja yang masih runsing untuk memilih kerana dalam rumah sukan biru , tiada siapa yang ingin menjadi ketua murid rumah sukan .
" kenapa tuan kim ? " , tanya puan shin sebagai penolong rumah sukan biru .
" macam biasa lah , puan shin . kita memang tak ada calon . tahun tahun lepas pun kita yang paksa "
memang setiap tahun kena dipaksa sehinggakan jeongin dari rumah sukan hijau terpaksa menolong tuan kim .
" kenapa tak jadikan bae seok kyung sebagai ketua murid rumah sukan ? dia kan sesuai juga " , cadang tuan ha .
" betul tu . dia tu baik tapi ramai kata kebelakangan ni dia rapat dengan kim seungmin . dorang tu mesti boleh kerjasama "
tuan kim dan puan shin memandang sesama sendiri dan memutuskan untuk jadikan bae seok kyung sebagai ketua murid rumah sukan .
✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧
to be continued
YOU ARE READING
[ √ ] crave for you : seungmin
Fanfiction✉ | complete ^^ - cinta itu buta kan ? sampaikan kau sanggup berkorban untuk si jejaka ? " i love him until i can sacrifice my life for him " original by - ©wooyabebe start : 6 July 2021 end : 20 August 2021