𓆜 ––––———–––––———–┊⁀➷senyap sunyi keadaan kelas selepas kehadiran ' seok kyung ' ke sekolah . pelajar pelajar juga berasa seram sejuk dengan kehadiran mengejut gadis misteri yang berwajah mirip seperti seok kyung .
terdiam sahaja yerin dan seungmin memandang dari jauh . berulang kali seungmin berfikir untuk menegur nya .
yerin berdehem sedikit kuat dan berjalan ke arah tempat duduk gadis misteri itu dengan keberanian tingkat tinggi .
sebaik sahaja sampai , tag nama yang dijahit di poket bajunya dilihat selintas . riak wajah gadis itu tidak tersenyum walaupun sedikit .
" oh seo rin .. muka kau macam kawan baik aku , bae seok kyung "
kata kata yerin hanya diendahkan . seo rin hanya fokus pada telefon bimbit nya . entah apa yang menarik sangat yang dia lihat .
melihat yerin tidak dilayan , pelajar pelajar pun membisik antara satu sama lain . ada yang mengatakan itu roh seok kyung untuk membalas dendam .
ada yang mengatakan itu kembar seok kyung yang belajar di luar negara untuk membalas dendam . berbagai gosip mereka cipta , entah betul atau tidak .
seungmin juga mahu mencuba nasib nya walaupun dia tahu akan jadi seperti yerin . dia sangat rindukan sang gadis itu .
" bae seok kyung ! kau kenal aku tak ? " , jeritan kuat seungmin membuatkan seluruh kelas memandang seo rin .
keluhan kuat seo rin kedengaran lantas telefon bimbit nya disimpan ke dalam poket seluar nya . mata nya bertentangan mata milik seungmin .
tenang sahaja pandangan mata nya apabila bertembung dengan seungmin . tiba tiba , seungmin meletakkan tangan di dada nya .
sangat kuat degupan jantung nya sehingga dia sukar bernafas . seo rin mengecilkan mata nya dan duduk semula di tempat duduk .
" aku cakap sekali je . jangan samakan aku dengan orang yang dah mati . faham ?! "
sebaik sahaja kata kata itu dilontar , guru kelas mereka juga baru sampai . dia juga terkejut dengan seo rin tetapi dikawal reaksi wajah nya .
" ap- apa korang buat dekat sini ?! seungmin ! pergi balik kelas kamu . sekarang ni waktu belajar "
seungmin membetulkan tali leher nya sebelum keluar dari kelas . dia juga sempat melihat seo rin selintas sebelum berjalan pergi .
" tak mungkin .. mesti ada sesuatu yang aku tak tahu . tak mungkin .. "
seungmin sendiri tidak percaya apa yang dilihat nya . dia perlu mengetahui rahsia tentang seo rin dan siapakah dia .
✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧
seperti biasa , pakaian sut kemas dikenakan pada seungmin untuk berjumpa rakan kongsi syarikat ayah nya bersama keluarga nya .
makan malam diadakan di hotel mewah seoul . selalu nya berjumpa di syarikat atau pun ayah sahaja pergi tetapi kali ini mungkin rakan kongsi nya orang yang ternama .
seungmin tertib duduk di tempat duduk nya . masih menunggu rakan kongsi syarikat ayah nya dengan penuh kesabaran .
kata ayah nya , syarikat mereka itu sangat ternama di seluruh dunia . mereka juga membeli pusat membeli belah di cheongdam yang berharga setengah billion .
mereka juga membeli penthouse untuk anak tunggal mereka yang juga nenguruskan syarikat itu . kata nya juga , mereka sama umur .
tidak lama kemudian , ayah seungmin melambai lambai ke arah lelaki yang seusia nya dari jauh . seungmin tidak dapat melihat dengan jelas .
mereka semua berpakaian hitam , tetapi yang menarik perhatian seungmin ialah gadis seusia nya berpakaian dress pendek hitam dan berambut pendek .
apabila semakin dekat , terlopong mata seungmin melihat gerangan gadis tersebut . tidak mungkin gadis itu anak kepada pemilik syarikat terkemuka .
keluarga kim mula bangun untuk menghormati rakan kongsi nya yang datang .
" tuan kim ? saya pemilik syarikat cheon a , oh yeon cheol "
mata seungmin dan seo rin masing masing bertentangan . seo rin masih mengekalkan reaksi wajah nya tetapi seungmin cuba bertenang .
" ya tuan yeon cheol , saya kim seol . ini isteri saya dan ini anak saya , kim seungmin "
tuan oh memberikan senyuman pada seungmin dan mata nya melihat seo rin yang juga memandang seungmin tanpa berkelip .
" ini anak saya , oh seo rin . dia baru balik dari luar negara . dia datang sini pun sebab nak uruskan kewangan syarikat saya "
tuan oh dan keluarga nya mengambil tempat di hadapan keluarga tuan kim . mereka bergelak ketawa tetapi seungmin dan seo rin masih dalam dunia mereka .
" seo rin cakap dia dengan seungmin satu sekolah . kalau macam tu bangus lah . boleh seungmin ni jagakan seo rin juga "
" bagus jugak tu . seungmin pun pandai taekwondo " , di akhir ayat mereka tertawa besar .
" seo rin ? seungmin ? kamu okay ? " , soal tuan kim sambil menepuk lembut bahu seungmin .
" okay " , senyuman lembut seungmin menenangkan hati mereka .
seo rin hanya tersenyum juga dan mereka saling berbicara tentang syarikat masing masing dan perniagaan yang akan dijalankan .
𓆜 ––––———–––––———–┊⁀➷
to be continued..
YOU ARE READING
[ √ ] crave for you : seungmin
Fanfiction✉ | complete ^^ - cinta itu buta kan ? sampaikan kau sanggup berkorban untuk si jejaka ? " i love him until i can sacrifice my life for him " original by - ©wooyabebe start : 6 July 2021 end : 20 August 2021