12

77 8 1
                                    


𓆜 ––––———–––––———–┊⁀➷

sesuatu bunyi asyik kedengaran dari telefon bimbit milik yerin . sudah lah dia sudah lambat untuk berjumpa dengan " orang orangnya " di suatu tempat .

yerin mendecit geram dan masih fokus pada pemanduannya ke tempat rahsia . telefon bimbit nya masih berbunyi .

rasa geram menyelumbungi diri , dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat apa yang berbunyi dari tadi .

" bising betul ! "

matanya membulat apabila melihat aplikasi penjejak telefon berada di situ . bila dibuka , nama seungmin tertera di kawasan perumahan nya . dia sendiri pelik siapa yang memasang .

" telefon kau .. tertinggal tadi "

baru dia teringat , tadi pagi seungmin berlari ke arah nya sambil membawa telefon bilbit yerin . rupa rupanya , seungmin juga mempunyai helah untuk kenakan dia .

" kau dengan seok kyung lepas ni boleh aku hantar terus ke syurga "

kereta mercedes membuat pusingan u-turn sesuka hatinya . habis kesemua kereta yang berlawanan arus dengan nya membunyikan hon . kemarahan mula menyelumbungi dirinya .

semua peristiwa dia dan seungmin tidak pernah dia lupakan . masih segar bugar peristiwa itu di ingatan nya . selepas kematian keluarga nya , semuanya musnah .

" omma ?! appa ?! apa ni ? seungmin takkan sesuka hati nak kahwin dengan perempuan yang seungmin tak suka ! lagi lagi perempuan tu sepupu seungmin sendiri "

yerin memandang tajam ke arah seungmin yang tidak setuju dengan keputusan keluarga mereka berdua . memang benar kata seungmin tapi yerin tetap mahukan nya !

tiba tiba , yerin menjerit sekuat hati nya setelah mendengar kata kata seungmin . mak ayah yerin cuba menahan diri nya dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya .

" seungmin .. tolonglah makcik dengan pakcik sekarang ni . makcik minta sangat seungmin setuju "

seungmin meraup wajahnya dengan kasar . geram dengan apa yang berlaku sekarang ini . yerin dari jauh sudah tersenyum sinis melihat seungmin .

dia penat penat merancang semuanya sehingga lah mak ayah nya sendiri bersetuju untuk kahwinkan dia dan seungmin .

dia berpura pura menjadi gila supaya dia dapat dikhawinkan dengan seungmin . yerin sudah lama menyimpan perasaan pada seungmin tetapi seungmin hanya menganggap yerin sebagai sepupu nya sahaja .

[ √ ] crave for you : seungminWhere stories live. Discover now