04

100 11 5
                                    


𓆜 ––––———–––––———–┊⁀➷

ttaebokki dan ramyeon dihidangkan di hadapan mata mereka berdua . seungmin tersenyum memandang seok kyung yang berdoa sebelum makan .

" tak ramai perempuan macam kau zaman sekarang ni "

" aku limited edition lah tu " , seok kyung tertawa kecil .

sedang sibuk mereka makan , ada sepasang mata yang melihat mereka dari luar kedai tersebut sambil tersenyum sinis .

sambil sambil itu matanya menyeloroti seluruh kawasan itu , takut takut ada yang mencurigai nya .

topi hitam yang dipakai nya diangkat sedikit untuk melihat seok kyung . hampir gila diri nya dengan apa yang dimiliki seungmin .

" tali pinggang hitam , ketua rumah sukan and sekarang ni .. bae seok kyung "

dia mengenggam penumbuk dan cuba menahan amarah nya disitu . dia cepat cepat melarikan diri ke tempat persembunyian nya .

" aku akan pastikan kau mati , kim seungmin .. dan lepas tu , semua yang kau ada akan jadi milik aku "

bil dibayar dan seungmin menunduk hormat pada pelayan di hadapan muka pintu kedai makan itu .

tiba tiba , notifikasi telefon mereka berdua berbunyi serentak . mereka berpandangan sesama sendiri dan membuka mesej tersebut .

reaksi mereka berdua tampak berbeza . seungmin hanya menjeling telefonnya dan menyimpan ke dalam poket kembali .

" ketua murid rumah sukan ! ? " , jeritan seok kyung membuatkan orang yang lalu lalang di situ melihat nya .

seungmin sendiri membulat matanya dengan reaksi seok kyung lantas menarik nya pergi dari situ .

" kau ketua rumah sukan jugak ? memang limited "

seok kyung masih ternganga mulutnya dan tangan nya masih memegang telefon itu .

seungmin menggeleng lantas mengambil telefon nya dan disimpan ke dalam poket nya .

" macam mana kau boleh jadi ketua rumah sukan ni ? tak pernah lagi sekolah tu jadikan perempuan sebagai ketua murid rumah sukan "

benar kata seungmin , setiap tahun pasti lelaki yang akan menjadi ketua murid rumah sukan . kalau terdesak jugak , mereka tidak akan mencalonkan perempuan .

" mana lah saya tahu . awak pun ketua rumah sukan ke ? "

" hm .. jom aku hantar kau balik "

seok kyung mula gelabah dan menyisip rambutnya ke belakang telinga berkali kali . seungmin sedikit curiga tetapi endahkan .

" saya boleh balik sendiri .. awak balik la ye ? bye "

seok kyung hanya meninggalkan seungmin sendirian manakala dia baru mahu menarik tangan seok kyung .

" dia nak balik sendiri kot .. " , seungmin berjalan sambil memasukkan tangan nya ke dalam poket .

" eh .. " , dia baru menyedari telefon seok kyung bersama nya .

tiada pilihan , dia perlu mengejar juga . seungmin berlari pantas dan dia berharap seok kyung tidak jalan begitu jauh .

dia berlari sehinggalah dia terserempak dengan satu figura seperti seok kyung . baru sahaja seungmin mahu menjerit nama nya ..

" cik seok kyung .. tuan dan puan bae ada di dalam " , kata seorang lelaki memakai sut kemas menunduk hormat pada seok kyung .

seungmin mencari tempat bersembuyi di sebalik tembok rumah orang orang kaya di kawasan itu .

" siapa kau sebenarnya , bae seok kyung "

seungmin hanya melihat gerak geri seok dari dalam rumah nya sehinggalah kelibatnya hilang .

dia menghelakan nafas panjang dan berpatah balik untuk kembali ke rumah nya . telefon itu akan diberikan pada esok pagi sahaja .

pelbagai benda bermain dalam fikiran seungmin . dia sendiri tidak pasti sama ada apa yang dilihat nya benar atau tidak .

✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧

tuan kim memandang seok kyung yang masih terdiam menunduk kan kepalanya memandang lantai .

entah berapa lama masa yang akan seok kyung berfikir memandangkan lusa merupakan hari sukan sekolah .

dia tahu tugas itu berat tetapi dia perlu jalankan jika dia mahu point yang banyak setelah tinggalkan sekolah ini nanti .

" kamu sendiri tahu kan kebaikan menjadi ketua murid rumah sukan ? point tu lagi banyak dari persatuan lain "

tuan kim masih memujuk nya tetapi seok kyung hanya mendiamkan diri . entah kenapa dia susah sangat mahu menerima jawatan itu .

seungmin yang juga berada di situ tetapi bersama tuan ha , hanya memandang seok kyung dari jauh .

" kamu suka dia ke ? " , soalan itu membuatkan seungmin malu .

" tak ada lah . kami cuma kawan , saya risaukan dia . mungkin dia tak biasa dengan jawatan tu "

seungmin mengosok lehernya dan tuan ha menepuk perlahan bahu seungmin .

" kamu tak nak tolong dia ? "

seo chaeyoung yang entah dari mana datang mula menyampuk percakapan seok kyung dan tuan kim .

" kalau dia tak nak , bagi je lah saya "

" seo chaeyoung , kita dengar dari mulut dia sendiri "

chaeyoung menjeling memandang seok kyung dan mencekak pinggang nya sambil menunggu jawapan dari seok kyung .

" dia terima , tuan kim . dia bagitahu saya semalam " , sampuk seungmin .

" seungmin .. " , tuan kim tersenyum dan mula menulis nama seok kyung di bahagian ketua murid rumah sukan .

semalam ? that's mean , seok kyung keluar dengan seungmin , kata hati chaeyoung .

✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧

to be continued ..

[ √ ] crave for you : seungminWhere stories live. Discover now