06

88 11 6
                                    


𓆜 ––––———–––––———–┊⁀➷

waktu menunjukkan sudah hampir pukul 5 petang . seok kyung sudah berlari jauh ke dalam kawasan sekolah kerana rasa bersalah pada diri nya .

seluruh bangunan sekolah dicari cari kelibat seungmin . termengah mengah seok kyung sehingga lah dia terjatuh melutut di sebuah bangunan sekolah lama .

kepala nya terjengol jengol melihat bangunan sekolah itu . sepertinya sudah lama ditinggalkan . kikisan cat juga sudah pudar .

dia berfikir bahawa mungkin seungmin menyembunyikan diri di sini memandangkan semua bangunan sekolah dipenuhi pelajar .

dia berjalan perlahan menaiki tangga usang . seok kyung menjerit separa bisik nama seungmin supaya tidak ada yang mendengar nya .

" lelaki tak guna tu patut mati ! aku tak kisah lah dia mati cara macam mana pun , yang penting dia mati "

suara lelaki itu dapat didengari dari arah kiri nya yang di mana terdapat kelas kelas lama ditinggalkan . dia perlahan lahan mengatur langkah supaya tidak ditangkap .

" kau ni ! kau ingat senang ke nak tangkap kim seungmin tu ? rumah dia tu penuh pengawal peribadi . itu baru luar rumah , dalam rumah kita tak tahu " , kata seorang lagi lelaki yang juga berada di situ .

seok kyung terkejut lalu menutup mulut nya supaya tidak berbunyi suara . peluh menuruni dahi nya kerana tak keruan dengan situasi itu .

seungmin .. ya aku perlu bagitahu dia , kata hati seok kyung .

telefon bimbit nya dikeluarkan dari poket dan cepat cepat mencari kenalan seungmin .

terketar ketar jari nya menaip mesej pada seungmin tetapi dia baru teringat yang seungmin jarang melihat telefon nya . kadang kadang sentuh pun tidak .

" aku dah hantar mesej dekat budak tu suruh datang . biar kita bunuh dia malam ni ! " , ayat terakhir lelaki itu diakhiri dengan gelak ketawa yang menyeramkan .

tidak sanggup seok kyung mendengar nya lantas dia berlari keluar dari situ . satu sahaja tujuan nya sekarang ini , selamatkan seungmin .

dia tahu , dia boleh sahaja biarkan seungmin pergi ke sana tetapi dia teringat perbualan nya dengan yerin tadi .

" kau suka kan seungmin kan ? "

soalan itu membuatkan seok kyung menutup fail fail nya dan fokus pada yerin yang tersenyum menyakat nya .

yerin tidak habis habis menyoal nya tentang ini sejak pertama kali dia berbicara dengan seungmin . sebenarnya dia sendiri tidak tahu perasaan hatinya .

" kami kawan saja lah . mana ada lebih lebih " , ringkas jawapan nya .

yerin mencebik . dia tahu susah memujuk kedua dua orang ini . ego terlalu tinggi menggunung sehingga kan tidak mahu mengakui .

seok kyung menyambung mengira semula data kewangan syarikat tanpa mempedulikan reaksi wajah yerin .

" aku tahu sebenarnya kau suka dia . apa apa pun aku nak kau tahu yang seungmin tu , tak ramai suka dia . ramai yang ada niat jahat dekat dia "

jarinya terhenti dari menekan kokulator . dia memandang yerin tetapi yerin hanya tersenyum mendatar .

✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧

seungmin melempar beg sekolah nya ke atas katil dan mengusutkan rambut nya . sudah pening diri nya kelakuan chan yang menjadi jadi .

dia baru pulang dari sungai han . di situ sahaja lah tempat dia menenangkan diri apabila berada dalam masalah .

tiada tempat lain yang dapat menenangkan nya selain seok kyung . ibu dan ayah nya asyik sibuk dengan kerja sehingga dia sendiri tidak terurus .

dia memandang cermin di hadapan nya . wajah nya ditampar tampar supaya dia sedar apa yang dia buat tak berguna . baru sahaja dia ingin menukar baju sukan , pintu bilik nya diketuk .

" tuan muda , ada kawan tuan muda datang . nama nya .. "

" ni saya , bae seok kyung " , sambung seok kyung yang berada di luar bilik .

seungmin cepat cepat membuka pintu bilik dan memandang seok kyung yang berada di hadapan nya berpeluh peluh .

sebaik sahaja pembantu rumah meninggalkan mereka berdua , seok kyung ditarik masuk bilik untuk berbicara dengan nya .

" kenapa datang sini ? macam mana awak tahu rumah saya ? kenapa berpeluh peluh ni .. "

" awak tak nak buatkan saya air ke ? " , seok kyung memotong percakapan seungmin .

seungmin memandang nya dengan reaksi mendatar dan keluar dari bilik untuk mencari pembantu rumah .

" okey , telefon dia " , beg sekolah seungmin yang berada di atas katil , diselerakkan untuk mencari telefon bimbit .

akhirnya , seok kyung berjaya mengambil telefon seungmin dan menukar dengan telefon nya memandang kan mereka mempunyai telefon yang sama .

iphone 7 plus berwarna kelabu yang sama . seok kyung pasti seungmin takkan menyedari nya . selepas selesai , dia cepat cepat lari keluar dari rumah seungmin dan pulang .

" masa aku cari maid lah , semua hilang merayau " , kutuk seungmin sendiri .

" em tuan muda .. cik seok kyung baru saja balik tadi .. "

seungmin tidak membalas tetapi jelingan tajam diberi pada pembantu rumah nya itu . baru sahaja dia mahu mengisi masa bersama seok kyung .

✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧

to be continued..

[ √ ] crave for you : seungminWhere stories live. Discover now