𓆝 𓆜 ––––———–––––———–┊⁀➷kehulur kehilir seok kyung berjalan di dalam bilik nya yang luas . dalam kepala nya pelbagai rancangan tertulis dan hanya dia yang tahu .
telefon bimbit seungmin dibuka dan dilihat sekali lagi alamat yang tertera . dia tahu ini kelakuan paling bodoh dia pernah buat tapi ini untuk kebaikan semua .
hoodie dan topi hitam dilihat nya selintas sebelum dia memandang pintu bilik yang terbuka . sempat dia mengambil barang itu sebelum keluar dari rumah seungmin .
ini cara yang terbaik untuk berpura pura menjadi seungmin semasa berdepan dengan musuh nya . biar lah dia terkorban sekali pun tetapi jangan seungmin .
" aku akan lindungi kau , kim seungmin "
jika dia mati sekali pun , tiada siapa yang akan ambil tahu . jika seungmin , pasti diri nya akan bersedih dan semua orang juga .
tanpa berfikir panjang , hoodie disarung dan topi dipakai nya . dia berlari keluar perlahan lahan ke luar rumah .
kebetulan pula , teksi ketika itu lalu di hadapan rumah nya dan cepat cepat seok kyung menahan teksi tersebut .
alamat ditunjuk pada pemandu teksi tersebut dan sejumlah wang dikeluarkan yang berada di dalam sampul .
pada mulanya pemandu teksi sedikit terkejut dengan wang yang diberi . lokasi juga tiada orang yang lalu . dia sedikit risau tetapi perlu dipenuhi juga kehendak pelanggan .
semasa dalam perjalanan , telefon bimbit seungmin dilihat kesemua nya . gambar seungmin , gambar keluarga nya tetapi ada satu gambar menarik perhatian nya .
gambar seorang gadis berpakaian sekolah mereka . tampak dari jauh seperti nya bersama chan . mengapa seungmin menyimpan gambar ini ?
" cik , kita dah sampai "
seok kyung tersenyum sekilas dan keluar dari teksi . kawasan nya dilihat sangat sunyi dan gelap gelita . topi dibetul kan sedikit bagi melindungi rambut panjang nya .
sebaik sahaja teksi yang dinaiki nya meluncur pergi , ada satu cahaya terang di hadapan nya . semakin lama semakin dekat cahaya itu sehingga lah ..
dirinya dilanggar oleh benda itu . badan nya bergolek golek di atas tar jalan raya menyebabkan kepala nya berdarah .
berpinar pinar mata nya kerana cahaya itu sangat terang . tanpa amaran , seok kyung dilanggar sekali lagi sehingga dia terjatuh ke dalam jurang yang besar .
seok kyung tidak dapat bergerak kerana dia merasakan tubuhnya sangat berat . dia cuba membuka mata nya dan akhir nya semua menjadi gelap .
dari atas mereka melihat tubuh seok kyung terjatuh tanpa membantu . sudah sah mereka benar benar mahu membunuh seungmin .
" pandai kau . aku tak sangka kawan aku hebat dalam benda macam ni "
" hey , jangan pandang aku sebelah mata " , ayat nya diakhiri dengan gelak ketawa sinis .
" aku harap mamat tu mati betul betul lah . biar padan muka dia ! "
lelaki itu meludah ke dalam jurang di mana mayat seok kyung terjatuh tadi . sungguh benci diri nya pada seungmin .
" jom . mati kita kalau ada orang nampak "
kelam kabut mereka melarikan diri bersama kereta hitam yang dinaiki mereka berdua .
✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧
hari ini seungmin perlu pulang kan kembali buku latihan seok kyung yang dia terambil semalam . senyuman bahagia terukir di bibir seungmin .
hari ini juga dia berfikir untuk mengajak seok kyung keluar dengan nya sekali lagi . dia berharap seok kyung menerima ajakan tersebut .
melompat lompat seungmin semasa dalam perjalanan ke kelas seok kyung . pelajar pelajar di sekelilingi nya agak pelik kerana dia tidak pernah bertingkah seperti ini .
sebaik sahaja di sampai ke kelas seok kyung , bayangan seok kyung cuba dicari di seluruh tempat . sehingga lah matanya tersorot di meja seok kyung yang dipenuhi bunga putih .
senyuman nya kian pudar sambil kakinya perlahan lahan mengatur ke tempat duduk seok kyung . dia ternampak satu kertas tertulis ..
" rest in peace , bae seok kyung "
tergamam diri nya melihat kertas itu . mulut nya serta merta terkunci dan hanya air mata turun dari tumbie mata .
yerin yang baru sampai ke kelas , terperanjat dengan seungmin yang tiba tiba terduduk di tempat seok kyung .
" seungmin ? kau okey ke tak ni ? kenapa ?! "
badan seungmin digoncang goncang agar seungmin menjawab pertanyaan nya . jari telunjuk seungmin dituju pada kertas yang terletak di atas meja tadi .
sebaik sahaja yerin membaca , dia menekup mulut nya dan anak matanya dapat menjelaskan bahawa dia sendiri tidak percaya apa yang dilihat .
" seok kyung ! " , jerit yerin kuat .
satu kelas tertunduk kepala mereka kerana simpati mendengar berita kematian seok kyung yang tragis itu .
✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧
to be continued..
YOU ARE READING
[ √ ] crave for you : seungmin
Fanfic✉ | complete ^^ - cinta itu buta kan ? sampaikan kau sanggup berkorban untuk si jejaka ? " i love him until i can sacrifice my life for him " original by - ©wooyabebe start : 6 July 2021 end : 20 August 2021