° 04

2 3 0
                                    

Dengan gayanya Jungkook berjalan menuju ke kelasnya. Sempat dibetulkan rambutnya yang jatuh di dahinya. Matanya tertancap pada seorang figura yang amat dikenalinya. Dia mengeluh seketika sebelum menghampiri figura itu.

" Kau tunggu aerin ke?"

soal Jungkook sambil matanya melilau ke arah lain. Malas sebenarnya mahu menghadap hyejun.

"taklah, aku tengah tunggu kucing. Meow, mana kamu? Ish, kau ingat aku ni ramai kawan ke? Selalunya aku kawan dengan aerin je kan."

Hyejun menjegilkan matanya pada Jungkook. Menyampah pula.

"Aku tanya je kan. Tak payah la kau nak marah bagai. Aerin tak datang, dia demam."

Pantas hyejun menghadap tepat pada Jungkook. Matanya dibulatkan.

"hah? Kau biar betul. Jom, kita pergi tengok dia sekarang."

Dia mahu mengheret Jungkook pergi tetapi Jungkook menghalangnya.

"eh kau ni jangan nak gelojoh sangat boleh tak. Pasal aerin tu kau janganlah nak risau, yoongi ada teman dia. Lepas kelas baru kita pergi."

"habis tu sekarang aku nak berkawan dengan siapa?"

"lantak kau lah nak kawan dengan siapa. Bukannya aku kisah pun."

Jungkook membetulkan begnya di bahu. Hyejun memandang Jungkook dengan penuh makna.

"Kau jadi kawan aku untuk hari ni boleh tak?"

Dibesarkan sedikit matanya untuk merayu Jungkook. Hyejun tahu memang susah untuk pujuk Jungkook. Sudahlah dia hanya ada aerin saja.

"kawan dengan kau? Lambat lagi. Kau ingat aku lupa apa yang kau buat dekat aku semalam. Aku takkan maafkan kau. Sekarang kau rasa macam mana duduk bersendirian tanpa kawan."

Jungkook mula melangkah pergi dari situ. Hyejun tetap mengikutnya dari belakang.

" apa kaitannya dengan semalam. Jungkook, please, hari ni sehari je."

✰✰

" Kau nak apa lagi? "

Marah gerangan suara itu.

" yang kau berang sangat ni kenapa? Chill lah."

"kepala otak kau. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, aku takkan berdiam diri."

Marahnya lagi. Tangannya mengurut pelipis dahi yang terasa berdenyut itu.

Seorang gadis di situ berdecit dengan kata kata lelaki itu.

"sampai bila kau nak macam ni. Aku juga yang turut terlibat."

"Kalau kau rasa terbeban, kau boleh undur diri. Aku tak kisah. Benda ni aku boleh selesaikan seorang diri walaupun kau tak ada."

Gadis itu mengeluh panjang. Tak boleh nak cakap macam tu mesti ada yang sentap.

"Aku tak kata pun aku nak undur diri. Boleh tak kau bercakap elok sikit macam yoongi tu. Jangan asyik nak marah je kerja."

Giliran lelaki itu pula berdecit.

"yang kau terhegeh sangat kat jantan tu kenapa?"

"suka hati aku lah nak suka siapa pun."

"walaupun dia tak notice kau?"

Gadis itu terdiam. Geram dengan kata kata laser lelaki itu. Tak pernah nak bercakap elok dengannya. Kalau dengan aerin, bukan main mesra lagi.

✰✰

Aerin tersedar dari tidur lenanya yang kedua kali. Dipandang yoongi yang masih nyenyak tidur di birai katilnya. Dilihat jam yang menunjukkan pukul 2 petang.

"lapar lah pula."

Dia bangun dari katil dengan perlahan supaya tidak mengejutkan yoongi dari tidur. Dia harus memasak. Dia memasuki dapur lalu mencari barang untuk memasak.

"nak masak apa eh? Aku mana reti sangat ni."

Dilihat dapur itu dengan teliti sebelum matanya tertancap pada ramen. Aerin mula tersenyum.

Habis bersepah dapur dibuat oleh aerin. Hanya ingin memasak sebekas ramen untuknya.

"wah, sedapnya bau. Ni belum rasa lagi."

Pantas dia duduk. Ingin merasa ramen buatannya. Dia menyuakan ramen itu dengan seronok.

"Kau buat apa ni? Ramen? Kan aku dah kata jangan makan ramen setiap hari."

Ternganga seketika mulutnya melihat aerin berada di dapur. Aerin tersenyum janggal lalu dimasukkan sesuap ramen ke dalam mulutnya.

"saya lapar. "

Aerin menunduk.

"dah tahu lapar, kenapa tak kejutkan aku bangun tadi. Dah, kau tunggu kat luar dulu."

Aerin hanya akur sahaja dan pergi ke ruang tamu. Membiarkan yoongi memasak seorang diri. Kalau dia menyampuk, tak pasal pasal tahan lapar kat situ.

✰✰

<<<Continue... >>>


love next memoryWhere stories live. Discover now