Jari milik Namjoon asyik menari di atas keyboard laptop. Dia tengah menyelesaikan satu laporan yang diminta oleh orang atasan.
"Kau dah siap ke laporan?"
Leedo datang menghampiri meja Namjoon.
"sikit je lagi. Nanti kau tolong pass kat orang atasan."
Ujar Namjoon fokus pada laptop di hadapannya. Leedo mengangguk.
"Macam mana dengan yoongi?"
"Yoongi? Okey, cuma dia kata dia dah dapat kesan pengintip tu tapi tak keseluruhannya lagi. Apa apa pun kena tunggu yoongi update dulu."
Jari Namjoon berhenti dari menaip di atas laptop. Bunyi printer ditepinya dipandang seketika sebelum dia mengambil kertas yang keluar dari printer tersebut lalu menyusunnya kembali. Namjoon menyerahkan kertas itu pada Leedo.
"oh, lupa. Sekejap lagi kau kena jumpa seorang tetamu. Dia tunggu di bilik."
Pesan Leedo sebelum melangkah pergi. Namjoon menghelakan nafasnya.
"haih, aku baru nak berehat."
.......................
"Kau tunggu aerin ke?"
Soal yeji tiba tiba pada seorang lelaki yang asyik mencari kelibat seseorang dengan resah.. Sempat dia menjeling ke arah yeji.
"sibuk lah kau. Jangan kacau aku boleh tak?"
Dia menghiraukan yeji di situ. Dia kembali mencari kelibat seseorang.
"tak payah nak terhegeh hegeh cari aerin. Buang masa kau je. Dia tak datang kolej hari ni."
Balas yeji acuh tak acuh. Jejaka itu pantas berpaling ke arah yeji.
"mana kau tahu?"
"hyejun bagi tahu aku. Tadi aku cari yoongi tapi dia tak datang sebab jaga aerin yang demam."
"tch."
Jejaka itu berdecit.
"bagi aerin, kau tu sekadar kawan dia je. Lupakan jelah niat kau tu. Kau dengan aku sama je. Aerin tu dah berseronok dengan kekasih dia tu."
Sinis yeji berkata. Walaupun dia menaruh perasaan pada Yoongi dia tahu yang yoongi tidak akan pandangnya.
"hey, perempuan. Kalau kau datang sini semata nak sakitkan hati aku, baik kau bla la."
Selepas menengking yeji, dia pergi dari situ dengan api kemarahan.
✰✰
Yoongi berlari mendaki tangga. Tercungap dibuatnya seketika sebelum matanya liar mencari seseorang.
" yow, yoongi kau buat apa kat sini? "
Tegur Leedo dari belakang yang baru sahaja keluar dari bilik pejabat. Ditangannya terdapat fail kecil.
"Namjoon mana?"
"dalam restroom. Okey bye aku kena buat kerja dulu."
Leedo berjalan meninggalkan yoongi di situ. Tanpa berlengah masa, yoongi berjalan ke restroom. Dikuak sedikit pintu itu dan kelihatan Namjoon sedang berehat di situ.
"termenung jauh nampak. Teringat kat siapa."
Sergah yoongi dengan sengaja. Mahu mengenakan Namjoon sikit. Tapi hampa, Namjoon tidak terkejut langsung.
"tengah teringat siapa yang jadi isteri aku nanti. Kenapa kau datang sini?"
Yoongi tergelak kecil. Ada ada saja Namjoon seorang ni! Tanpa dipelawa, yoongi duduk di hadapan Namjoon.
"Aku nak minta tolong sikit. Aku nak kau periksa semua detail pasal go aerin. Tak boleh tinggal pun."
"Kenapa kau minta aku cari pasal aerin pula. Bukan kau dah tahu pasal dia?"
Yoongi mengeluh.
"tak, aku rasa banyak benda lagi yang aku belum tahu. Bukan aerin saja, aku nak kau periksa semua kawan aerin."
Namjoon mengerutkan dahinya. Pergh, termasuk dengan kawan aerin sekali.
"bab ni aku tak boleh. Kalau Leedo, bolehlah. Sekejap, aku panggil dia."
Namjoon mengeluarkan telefonnya dan me dail nama seseorang.
"masuk restroom sekejap. Bawa sekali dengan laptop kau."
Belum Leedo bersuara, Namjoon sudah bercakap. Sehabis dia bercakap, terus ditutupnya.
Beberapa minit kemudian, muncul Leedo di muka pintu bersama laptop yang disuruh Namjoon tadi di tangannya. Leedo tersengih sebelum menapak ke arah yoongi dan namjoon.
"jadi apa cerita?"
Soalnya ingin mengetahui apa yang berlaku sampai dirinya juga dipanggil.
"cari maklumat tentang go aerin. Aku nak semuanya lengkap."
"itu je?"
"ada lagi. Siasat semua kawan aerin yang dia rapat."
Selepas sahaja Leedo mendengar arahan, jari jemarinya lincah menaip di atas keyboard laptop. Selepas sahaja menelan butang akhir, terpapar wajah aerin disitu bersama maklumat yang ada.
"lee aerin. Berumur 25 tahun, tinggal di taman incheong. Betul?"
Leedo memandang yoongi yang sekadar mengangguk sahaja.
"di sini aerin tinggal bersama dengan ayahnya dan berkahwin dengan pilihan hati namun dia dapati yang lelaki itu curang. Akhirnya dia berkahwin dengan pilihan ayahnya."
Yoongi terdiam bila mendengar Leedo membaca maklumat itu. Entah mengapa, dia terasa sebak.
" dalam masa dua bulan, aerin mula jatuh hati pada suaminya itu dan dia kemalangan. "
Namjoon memandang yoongi yang sudah terdiam. Dia faham kenapa yoongi diam. Kemudian matanya teralih pada Leedo yang rakit membaca maklumat.
"yang tu kitorang tahu. Cuba kau baca yang 15 September 2015."
Kini mata Namjoon tertancap elok pada laptop Leedo.
"erm, masa aerin kemalangan, dia disahkan hilang ingatan dan dalam dua hari selepas kejadian, dia menghilangkan diri."
Dia memandang Namjoon dan yoongi.
"Macam mana yoongi? Semua detail dalam ni kita dah tahu."
Namjoon mengeluh berat.
"eh wait, kat sini ada yang menyatakan yang aerin tinggal bersama dengan seseorang."
Yoongi yang menundukkan kepala kini mendongak memandang tepat laptop Leedo.
"siapa?"
Jari jemari Leedo mula bergerak aktif semula di keyboard laptop.
"Park hyejun."
"hyejun. Macam mana dia boleh jumpa dengan aerin?"
Soal yoongi pada dirinya sendiri.
"and what about her friend? Give me names and I will find it."
"Jungkook, Jungkook tak payah. Aku kenal dia dan dia kenal siapa aku. Jimin dan...."
Yoongi cuba untuk ingat nama kawan aerin.
"Hoseok?"
Seakan tersedar sesuatu, pantas dia bangun dari kerusi dan mahu pergi dari situ. Terkejut Namjoon dan Leedo.
"weh, kau nak pergi mana tu?"
Namjoon dan Leedo memandang pelik dengan perangai yoongi.
"Aku nak pergi ke universiti. Korang teruskan."
Yoongi keluar dari situ dengan larian laju. Dia hendak pergi ke suatu tempat. Dengan cepat. Dan penting buat ia.
✰✰
<<<Continue... >>>
YOU ARE READING
love next memory
Short Story"aku rasa aku tahu siapa dia." -minyoongi "kenapa aku tak ingat langsung apa yang terjadi?" -leeaerin "aku perlu dapatkan dia tak kira apa pun yang terjadi." -kimtaehyung.