° 09

4 2 0
                                    

"wey, lepas ni kita nak lepak kat mana?"

"mana mana jelah asalkan kita lepak bersama."

Ujar aerin acuh tak acuh. Matanya hanya tumpu di hadapan saja. Tidak peduli apa yang ada di sekitarnya.

Jimin menjongketkan keningnya sambil memandang aerin pelik.

"Kau kenapa ni? Kalau kau tak suka aku ajak lepak, tak apa, kau boleh balik. Aku boleh lepak dengan hyejun ke Jungkook or Hoseok."

Aerin menggeleng.

"Aku nak lepak dengan kau sorang je."

Sekali lagi kening Jimin bertaut. Pelik.

"Kau ada masalah ke apa ni? Lain macam je."

Jimin menunggu jawapan dari aerin namun dia hanya terdengar keluhan berat dari aerin sahaja.

"Kau gaduh dengan yoongi ke?"

Wajah aerin mendongak. Wajah Jimin dipandangnya dengan sayu. Air matanya mula mengalir. Makin lama makin deras. Jimin sudah gelabah teruk.

"weh, kau jangan nangis kat sini. Nanti orang fikir aku kenakan kau pula. Kalau kau ada masalah, lebih baik kau cerita. Tak baik pendam."

Laju Jimin berkata bagi menenangkan aerin yang menangis dengan kuat. Mujurlah orang awam di cafe itu tidak ramai dan duduk berjauhan dari mereka.

Aerin mengesat air matanya. Dia kembali diam dan hanya minum air yang dipesannya tadi. Jimin juga diam, takut pula bila dia buka mulut, tak pasal pasal dia kena marah. Takut.

Sehabis dua orang itu hanya membisu di dalam cafe, aerin merancang untuk keluar dari situ dan berjalan di sekitar jalan raya. Diikuti Jimin dari belakang. Hari pun sudah kian malam.

"weh, aerin. Kau tak nak balik ke? Dah nak malam ni."

"Aku tak nak balik. Kalau kau nak balik, kau baliklah. Pandai lah aku jaga diri aku."

"Kalau yoongi cari kau macam mana? Lepas kau balik kolej je, kau terus lepak."

"biarlah, dia pun tak kisah tentang aku."

Ayat drastik dari  mulut aerin buatkan Jimin menarik lengan aerin untuk berhenti berjalan.

"dia buat apa sampai kau macam ni?"

Keluhan aerin dilepaskan. Dia duduk di bangku bahu jalan.

"Kau bergaduh dengan yoongi ke?"

"Jimin, aku tak tahu dekat siapa lagi aku nak meluah selain hyejun."

Mata aerin mula berair.

"aerin, kalau kau-"

Belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, telefon di dalam poketnya berdering.

"weh, aerin ada dengan kau tak? Aku dengan yoongi cuba call dia tak dapat. Sejak petang tadi lagi dia menghilang. Kat kolej tadi pun murung semacam je. Selalunya dia lah yang kecoh. Aku tak tahu nak cari mana lagi. Jimin, kau dengar tak?"

Belum Jimin membuka mulut, laju saja soalan yang dikeluarkan oleh hyejun. Tidak bernafas Jimin dibuatnya yang cuba mendengar satu persatu ayat hyejun. Laju sangat.

" eei, aku cepuk kau juga kat sini. Cakap tu boleh satu persatu boleh tak? Ayat tu takkan lari ke mana la. Aku tak faham langsung kau cakap apa tadi."

Mahu sahaja dia mencampak telefonnya tapi apa yang dia dapat? Dari dia campak telefon, lebih baik dia cepuk kepala hyejun. Namun hyejun pula tiada di sebelahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

love next memoryWhere stories live. Discover now