"hai, tengah tunggu siapa tu?"
Tegur seseorang dari belakang membuatkan bahu aerin terhinjut dan melangkah ke belakang sedikit.
"eo? Taehyung. Awak buat apa kat sini?"
"jumpa awaklah. Inikan class awak. Lagipun saya rindu, dah lama tak jumpa awak."
Taehyung tersengih manja. Haih, cair sekejap. Aerin ketawa.
"aigoo, awak ni. Kalau awak senyum, memang comel kan."
Tangan Aerin naik mencubit pipi Taehyung.
"mestilah, seseorang yang bernama Kim Taehyung memang comel dan yang paling penting...kacak. Tiada siapa yang boleh kalahkan."
Sekali lagi aerin tergelak. Taehyung kalau tak perasan memang tak sah kan. Suami siapa ni.
"iyalah tu, habis tu artis lain tak kacak la."
"kacak tapi saya lagi kacak. Hanya untuk awak."
Aerin dan Taehyung ketawa bersama.
"aigoo, layan awak memang tak habis macam ni. Jom, saya belanja awak makan disebabkan awak kacak hari ni."
Aerin menggelengkan kepalanya. Makin sakit kepalanya melayan karenah Kim Taehyung.
"Takkan hari ni je awak puji saya kacak. Hari lain saya memang tak kacak ke?"
Taehyung mencebik. Aerin mengeluh berat sebelum dipandang wajah Taehyung itu. Haih, boleh pengsan kalau makin dilayan.
Mahukan perhatian? Suka hatilah, dia mahukan perhatian dari aerin sahaja. HAHA. gurau.
" bukan hari ni je awak kacak. Setiap hari awak kacak malah lebih kacak dari artis. Puas hati?"
Taehyung tersenyum. Entah mengapa dia suka aerin memujinya walaupun dia seperti memaksa aerin. Ceh.
"saya tahu. Jom, pergi."
Dia mengheret aerin berlalu pergi. Sambil sambil itu mereka bergelak ketawa bila bercerita.
"euw, tak senonoh betul la."
"itula, saya ada juga suruh dia pergi tandas tapi dia degil. Katanya takut hantu ada dalam tandas. Akhirnya, dia terkencing kat situ."
Aerin tergelak. Kesian pula dengan budak tu. Sekarang mesti dah dewasa kan.
"habis tu awak buat apa lepas dia terkencing dalam seluar?"
"tolong tengok. Tak ingin saya nak tolong dia."
"jahat lah awak ni."
"at least saya tolong panggilkan cikgu. Adakah saya masih jahat?"
Aerin berfikir. Nak kata ya ataupun tidak.
"ya."
"kenapa? Kan saya dah panggilkan dia cikgu. Ish, tak nak kawan la."
Taehyung menyilangkan tangannya di dada sambil kepalanya dipalingkan ke arah lain. Tidak mahu melihat aerin. Merajuk.
"tak nak kawan sudah. Saya nak balik."
Aerin tidak mengalah. Sengaja dia mahu usik Taehyung. Comel pula Taehyung berkelakuan begitu. Dia tersengih. Segera Taehyung berpaling dan mendapatkan aerin yang sudah menapak dua tiga langkah dari situ.
"saya gurau jelah. Siapa kata tak nak kawan?"
Badan aerin dipeluknya rapat. Aerin tersengih.
"saya pun gurau jelah. Awak tak jahat."
Mereka meleraikan pelukan.
"ni semua salah cerita tu. Kalau saya tak cerita mesti awak takkan lari dari saya."
"Taehyung, awak ni kebudak budakan la. Comel. Jom, kita pergi minum."
Taehyung tersenyum manis. Dia suka setiap pujian yang keluar dari mulut aerin.
"hanya untuk awak sorang."
✰✰
Sejurus berjumpa dengan Kim Taehyung, dia terus pulang ke rumah. Malas mahu melencong ke tempat lain. Sesampainya di hadapan rumahnya, bukan rumah dia tetapi rumah yoongi, dia berhenti dan menarik nafas panjang.
Mesti kena membebel kan.
Aerin melangkah masuk tanpa ragu ragu. Dia cuba pekakkan telinganya.
"Kau pergi mana baru balik?"
Langkah aerin terhenti. Dah agak mesti dia ada punya. Aerin mengawal riak wajahnya sebelum berpaling ke arah yoongi yang sedang elok berada di sofa.
"saya keluar dengan kawan."
"siapa?"
"tak ada sesiapa."
'Aerin, jawapan apa benda tu. Habis tu kau keluar dengan siapa kalau tak ada sesiapa?'
Omel aerin sendiri. Masa tu dia mahu sahaja mengetuk kepalanya sendiri. Yoongi menjongketkan keningnya.
Dia harus mencari idea. Aerin mendekatkan dirinya di sofa.
"erm, yoongi-shii, bila saya boleh balik ke rumah saya?"
"Kenapa? Kau tak suka duduk kat sini ke?"
Aerin gelabah. Lain yang ditanya, lain pula lelaki ini salah sangka.
"aniya, saya suka tinggal sini tapi itu kan rumah saya dan ini rumah awak. Takkan saya nak biarkan rumah sewa saya kosong. Penat saya bayarkan duit. Lagipun saya rindu."
Rengek aerin sedikit merayu. Kesian rumah tu dibiarkan begitu saja.
"it's okay, mulai hari ini kau akan tinggal sini. Rumah tu akan disewa oleh orang lain. Kau cuma perlu ambil barang kau esok. Pasal duit kau jangan risau."
Pernyataan yoongi itu membuatkan mata aerin terbuntang dengan luas. Masih rasa terkejut. Adakah ini mimpi?
Tapi kenapa?
Aerin terlalu sayang rumah itu walaupun rumah itu sekadar rumah sewa. Cukup duit, dia akan beli rumah sendiri. As soon as possible.
"a-apa?! Awak merepek apa ni? Apa awak dah buat dengan rumah tu? Tanpa berbincang dengan saya? Itu rumah saya, hak saya. Awak tak ada hak untuk buat suka hati awak tanpa berbincang dengan saya. Penat saya cari duit, kumpul duit untuk rumah itu dan awak sesuka hati sewakan pada orang lain?! "
Bentak aerin seakan mengamuk di hadapan yoongi. Mukanya cukup merah menahan marah. Itu baru sedikit. Yoongi sudah bangun berhadapan aerin. Tak sangka pula keadaan akan jadi begini.
Yoongi memegang kedua belah bahu aerin untuk menenangkannya. Namun ditepis kasar.
"aerin, look. Aku buat semua ni untuk kebaikan kau. Lepas kau keluar dari situ, kau bukannya tak ada tempat tinggal. Mulai haru ini, rumah ni akan jadi rumah kau juga."
Mata aerin mual mengeluarkan air mata. Yoongi tergamam seketika.
"sampai hati awak buat saya macam ni tanpa bincang apa apa dengan saya. Cakap, kebaikan apa yang awak dah buat untuk saya?"
Aerin mengesat air matanya yang laju menuruni pipi sebelum melangkah ke biliknya.
"selamatkan kau daripada kejahatan."
Yoongi meraup wajahnya selepas dia membaringkan badannya di sofa. Lepas satu, satu masalah timbul.
Stress lah macam ni.
✰✰
<<<Continue... >>>
YOU ARE READING
love next memory
Proză scurtă"aku rasa aku tahu siapa dia." -minyoongi "kenapa aku tak ingat langsung apa yang terjadi?" -leeaerin "aku perlu dapatkan dia tak kira apa pun yang terjadi." -kimtaehyung.