° 07

2 3 0
                                    

"wey, aerin. Aku rindu kau."

Badan aerin dimasukkan ke dalam pelukan Jimin. Mana taknya dia habiskan masa seminggunya dalam perpustakaan bersama Hoseok. Katanya dia mahu bijak pandai bila final exam nanti.

Aerin menolak dada bidang Jimin sekuat hati.

"yah, lemas tau tak? Hoseok tak macam ni pun yang kau lebih lebih kenapa?"

Aerin membetulkan rambutnya yang kusut. Ini semua salah Jimin.

"hyejun mana?"

Hoseok menyoal.

"dia...tak tahu. Lantaklah, siapa suruh hilang dari radar. Mungkin dengan Jungkook barangkali. Jom, aku belanja korang minum. Dah lama kita tak berbual ni."

Aerin menarik tangan Hoseok dan Jimin supaya berjalan beriringan.

"ikut sedap mulut kau je cakap macam tu. Dia tu kawan baik kau tau. Aku bagi tahu dia tak pasal nangis tak berlagu kau kat sini."

Aerin hanya menadah telinga sahaja bila Hoseok membebel. Dia memang macam tu, suka membebel pada aerin.

"aerin, alang alang kau nak belanja ni kan, jom kita masuk rumah hantu. Dah lama tak berseronok."

Jimin memberi cadangan. Dia perasan muka Hoseok sudah berubah.

"erm, boleh juga. Aku pun teringin nak masuk. Hoseok, kau boleh tak?"

Jimin dan aerin tersengih kecil. Dua orang itu tahu yang Hoseok memang penakut hantu.

"erk, ak-aku okey je. Cuma kau kan takut gelap, boleh ke? Tak pasal kau pengsan kat sana nanti. Tapi sebelum tu kita pergi minum dulu."

Aerin berfikir. Ya tak ya juga.

"apa kata kita pergi funfair je?"

Cadang aerin. Yang lain hanya mengangguk. Kesian Jimin tak dapat masuk rumah hantu. Sesiapa tolong teman Jimin pergi masuk rumah hantu!

✰✰

"ada apa?"

Terkejut yoongi dek hyejun datang menyergahnya secara tiba tiba. Tiada ribut, tiada angin, dia hanya duduk di hadapan yoongi dengan selamba.

"Kau datang seorang je kan?"

Yoongi membetulkan posisinya.

"yelah, kau ada nampak sesiapa ke kat sini?"

Dipandang wajah hyejun dengan menyampah sebelum wajahnya bertukar serius.

"Aku nak tanya sesuatu pasal..."

"aerin? Betul kan? Aku tahu."

Tanpa memandang sekeliling, hyejun memotong percakapan yoongi.

"mana kau tahu?"

Hyejun tersenyum dan menjongketkan keningnya sahaja.

"apa yang kau nak tahu sangat sampai aerin pun tak boleh tahu?"

"Aku nak tahu macam mana kau kenal aerin? Hyejun, please, jawab dengan jujur. Penting sangat."

Yoongi mengeluarkan telefonnya. Dibuka recorder untuk merekodkan percakapan antara dia dan hyejun. Dia mahukan bukti.

"aku tak tahu apa yang kau tengah buat sekarang ni tapi tak apa, aku akan bantu kau. Aerin, dia dah tinggal bersama kami dalam 2 tahun lepas. Dia tiba tiba je muncul depan rumah dalam keadaan lemah. Seharian dia tak bangun.

Bila dia sedar je, kami nak bawa dia ke hospital tapi aerin menolak. Aerin hilang ingatan masa tu. Dia tak ingat apa apa bila kami soal. Sampailah dia selesa dengan kami. Lepas 2 tahun, dia nak keluar dari rumah. Katanya mahu berdikari. Dan sekarang, aku dengan dia sama kolej. "

Jelas hyejun panjang lebar. Ya, dia bukanlah kawan rapat aerin masa kecil. Walaupun persahabatan mereka baru 5 tahun tetapi hyejun merasakan dia tak boleh kehilangan aerin.

Baik tak hyejun.

Yoongi sekadar mengangguk.

" aerin ada cakap apa apa masa dia tiba kat rumah kau? Maksud aku, ada dia cerita apa apa pada kau atau keluarga kau?"

"dia cuma cerita yang dia lari dari hospital dan keluarga dia. Kami ada tanya juga macam mana dia boleh lari tapi dia tak jawab. Just when I ask her about family, she says all her family is dead even her family still life. And that's it, I'm  curious."

Jelas hyejun lagi bila dia teringatkan sesuatu. Badan yoongi menjadi tegak dan dahinya dikerutkan.

" apa maksud kau? Dia ingat tentang keluarga dia? "

Hyejun mengangguk. Yoongi menutup semula recordernya dan bangun dari tempat duduknya.

" hyejun, benda ni hanya kita je yang tahu. Aerin tak perlu tahu. Aku harap kau beri kerjasama. Apa apa maklumat lagi, bagi tahu aku. Aku pergi dulu. "

Perlahan lahan bayangan yoongi hilang dari situ. Hyejun mengeluh berat.

"haih, apa sebenarnya berlaku ni."

Soalnya pada diri sendiri. Telefonnya yang berdering diangkat.

"hyejun, kau tak nak join kitorang ke?"

"Kau kat mana?"

"funfair."

"I'm coming."

✰✰

<<<Continue... >>>


love next memoryWhere stories live. Discover now