"dah tahu lapar, kenapa tak kejutkan aku bangun tadi. Dah, kau tunggu kat luar dulu."
Aerin hanya akur sahaja dan pergi ke ruang tamu. Membiarkan yoongi memasak seorang diri. Kalau dia menyampuk, tak pasal pasal tahan lapar kat situ.
Ting~ tong~
Aerin baru sahaja ingin melabuhkan badannya di sofa, loceng rumah berbunyi.
" aish, siapalah yang rajin sangat nak main loceng rumah ni."
Dia mengeluh seketika sebelum membuka pintu. Belum sempat ingin melihat siapa yang datang, seseorang memeluknya dengan erat.
"weh, aku rindu kau tahu tak."
Hyejun melepaskan pelukan itu.
"Kau rupanya. Aku ingat setan mana tadi yang datang peluk aku."
"tak baik kau cakap kawan baik kau macam tu."
"macamlah kau tu baik sangat. Tak sampai sehari aku tak pergi kolej, kau dah meroyan eh."
"ehem, korang ingat aku ni halimunan ke sampai tak tegur aku. Berbual tu biar ingat dunia sikit."
Jungkook berdehem. Matanya di kecil kecilkan memandang aerin dan hyejun. Kalau dah bersama, memang lupa daratanlah jawabnya.
"buat apa nak ingat kau. Kau tu bukan siapa siapa pun."
Balas hyejun. Jungkook hanya menjeling dan menjelir lidah ke arah hyejun. Malas hendak berbalas mulut.
"Yoongi mana?"
Jungkook cuba mengintai dari luar. Mana tahu kelibat yoongi tiba tiba berada di hadapannya.
"kat dalam tengah memasak."
Aerin tersenyum janggal pada Jungkook. Malu pula. Jungkook memandang hairan sebelum dia masuk ke dalam menuju ke arah dapur.
"Kau tak nak jemput aku masuk ke? Aku ada gosip panas nak cerita ni."
Hyejun terus masuk sebelum aerin membuka mulut. Aerin menggeleng pasrah sebelum dia duduk di tepi hyejun.
"macamlah tak ada cerita lain yang kau nak buka. Gosip je memanjang."
"dengarlah dulu. Tadi masa aku dalam perjalanan nak masuk kelas, yeji, kau kenal kan. Dia cari yoongi."
Bersungguh hyejun cerita. Aerin pula menjadi pendengar setianya.
"cari yoongi? Buat apa? Habis tu kau ada attack dia tak?"
"itulah aku suruh kau dengar dulu cerita aku. Jangan asyik nak menyampuk je kerja."
"eleh, kau juga yang berhenti sekerat jalan. Saja buat aku tertanya tanya."
Hyejun mempamerkan senyuman bila aerin sedar akan kesalahan hyejun.
"masa aku dengar dia tengah cari yoongi, aku apalagi terus attack dia. Aku cakap yang yoongi tu kau punya. Orang lain tak boleh dekat dengan yoongi kecuali kau. Aku marah teruklah kat dia.
Tapi muka yeji tu tenang je macam tak terima kemarahan aku langsung. Aku tanya la kenapa tenang je lepas tu dia kata dia cari yoongi sebab Prof. nak jumpa. "
Aerin yang memandang hyejun dengan bersungguh, yang membuka telinga seluas itu untuk mendengar cerita hyejun mengeluh kasar. Dia mencapai bantal kecil itu lalu memukul badan hyejun dengan kuat.
" lain kali jangan bagi aku fakehope. Kau tahu tak betapa luasnya mata dengan telinga aku semata mata nak dengar kau bercerita tu. Aishh, kau ni."
Aerin terduduk lemah selepas 'berperang' dengan hyejun. Hyejun ketawa.
"ala, aku cuma nak berborak dengan kau je. Kau cemburu kan?"
Sakat hyejun bersama tawanya.
✰✰
"Kau dah makan ubat?"
"hmm."
Seokjin bangun dari kerusi untuk mengemas makanan yang berada di meja itu.
"esok pergi klinik untuk ambil ubat lepas tu buat check-up."
Pesan Seokjin tegas. Lelaki itu tiba tiba bangun dari kerusi dan menengking Seokjin semula.
"Kau tak habis habis dengan ubat klinik. Kalau aku kata aku sihat, aku sihat lah. Tak payah nak paksa aku macam ni. Kau ingat aku suka ke jadi macam ni?"
"Kau ingat hyung suka ke? Hyung tak minta lah semua ni. Kalau boleh hyung nak kau normal semula. Kalau hyung tak paksa kau makan ubat, kau nak jadi gila berterusan ke? Fikir sikit. Jangan asyik nak malukan keturunan kita. Hyung ni doktor dan pensyarah. Kalau kau tak nak makan ubat, hyung akan buang kau dari kolej. Muktamad. "
Bentak Kim Seokjin dengan nada tinggi. Seokjin meluru naik ke biliknya. Dia dah tak sanggup nak berbalas mulut dengan adiknya yang keras kepala itu. Sudah cemuh nasihatnya tapi satu pun tidak masuk dalam kepala.
Kali ini dia tekad membuat keputusan.
Lelaki itu tergamam apabila Seokjin berkata begitu. Dia tidak mahu dibuang kolej. Apa apapun, dia harus juga makan ubat.
"aishh, menyusahkan betul lah semua orang dalam dunia ni!"
Lelaki itu menyepak kerusi yang berada di situ dengan kuat sehingga patah.
✰✰
<<<Continue... >>>
YOU ARE READING
love next memory
Short Story"aku rasa aku tahu siapa dia." -minyoongi "kenapa aku tak ingat langsung apa yang terjadi?" -leeaerin "aku perlu dapatkan dia tak kira apa pun yang terjadi." -kimtaehyung.