Selamat Hari Raya semua!
Lambat pula wish sini ㅋㅋㅋ
Andai ada salah silap sepanjang post cerita SIMH, minta maaf ya~
Anyways, tinggal around 2 part sahaja lagi so, stay tuned 😁
-----
Sepanjang perjalanan pulang, Gyumi ligat berfikir. Sekejap-sekejap dia terbayangkan wajah Haruto. Sekejap-sekejap wajah Yedam yang muncul. Wajah mereka berdua silih berganti di dalam kepala Gyumi.
"Aigoo. Peninglah kalau macam ni.. Eotteokkhae?"
Gyumi mula rimas. Rambutnya ditarik-tarik sebagai tanda buntu.
Dalam masa yang sama, seseorang sedang mengekori Gyumi dari belakang. Gyumi tidak menyedari akan kehadiran orang tersebut memandangkan dia sibuk berfikir tentang Haruto dan Yedam.
Perlahan-lahan orang itu mendekati Gyumi dan akhirnya dia menekup mulut Gyumi dengan sapu tangan yang sudah diletakkan ubat tidur. Gyumi meronta-ronta sebelum akhirnya permandangan bertukar gelap.
Gyumi pengsan.
-----
Di rumah Gyumi, Jisoo sudah mundar-mandir. Dia risau. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang, merasakan sesuatu yang tidak kena terjadi kepada Gyumi. Sudah berkali-kali dia menelefon Gyumi tetapi panggilannya tidak diangkat.
"Kenapa jantung laju ni? Baik aku call Suyeong. Mungkin dia dengan Suyeong,"
Jisoo berfikir sendiri.
Jisoo mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Suyeong. Kedengaran suara Suyeong di hujung talian.
"Nae Jisoo sunbae?"
"Gyumi ada dengan Suyeong tak?"
"Gyumi? She's not here. What's wrong?"
"I don't know. I just don't feel right. I think something bad might happen to Gyumi,"
"I think-"Suara Suyeong terputus apabila seseorang mencelah perbualannya dengan Jisoo.
"Siapa tu Suyeong?"
Suyeong memandang wajah jejaka di sebelahnya itu.
"It's Jisoo sunbae. Asahi, could you please call all of TREASURE members. Ask them to meet up at Haruto's house, now,"
"Alright!"Asahi menunjuk ibu jarinya. Dia terus ke KaTalk dan memberikan kod merah di laman chat TREASURE.
Suyeong kembali fokus kepada pemanggil di hujung talian.
"Suyeong, tolonglah cari Gyumi..."
Jisoo mula menangis.
YOU ARE READING
SECRET IN MY HEART || WNH X Reader X BYD ✔
FanfictionKedatangan seorang gadis yang bernama Song Gyumi di YGE High membuatkan dirinya terlibat dengan perkara yang dia tidak jangkakan sama sekali. Teman baharu. Musuh baharu. Kenalan baharu. Cabaran baharu. Memori baharu. Bahkan, Song Gyumi juga tu...