chapter 38 S2

3.2K 206 48
                                    

Ina pov.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati hah?" Dada aku diurut perlahan. Cepat-cepat kepala digeleng-gelengkan.

"Nape, doktor?" Soal Dr. Adriz. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Biasalah, penat sikit." Jawab aku. Dia mengambil tempat di hadapan aku.

"Doktor free tak malam ni?" Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Soal aku. Dia tersenyum. Lagi bertambah kerutan di dahi aku.

"Tak ada lah, malam ni saya ada buat party kat rumah. Ingat nak ajak doktor join. Selain tu ramai lagi budak-budak U ikut," aku mencebik sambil memandang lukisan jantung yang aku lukis tadi. Pen merah dipegang sambil diketuk-ketuk di atas lukisan tadi.

"Sorry lah, Dr. Adriz. Saya ni dah bersuami. Anak pun dah dua. Party-party ni memang dah tak join dah." Kata aku.

"Alah doktor boleh lah. Untuk saya. Lepas ni kalau saya tak dapat hospital ni dah tak dapat jumpa doktor. Ni minggu last saya kat sini." Aku menggigit bibir.

"Saya tanya husband nanti." Kata aku. Tanya Harraz, memang sampai mati pun dia tak bagi wehh. Aku cakap pasal si Adriz ni pun dia tak nak dengar. Siap suruh aku jauh lagi jangan dekat dengan mamat ni. Tapi nak buat acane aku ni doktor pemantau dia selama dia jadi intern kat sini.

"Perlu ke?" Soal dia. Aku tergelak. Aku pandang muka si Adriz ni tak percaya.

"Husband syurga saya." Aku tersenyum tapi lebih kepada sinis. "Wajib saya kena bagitahu dia, saya tak nak masuk neraka." Aku buat muka takut. Selepas tu aku terus bangun. Aku tayang senyuman mengejek kepada dia.

Paksa-paksa orang pulak! Tak paham!

"Saya nak pergi makan, bye!" Belum sempat aku nak berjalan dia memanggil aku.

"Jom lah lunch dengan saya." Ajakan dia buat kan aku teringat dekat Harraz.

"Kalau dia ajak sayang, jangan sekali-sekali sayang ikut eh. Bahaya!"

Aku kadang pelik jugak apa tah yang bahaya.

"Em, it's okay. Saya nak makan sorang-sorang, tenangkan diri. Lepas ni ada operation. So saya nak relax tanpa gangguan." Aku menunduk kan kepala sedikit sebelum beredar keluar.

Skip.

Baru sahaja ingin menjamah roti masuk ke dalam mulut...

"Code blue! Code blue! Code blue!" Bunyi suara emergency membuatkan aku terbantut nak makan.

"Room 417," aku memasukkan roti ke dalam kocek. Cepat-cepat aku bangun dan berlari ke bilik yang disebut.

Itu patient aku!

Tak cukup nafas aku berlari wehhh. Dah lah tingkat atas. Lif pulak tak bagi kerjasama, penuh! Terpaksa guna tangga.

Aku terasa bahagian perut aku sakit. Tapi aku endahkan. Pedih!

"Aduh!" Aku berhenti sekejap sambil memegang perut aku.

Kemudian aku sambung lari naik tangga balik.

Muka aku berkerut-kerut masa berlari.

Dah sampai jek aku terus terjah bilik tu.

"Huh, huh, what h-happened?" Soal aku tercungap-cungap.

Nurse tu menunduk ke arah aku.

"Maaf doktor, saya dah halang tan sri nak tekan jugak." Mendidih telinga aku mendengar penjelasan dari nurse tu.

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now