49

6.9K 243 0
                                    

Ina pov

Mata aku mula dicelik, syiling atas dipandang tak berkutik. Aku still kat hospital lagi, keluhan lemah aku hembuskan.

"Ina dah sedar?" Suara nurse Dibah menegur lembut aku. Aku mula toleh pandang nurse Dibah.

"Kak,"

"Ina nak air?" Soalan nurse Dibah dibalas dengan anggukan.

Katil aku dia naikkan sampailah terasa macam tersandar di katil. Gelas mula dihulur ke arah aku. Aku meneguk perlahan.

Terasa lega dapat basahkan tekak.

"Harraz mana?" Soal aku sambil menghulur gelas tadi balik. Aku baru teringat dia.

"Kejap lagi dia sampai, tadi dia solat." Kata nurse Dibah.

Aku mengangguk perlahan tanda faham. Sekarang waktu subuh, semestinya Harraz solat.

"Are you okay? Lapar tak?" Soal nurse Dibah.

"Sikitlah," kata aku sambil menyengih.

"Dengan Ina tak ada istilah sikit akak rasa," kata dia dengan nada mengusik.

Aku tergelak perlahan .

"Tak pe Harraz bawak makanan," kata Harraz yang tiba-tiba sahaja menyampuk. Masalahnya bila masa dia bukak pintu.

"Awak!" Teriak aku agak terkejut.

"Ye, sayang!" Balas dia.

"Alah, tak payah lah nak bersweet dekat sini," kata nurse Dibah buat aku tergelak.

"Ouhhh akak jealous ehhh!" Kata Harraz dengan nada mengusik.

"Banyaklah, dahlah. Harraz dah sampai. Akak keluar dulu," aku hanya mengangguk.

"Okey,tenkiuu kak!" Kata Harraz.

Selepas sahaja pintu ditutup, Harraz terus datang mendekati aku.

"Aku beli sandwich, kau suka yang ni kan!" Kata dia sambil mengangkat bekas sandwich tu.

Sandwich ayam cheese! (Aku main sebat jek okehhh!😂 Ni alah" Subway gituw!)

Aku tersenyum manis ke arah dia. Bekas sandwich itu aku ambil. Lepastu apalagi terus melahap lah. Lapar derrr!

Dia mula duduk bersebelahan dengan aku. Kesan comot yang ada dibibir dia lap pakai ibu jari dia. Aku pandang muka dia lama. Harraz mesti tak cukup tidur sebab aku kan! Sian baby kita ni!

Suapan demi suapan sampai sandwich tadi habis dimakan. Aku menutup bekas tadi sandwich tadi tu dan diletakkan di tepi. Air kotak Milo aku bagi kat Harraz suruh tebukkan.

Dia pun mula tebuk dan bagi aku semula.

"Terima kasih!" Kata aku. Air Milo kotak tadi tu terus disedut sampai habis. Hanya sekali seduk ya nampak sangat aku kebulur.

"Minum slow-slow!" Tegur Harraz.

"Dah?" Dia soal aku. Aku mengangguk.

"Mandi jom!" Ajak dia. Aku pandang dia.

"Mandi?" Soalan aku dibalas dengan anggukan.

"Kau dah bape lama tak mandi, jum mandi. Pastu tukar tudung. Janganlah pakai tudung selendang lagi, aku tak suka!" Kata-kata dia menimbulkan kerutan di dahi aku.

"Napa?" Soal aku.

"Nampak leher, pelawat kau dahlah ramai," kata dia buat aku faham.

"Aku bawak tudung sarung, jangan risau!" Kata dia lagi.

Aku mengangguk laju. Selepas tu tangan aku depa ke arah dia.

Dia menjongketkan kening sebelah.

"Nak dukung!" Kata aku manja.

Dia tayang muka menyampah dengan aku.
Badan aku mula dia cempung.

"Dah nak jadi mak budak mak nenek oiii!" Kata dia dalam keadaan perli.

Leher dia aku peluk erat. Rindunya dengan laki aku ni.

Skip.

"Tch, Harraz bangunlah." Kata aku geram. Tangan dia aku tolak suruh bangun.

Nak main game kat atas katil aku. Alasan nak duduk sebelah aku sebab nak elak morning sickness. Masalahnya aku nak elak bagi kaki.

"Hmmmm, " dia menggumam perlahan.

"Tepilah," rengek aku.

"Sinilah baring sebelah aku," kata dia sambil menepuk-nepuk tilam katil tu.

Aku menggulingkan mata ke atas.

Tiba-tiba aku dapat satu idea nak kena kan dia.

"Harraz!" Teriak aku dalam keadaan sakit. Perut aku pegang.

"Ina," dia terus bangun melihat keadaan aku.

"Kau okey tak?"

"Sakit kat mana?"

"Awak, sakit sangat!" Kata aku. Perut sengaja ditekan lagi. Lengan dia aku pegang.

"Kenapa, jap tunggu aku panggil doktor!" Kata dia agak resah. Terus turun dia dari katil berura-ura nak lari keluar. Tapi sebelum dia keluar aku dah ketawa kuat melekek-lekek.

"Kau-" kata dia datang mendekat ke arah aku.

Aku tergelak makin kuat bila muka dia dah bertukar riak.

"Tahu pun turun! Kan saya da-"

"Kau ingat ni boleh bawak main-main ke?" Potong dia dalam nada dingin.

Aku terus berhenti gelak. Muka dia aku pandang.

Marah!

"Alah kan saya dah cakap suruh awak turun, awak yang tak nak!" Kata aku cuba membela diri.

Kedengaran dia menghembuskan nafas kasar. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu keluar dari wad.

"Aikkk marah!" Soal aku sendiri. Keluhan dilepaskan.

"Masalah negara." Kata aku perlahan.








Tbc.......

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now