21

8.6K 297 5
                                    

Ina pov

Badan aku rebah di atas katil. Nafas aku hembus lega. Finally settle semua, tinggal majlis belah sana jek.

"Mak nenek, boleh tak pergi mandi dulu!," Belum sempat aku pejamkan mata ada suara menegur aku. Siapa lagi kalau bukan si dia yang baru sahaja keluar dari bilik air. Kami still berada di hotel sebab dah kata tempah untuk satu hari, so tak baik membazir.

"5 minutes, please! Badan saya ni letih sangat." Tangan aku mula mencabut segala benda alah yang berada di atas rambut, tapi still dalam baring. Nampak tak betapa pemalasnya aku.

"Kau nak mandi sendiri ke nak aku yang tolong mandikan!" Kata dia sinis. Badan aku terus bangun dari duduk. Kaku! Yup kaku.

Aku menggeleng laju dan terus menuju masuk ke bilik air. Kedengaran dia mendecit halus. Tak guna! Suka lah kenakan aku.

"Hek eleh, nasib baik suami, kalau tak dah lama aku cincang-cincang dia." Aku membebel perlahan takut dia dengar.

Aku mula nak menanggalkan baju pengantin yang tersarung cantik di badan aku. Tapi!

What the hell! Asal benda ni susah nak tertanggal. Oh my gosh!!! Aku membelakangkan diri aku menghadap cermin. Arhhhh!!!! Aku menjerit perlahan.

"Sab, while you want to get rid of this dress from your body, I think you need someone!!! I really mean." Kata-kata Syaza terngiang-ngiang kat dalam kepala otak aku.

Kuajo lah syaza!!!!!!!! Aku buat tak tahu jek waktu dia cakap kat aku masa diorang otw nak balik dari majlis aku, sebab aku fikir yang positif. Aku menyesal suruh dia handle baju aku.

Aku mendengus kasar.

"Takkan nak mintak tolong dia. Never!"

"Macam mana ni," aku merengek kecil.

Baju nya dia pergi pasang butang kat belakang. Ishhhhh!!! Geramnya aku.

Tiba-tiba pintu bilik air diketuk dari luar.

"Mak nenek, lama lagi ke? Aku nak berjemaah ni. Waktu maghrib dah nak habis dah!" Kata Harraz dari luar.

Mampus aku!!!!!

Rambut aku diserabutkan.  Keluhan berat aku lepaskan.

"Mak nenek?" Dia panggil aku.

Aku buka pintu. Harraz memang betul-betul berdiri di hadapan pintu.

"Lah asal tak mandi lagi ni?" Dia soal aku dengan dahi berkerut.

"I need your help." Kata aku.

Dia jongket kan kening  sebelah pulak.

"Saya ngaku baju ni memang cantik sekali. Memang taste saya tapi," kata-kata aku sengaja digantungkan.

"Tapi?" Dia soal aku.

"Tapi ada celakanya jugak." Kata aku sedikit meninggi. Aku pusing ke belakang.

"Awak tengok ni. Ada ker patut dia pergi pasang butang dekat belakang. Dah lah berderet kalau pasang kat depan saya tak kisah lah, ini pasang kat belakang." Bebel aku.

"So?" Dia menyoal aku.

Aku menghela nafas kasar. Yang ini pon satu tak memahami. Asal lah  lambat sangat dia ni.

"Tak pelah say-"

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku dia dah tarik tangan aku masuk semula ke dalam bilik air.

"Cakap lah tolong kau tanggalkan butang tu." Dia menghadap aku.

"Pusing!" Aku terkedu bila dia cakap macam tu.

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now