22

8.8K 305 8
                                    

Aku tersedar dari lena. Telefon dicapai, screen dibuka, jam aku lihat.

"Pukul 2.30 pagi." Aku menggeliat. Tubuh yang elok terbaring membelakangi aku dipandang sekilas.
Aku mengukirkan senyuman.

Aku menghampiri badan aku ke dia. Aku ambil peluang untuk peluk dia dari belakang. Tangan aku mula melingkari dipinggang dia. Sikit pon tak sedar. Dasar tidur mati!!.

Belakang rambut dia aku cium sekilas. Wangi!!!

"Aku pilih kau sebab aku sayang kau mak nenek! Lambat betul nak tangkap." Rambut dia aku usap perlahan. Aku mula menutup mata semula dan terlena.

Skip.

Ina pov.

Tidur aku terganggu apabila ada tangan melingkari pinggang aku kemas.

Perlahan-lahan aku pusing menghadap dia. Tangan dia masih berada di pinggang aku.

"Ouhhh bidadara depan mata." Kata aku perlahan. Tangan aku ringan sahaja ingin menyentuh pipi dia.

"Kenapa hensem sangat ni" pipi dia aku usap perlahan.

"Tahu tak muka awak ni salu buat saya berdebar. Lagi-lagi bila awak senyum." Kata aku lagi.

"Saya tak sangka saya kawin dengan awak." Kini tangan aku lekapkan kat dada dia.

"Terima kasih, kapten beku!" Aku tergelak perlahan. Tangan dia yang dari tadi memeluk aku dilepaskan perlahan-lahan. Aku turun dari katil dan menuju ke bilik air.

Keluar sahaja dari bilik air, Harraz still tak bangun lagi.

"Awak, bangunlah!" Kejut aku perlahan.

"Dah subuh ni,"

"Awak," panggil aku lagi.

"Hmm" dia bangun daripada pembaringan. Mata dia di gosok perlahan.

"Dah pukul berapa?" Soal dia dengan suara serak basah.

Ya ampun! Suara! Tergugat aku. Me flirting. Dengan rambut macam tu. Haishhh suami sape ni. Hensem sangat.

"Dah pukul 6.15, bangun! Kita solat subuh sama-sama."

Dia tak menjawab malah terus pergi masuk ke dalam bilik air.

Telekung yang sudah tersarung di badan. Sejadah untuk dua orang aku bentang.

Betullah cakap abah! In Sya Allah dia boleh bimbing aku sampai syurga. Amin! Dah masuk dua hari aku duduk dengan dia sebagai seorang isteri tak dapat dikatakan lagilah yang Harraz adalah suami yang pentingkan agama. Alhamdulillah. Syukur! Terima kasih ya Allah.

Dia keluar dari bilik air. Songkok diambil dan terus menuju ke arah aku. Kami berjemaah bersama-sama.

**************

Kuala Lumpur.

Majlis aku dengan Harraz diadakan di sini.  Selepas dua hari kami berada di JB.

Majlis aku dengan Harraz kat sini agak meriah sikit. Ummi jemput ramai!

Bangku berdekatan aku hampiri. Sekarang ni aku ada dekat dewan sanding kami, rehearsal. Bawah tapak kaki aku terasa sakit! Bukan sebab lenguh tapi sebab lain. Aku rasa macam benda tercucuk. Aku hanya pakai selipar jek. Biasalah aku orangnya gini jek.

Selipar di bukak dan ada darah! Oh my gosh!!!!

Aku terus lihat apa yang ada dekat belakang selipar tu. La paku!!!! Patutlah sakit dia Subhanallah. Nikmat.

Nasib baik paku baru. Kalau dah karat habis aku. Tak sanding.

Rambut aku yang dari tadi terselak sana terselak sini. Rimas betul!!! Padah tak ikat rambut. Ginilah jadinya.

MRS HARRAZ! [ S1+S2 ]✔️Where stories live. Discover now