Bab 3

809 85 9
                                    

~So here the chapter 3 ^_^

Jangan lupa Vote ⭐️ okiess!!!

..................................................................


Keesokan hari ;

Bunyi kicauan burung , tanda pagi sudah mengangkat tirainya...

Tap! Tap! Tap! Tap!

Kelihatan Mak Cik Seha turun dengan gaya santai serta riak angkuh terpamer di wajahnya.Kakinya  terus dibawa ke dapur menuju ke meja makan.

Diangkat tudung saji yang berada di atas meja lalu dicampakkan kasar tudung tersebut ke atas lantai apabila dia menyedari tiada satu pun makanan yang kelihatan untuk dia sarapan pada pagi itu.

Segera Mak Cik Seha bergegas menuju ke bilik yang sedikit tersorok di tepi dapur itu.Ya bilik tersebut merupakan bilik anak angkatnya,Nur Ayra Hanania.

Tiba sahaja di hadapan pintu bilik anak angkatnya, terus ditendang kuat pintu bilik tersebut bersama jeritan yang maha kuat.

"Ayra! Ayra! Kau buka pintu ni sekarang!!! "

Ditumbuk-tumbuk pintu tersebut bagai nak runtuh dengan tangannya.Hatinya lebih sakit daripada tangannya ini.

Terbuka sahaja pintu,tersembul muka Ayra Hanania yang habis lebam-lebam itu.Tanpa membuang masa,terus dicekak rambut panjang hitam milik Ayra Hanania dengan kuat sebelum diheret dan ditolak jatuh ke lantai dapur dengan kuat.

Terdengar ringisan sakit dari bibir kecil itu.

"Ehh kau buat apa erhh dalam bilik tak keluar-keluar langsung buat sarapan dekat aku hahh?!!!kau nak aku mati kebulur kee??" sembur Mak Cik Seha kasar dengan tangan yang masih mencekak rambut panjang itu kuat serta digoyangkan ke kanan dan ke kiri kepala anak angkatnya itu tanpa belas kasihan.

"Auwwhh sakit mak cik.....tolong lepaskan..." rintih Ayra Hanania perlahan sambil memegang tangan Mak Cik Seha pada rambutnya.Dirinya penat...badannya habis sakit-sakit angkara perbuatan ibu angkatnya semalam.

"Hahh!!! Kau cakap sekali lagi aku tak dengar!! Kenapa??? Sakit ke?? Sakitkann...."  sambil dicekak lebih kuat rambut Ayra Hanania dengan wajah dibuat-buat kesian.

"Tulaa makan dia kalau kau mereluh buang tahi mata dalam bilik jee pagi-pagi ni!!! Kau tak tahu ke aku nak pergi kerja sarapan apa tak ada!!! Kau nak tunjuk protes kau tuu ke pasal semalam?!!!"  ditunjal-tunjal kepala Ayra Hanania dengan kasar.

Tunku Aaron Henrique ( HOLD )Where stories live. Discover now