Kuala Lumpur,Malaysia :
Ayra berlari dengan pantas keluar dari kelasnya sesudah tamat kelas Pengajian Am sesi semester ketiganya bagi tingkatan 6.
"Ayraaa!!!!"
Nyaring betul suara orang yang memanggil namanya itu sudah laa kuat kalah volume radio suaranya,siapa lagi kalau orangnya Ku Amal Mikayla,salah satu bestie's terbaiknya.
Automatik kaki Ayra terberhenti daripada berlari apabila mendengar suara yang dikenalinya itu dan segera menoleh kearah gerangan suara yang memanggilnya tadi.Kelihatan Amal dan Amaira berjalan kearahnya.Tersengih-sengih Amal kerana menyedari suaranya yang kuat tadi telah menyebabkan mereka menjadi tumpuan pelajar lain.
"Ishh...kau nie Amal suara mengalahkan guruh je...cuba laa jangan jerit sehari tak boleh ke?Sakit telinga aku mendengarnya tahu." kata Nian Amaira Lou kepada sahabatnya itu sambil menggelengkan kepalanya.
"Alaa jangan laa marah Nian." pujuk Amal sambil membuat mukanya yang comel itu bertambah comel dengan menampakkan lagi lesung pipitnya itu.Amaira hanya mempamer wajah tidak tahu saja dengan sahabatnya itu.Makin melayan makin menjadi Si Amal nie.Dia kembali memandang sahabatnya yang seorang lagi Ayra.
"Ayra...kenapa awak nampak tergesa-gesa nie sampai tinggalkan kitaorang dalam kelas?" tanya Nian Amaira Lou prihatin kepada sahabatnya itu.
Itulah Amaira,dia seorang sahabat yang prihatin akan perihal sahabat-sahabatnya itu.Baginya,dia sudah menganggap mereka berdua sebagai keluarganya sendiri.Tambahan pula,ibu bapanya telah menganggap Ayra dan Amal seperti anak mereka sendiri.
"Saya dah lambat nie nak balik rumah...nanti mesti Mak Cik Seha marah saya lagi kalau dia tahu saya tak masak lagi untuk dia nak makan balik kerja nanti." jawab Ayra dengan muka gelisahnya.Dia takut jika dipukul dengan teruk lagi oleh ibu angkatnya.
Dia tidak menyangka kelas Pengajian Am tadi akan diambil masa tambahan oleh Prof. Salina.Jika mahu memberitahu kepada Mak Cik Seha tentang kelewatannya sudah tentu dia tidak akan dibenarkan lagi untuk bersekolah.
"Ok laa korang aku balik dulu ye dah lambat nie apa-apa roger dalam group what's app kita ehh...bye!!!" kata Ayra semula sambil mula berlari laju ke arah pagar sekolah untuk pulang kerumahnya.
"Mal...aku kesian laa tengok si Ayra tuu.Ishhh geram betul aku dengan si tua tuu.Sikit-sikit nak pukul orang apa dia ingat Ayra tu patung ke boleh dibuat sesuka hati." kata Amaira dengan muka merah padamnya menahan geram apabila teringatkan perbuatan Mak Cik Seha kepada sahabat baiknya itu.
YOU ARE READING
Tunku Aaron Henrique ( HOLD )
ActionBOOK 1 📔 TUNKU AARON HENRIQUE Cover 🥳 by @viesluna Tunku Aaron Henrique & Nur Ayra Hanania | Nur Ayra Hanania | Dia tidak tahu kenapa semua orang tidak suka akan dirinya.Semua orang selalu menganggap dirinya malang dan pembawa...