Jangan lupa vote ⭐️ and comment...terima kasih >_< 💖...
###############################
Pada petang itu, kelihatan Mak Cik Seha sedang kalut berjalan keluar daripada kilang tempatnya bekerja apabila jam telah menunjukkan angka 6 petang.
Sebaik keluar sahaja dari kilang tersebut,terus kereta Myvi putihnya dituju kemudian badan dihenyakkan ke tempat duduk pemandu serta beg tangannya dilemparkan saja ke tepi tempat duduk penumpang sambil mulut mengomel sesuatu.
"Bodohh punya atasan!!! Aku dah kerja lebih masa pejabat kot... Aku nii kerja dalam bahagian pemasaran okey bukannya jadi kuli kilang macam budak-budak lembap tuu semua!!! " marah Mak Cik Seha bengang.
"Diorang boleh laa kerja overtime bagai sebab dah nama kuli kan?? kena laa kerja lebih masa...dah laa gaji tambahan tak bagi,kalau bagi tak apa laa juga!!" kata Mak Cik Seha dengan nada meluat.
Sedang Mak Cik Seha melalut bercakap seorangan,tiba-tiba cermin keretanya diketuk oleh seorang lelaki yang agak berusia.
Terus tergopoh-gapah Mak Cik Seha membuka tingkap kereta myvinya yang sedang dipanaskan enjin apabila menyedari gerangan orang yang baru saja dia kutuk tadi sudah berdiri di tepi keretanya.
"Yaa boss?? Ada apa-apa kee??" tanya Mak Cik Seha sambil suara dibuat-buat ayu sambil tersenyum sumbing.Kena laa berlakon depan boss besar kann. Untung-untung dapat naik pangkat dia nanti.
"Hahh you Seha! I cari you satu kilang tadi. Nasib i terjumpa you dekat sini tau!" kata Boss Halim dengan riak rajuk plus gatal. Ya Boss Halim merupakan boss yang gatal tak padan dengan usianya yang sudah lanjut tua itu. Sudah ada bini sampai dua pun masih gatal gayut lagi.
"Ehh maaf boss,saya tak tahu pun boss cari saya... Ada apa yee Boss Halim cari saya nii??" ujar Mak Cik Seha masih dengan nada ayunya.
Sebenarnya Mak Cik Seha pernah juga ingin menggoda boss besar ini. Fikirnya,untung kalau boss besar tergoda dengan dirinya yang balu itu pasti hidupnya senang lenang nanti.
Tapi dibatalkan saja hasratnya kerana Boss Halim sangat gatal orangnya sampai dia sendiri nak termuntah dan loya tekaknya melihat si tua boroi itu.
"Tak i just nak cakap esok after you masuk kerja, please masuk bilik i sekejap. Ada something i nak bincang dengan you pasal bisness. It's that okay for you,Seha?? " tanya Boss Halim dengan nada serius pula.
"Ouhh okey baik boss." kata Mak Cik Seha dengan senyuman palsunya.
"Okey you boleh balik laa.. Sorry kacau you nak balik rumah." kata Boss Halim dan terus berjalan pergi ke keretanya.
Mak Cik Seha tanpa melengahkan masa terus memecutkan keretanya laju untuk pulang ke rumah sambil memikirkan hal yang ingin dibincangkan oleh Boss Halim.
YOU ARE READING
Tunku Aaron Henrique ( HOLD )
ActionBOOK 1 📔 TUNKU AARON HENRIQUE Cover 🥳 by @viesluna Tunku Aaron Henrique & Nur Ayra Hanania | Nur Ayra Hanania | Dia tidak tahu kenapa semua orang tidak suka akan dirinya.Semua orang selalu menganggap dirinya malang dan pembawa...