#Untuk Chapter 5 ini ada sedikit penambahan cerita ye!!Sebelum tu jangan lupa vote ⭐️ dulu ye...terima kasih ~♥~
........selamat membaca♡♡........
Keesokan pagi...Kelihatan pada pagi itu,seorang gadis berbaju kurung berwarna kuning cair sedang berjalan menuju ke sekolahnya yang berdekatan dengan kawasan perumahannya. Sekolah tersebut merupakan tempatnya menimba ilmu untuk semester terakhir ini.
Akhirnya sampai juga dirinya ke sekolah pada pagi itu. Nasibnya baik kerana mukanya yang telah lebam dan calar dipukul dua hari lepas telah hilang sedikit demi sedikit.
" Ayraaa!!!! Tungguuu...!!" jerit seseorang dari belakang. Hurmhh siapa lagi yang suka menjerit di antara dua sahabatnya itu, Ku Amal Mikayla.
Sebaik sahaja tiba dihadapan Nur Ayra Hanania, terus bahu kawan baiknya dipegang bersama nafas yang termengah-mengah akibat lariannya yang laju tadi.
"Fiuuhhh....penat gilaa aku nak ligan kau tahuu!!..." kata Ku Amal Mikayla dengan suara yang kuat. Hurmhh bukan Amal Mikayla laa kalau tak cakap kuat mengalahkan orang yang duduk jauh sebatu.
"Hehehe...siapa suruh awak lari lintang-pukang macam kena ligan anjing jee?" ketawa kecil Nur Ayra Hanania dengan sikap lucu sahabatnya itu.
Terhibur dia dengan telatah Ku Amal Mikayla seorang. Itu belum lagi sahabatnya yang lagi seorang, Nian Amaira Lou. Kalau mereka bergabung dua,jenuhh dia kena melayan perangai seorang kuat menyakat seorang lagi jenis kaki cool pula. Haihh macam-macam....
"Eeiikkk pandai menjawab erhh budak tecikk niihh.. Mulut tuu...." kata Ku Amal Mikayla berpura-pura garang sambil mencubit pipi sahabatnya dengan lembut.
"Hehehe... Awak sorang je kee Amal?? Mana kembar sorang lagii??" tanya Nur Ayra Hanania lembut sambil tersenyum comel.
"Hurmhh minah tuu call tadi cakap dia datang lewat sikit... Ada hal katanya...so dia suruh masuk kelas dulu tak payah tunggu dia..." beritahu Ku Amal Mikayla panjang lebar sambil berjalan menuju ke kelas diikuti Ayra Hanania disebelahnya.
YOU ARE READING
Tunku Aaron Henrique ( HOLD )
ActionBOOK 1 📔 TUNKU AARON HENRIQUE Cover 🥳 by @viesluna Tunku Aaron Henrique & Nur Ayra Hanania | Nur Ayra Hanania | Dia tidak tahu kenapa semua orang tidak suka akan dirinya.Semua orang selalu menganggap dirinya malang dan pembawa...