"AYESHA FARAHIN!"
Satu suara lantang itu mengejutkan Ayesha yang sedang enak dibuai mimpi. Ayesha mengangkat kepala. Matanya digosok perlahan. Matanya yang tadi kabur kian jelas. Dia cuba mengecam figura manusia yang memanggil nama penuhnya itu. Apabila selesai mengecam, matanya membulat. Dia melihat ke seluruh ruang kuliah itu, semua memandang ke arahnya dan lebih parah Puan Dian iaitu pensyarahnya sudah menjeling tajam ke arahnya. Oh, shit!
"Sleep or out from my class?" Puan Dian sudah mengeluarkan suara lantangnya. Dia menjegilkan kedua matanya ke arah Ayesha. Dia sudah naik muak dengan perangai pelajarnya yang seorang ini. Setiap kali kelasnya pasti Ayesha akan tidur di dalam kelasnya.
Ayesha telan liur apabila Puan Dian sudah naik singa. Dia memandang ke seluruh ruang kuliah. Semua memberi isyarat menyuruhnya keluar dari kelas. Mereka bimbang Puan Dian akan membebel dan naik angin kepada seluruh kelas. Tak pasal-pasal kelas habis lambat hari ni. Ayesha mengangkat ibu jari ke atas tanda okay. Ayesha bersedia untuk pergi.
Ayesha bangun dari tempat duduknya, beg galas serta telefon diambil. Langkahnya diatur keluar dari dewan kuliah. Dia kemudiannya melangkah pergi tanpa haluan. Sedang berjalan-jalan tekaknya terasa kering. Kaki dibawa ke arah mesin air layan diri. Pekena ice lemon tea pon sedap jugak ni! Dia beratur di belakang seorang lelaki yang sedang menggunakan mesin air layan diri itu. Beberapa saat kemudian, lelaki itu beralih ke belakang. Dia memandang ke arah Ayesha.
"Ada RM1 tak?" Aryan memandang ke arah Ayesha yang kelihatan seperti bingung.
"Hah?" Ayesha bertindak kaku. Air liur diteguk. Lelaki di hadapannya buatkan dia tergamam.
"Ada RM1 tak? Aku nak pinjam. Aku takde duit kecil." Aryan masih menunggu jawapan dari Ayesha yang seperti terpinga-pinga.
"Errr... takde. Eh, ada-ada!" Ayesha tiba-tiba menjadi gelabah. Dia mengeluarkan wang kertas satu ringgit dari dompetnya. Tangannya terketar-ketar saat menghulurkan wang kertas kepada Aryan. Ya Allah! Kenapa shaking pulak ni? Malunya.
Aryan menyambut huluran wang kertas dari Ayesha. Dia menggunakan wang kertas tersebut dan membeli air. Setelah selesai, dia kemudian bergerak ke tepi dan memberi ruang kepada Ayesha untuk menggunakan vending machine tersebut. Kesian dia berdiri lama disebabkan aku.
"Terima kasih tau. Nanti aku bayar balik. Esok jumpa aku dekat kafe. Aku gerak dulu." Aryan melangkah pergi meninggalkan Ayesha yang tak lekang dengan senyumannya dari tadi apabila bertembung dengan Aryan.
Setelah melihat kelibat Aryan yang sudah menghilang, dia melompat dan menjerit kegirangan. Finally dapat juga bercakap dengan dia. Bertuah pula rasa. Orang yang lalu lalang di ruangan mesin air layan diri sudah memandang pelik ke arah Ayesha.
"Tak sia-sia aku ponteng kelas hari ni." Ayesha berkata sendirian. Gembira hatinya dapat berbual dengan Aryan. Lelaki yang didambakannya selama ini.
Aryan Haziq merupakan pelajar degree seni kulinari semester akhir. Abang chef senior yang paling disukai Ayesha. Detik pertemuan mereka apabila Ayesha menyertai kem bina diri yang dianjurkan oleh pihak universiti. Kejadian bermula apabila Aryan dan Ayesha berada di dalam kumpulan yang sama. Ayesha menaruh minat terhadap Aryan apabila Aryan dan dia perlu menyiapkan makanan bersama-sama dan secara tak sengaja kemalangan berlaku apabila jari Ayesha terkena pisau. Aryan dengan pantas waktu itu segera membalut lukanya dan cinta pandang pertama mulai berputik. Huh, drama sangat!
Sehingga kini, dia masih menaruh minat terhadap seorang lelaki bernama Aryan Haziq walaupun cintanya tak berbalas. Dia cuba mendekati Aryan tapi tak berjaya sebab Aryan seorang yang terkenal di fakultinya. Oh, mereka berada di fakulti yang sama. Ayesha Farihin seorang pelajar degree seni kulinari semester empat. Ayesha kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sewa. Daripada merayau-rayau tak tentu arah, lebih baik balik tidur aje.
YOU ARE READING
Cinta Ayesha
Romance2nd Romance by Riff_Iffa *Sinopsis akan diubah Kisah cinta ada yang pergi dan datang. Tapi lain pula yang terjadi apabila dua cinta yang hadir pada waktu yang sama. Begitulah kisah cinta seorang gadis bernama Ayesha Farahin. Dua jejaka hadir dalam h...