BAB 10

124 9 2
                                    

Keriuhan di kawasan tapak parkir itu sesak dengan ribuan manusia yang datang dari pelbagai tempat. Kebanyakannya dari staf hospital dan orang awam. Ayesha dan Melisa juga tak lupa untuk turut serta dengan hari Jualan Amal yang dianjurkan di ruangan tapak parkir kereta di hospital ini. Banyak gerai-gerai jualan yang dibuka dan pelbagai jenis barangan dan makanan yang dijual.

Ayesha tak menang tangan dari tadi menguruskan jualan dessert yang diuruskan olehnya dan seorang lagi pekerja. Melisa pula sibuk menguruskan kafe.

"Cik Ayesha, rehatlah dulu. Yang ni biar saya uruskan." Haikal, pekerja yang diupah oleh Melisa untuk menemani Ayesha menjual dessert di Hari Jualan Amal. Kalau nak diikutkan Ayesha boleh saja dia uruskan sendiri tapi ditegah keras oleh Melisa.

"Berapa kali akak nak pesan, jangan bercik-cik. Panggil aje Kak Yaya." Ayesha melabuhkan punggung di sebuah kerusi. Peluh yang mengalir di lap dengan sapu tangan. Cuaca yang agak panas agak meletihkannya.

"Hehehe... Sorry Kak Yaya. Saya dah terbiasa bila jumpa orang yang baru kenal akan cakap bahasa formal." Haikal menghulurkan sebotol air mineral kepada Ayesha. Ayesha menyambut lalu meneguk rakus. Dahaga tak usah cakap kalau cuaca macam ni.

"Haikal umur berapa? Akak tak sempat nak tanya tadi." Soal Ayesha. Mana taknya orang elok sahaja mereka siap menyusun pelbagai jenis dessert, orang ramai berpusu-pusu ke arah gerai mereka.

"18 tahun." ujarnya. Haikal sekali sekala menyusun dessert yang agak berterabur di dalam bekas tray. Dia berasa segan pula apabila tidak berbuat apa dan hanya duduk bersembang.

"Ouhhh... Baru habis SPM la. Lepas ni nak sambung belajar atau kerja?" Ayesha menyoal sekadar untuk berbahasa basi.

"Kerja kot. Hurmmm... Bukan tak nak sambung belajar tapi ada masalah sikit. Lagipun, Haikal tak sanggup nak tinggalkan nenek sorang-sorang dekat rumah." Wajah Haikal kelihatan sugul apabila bercerita tentang sambung belajar.

"Haikal tinggal dengan nenek?" Ayesha menyoal lagi. Hatinya terusik perasaan ingin tahu.

"Ha'ah. Lepas Ibu dengan Ayah meninggal dunia, Haikal tinggal dengan nenek." Haikal termenung jauh. Setiap kali orang bertanyakan mengapa dia tinggal bersama neneknya pasti hatinya diketuk perasaan hiba.

Ayesha terdiam seketika. Sungguh berat ujian Haikal di usia yang begitu muda. Melihat Haikal buatkan dia teringat dirinya yang dulu.

"Haikal berapa adik beradik?" Ayesha berminat untuk mendengar kisah hidup Haikal.

"Haikal ada seorang adik. Kitorang dua beradik aje."

Sama juga sepertinya. Dia cuma ada seorang abang. Haikal betul-betul mempunyai persamaan dengan Ayesha.

"Haikal jangan sedih-sedih tau. Kisah hidup Haikal sama macam akak dulu." Ayesha tersenyum ke arah Haikal. Dia faham apa yang dilalui Haikal sekarang ini.

"Akak anak yatim piatu juga ke?"

"Ha'ah. Dulu, akak pon macam Haikal juga. Akak tinggal dengan Opah akak. Tapi, yang bezanya akak ada abang. Haikal ada adik."

Itulah hakikat yang dia perlu terima sejak usianya sepuluh tahun. Kini, dia hanya ada Opah, Ummi dan Along. Walaupun Ummi hanyalah ibu susuannya tapi dia dah anggap Ummi macam ibu kandungnya sendiri.

"Eh, jomlah sambung kerja. Lama pula kita berborak." Ayesha bingkas bangun dari duduknya. Perasaan hiba tadi ditepis jauh-jauh.

.

.

Fayyadh melangkah kaki menuju ke pintu keluar bilik pembedahan. Hampir lima jam dia berada di bilik pembedahan. Dapat keluar dari kawasan bilik pembedahan ibarat berjaya keluar dari gua. Barulah dia dapat menghirup udara semula jadi dan bukannya angin aircond.

Cinta AyeshaWhere stories live. Discover now