Ayesha menghentikan keretanya di sebuah rumah kampung. Dia membawa langkah keluar dari perut kereta. Ayesha tersentak apabila ramai kanak-kanak meluru ke arahnya dengan girang. Ayesha kemudiannya mengeluarkan beberapa beg plastik yang penuh dengan makanan.
"Wah, kak Yaya beli aiskrim!!!" seorang kanak-kanak perempuan menjerit girang. Dia pantas mengambil beg plastik yang berisi beberapa aiskrim batang.
"Anna, jangan rebut-rebut. Kongsi dengan adik-adik." suara seorang wanita berumur keluar dari rumah kayu dua tingkat itu.
"Ummi!" Ayesha pantas memeluk tubuh wanita berumur tersebut. Dia amat rindukan ummi. Wanita yang begitu bermakna baginya.
"Yaya sihat? Lamanya Ummi tak jumpa Yaya. Along tak datang sekali ke?"
Ayesha kemudiannya bersalaman dengan Ummi. Wajah Ayesha cemberut apabila Ummi menyebut nama Along.
"Ummi ni, tak habis-habis cari Along. Ummi tak rindukan Yaya la tu." Ayesha mencebik. Ummi atau lebih dikenali sebagai Mak Yah.
"Siapa cakap Ummi tak rindukan anak dara Ummi sorang ni yang tak reti-reti nak jenguk Ummi dekat kampung? Ummi hari-hari rindukan semua anak-anak Ummi." Ummi buat drama air mata. Mata Ummi mula berkaca. Dia sangat rindukan anak-anaknya.
"Ummi janganlah cakap macam tu. Serba salah pula Yaya."
"Hesy, dah la. Meh masuk. Dah nak maghrib ni. Yaya tidur sini kan?" Ummi cepat-cepat mengubah topik perbualan. Tidak mahu ada drama air mata.
"Ha'ah. Dua malam. Takpe kan?" Ayesha melangkah masuk ke dalam rumah kayu itu. Beg galasnya diangkat. Namun ada seorang budak lelaki lebih pantas mengangkat.
"Kejapnya Kak Yaya duduk sini. Tak sempat nak borak panjang-panjang dengan Kak Yaya." Budak lelaki yang segak memakai baju melayu siap dengan songkok menjawab.
"Eh, Faiz! Wah, dah besar dah adik hensem akak sorang ni." Ayesha terkejut melihat Faiz yang sudah dianggap adiknya. Sebenarnya dia lebih terkejut dengan ketinggian Faiz yang sudah paras bahunya. Padahal baru tingkatan dua.
"Faiz! Panggil adik-adik masuk. Dah nak dekat maghrib ni. Masuk mandi, lepas ni nak pergi mengaji pula." Panggil Ummi.
"Baik, Ummi!"
Faiz sebagai abang yang baik memanggil semua adik-adiknya masuk ke dalam rumah. Ada tiga orang termasuk kanak-kanak perempuan bernama Anna. Ayesha tersenyum melihat adik-adiknya membesar. Melihat kanak-kanak ini buatkan dia teringat kenangan zaman kanak-kanaknya dahulu.
.
.
"Eh, bila kau balik?"
Ayesha yang sedang menyarung selipar terkejut mendengar sahutan dari seorang lelaki. Dia memegang dadanya sambil diusap lembut. Lepas solat isyak tadi, Ummi pergi berjumpa imam masjid sebab ada urusan. Katanya nak buat kenduri kesyukuran. So, aku pun keluar la dulu.
"Ya Allah, Muiz! Kau memang nak bagi aku sakit jantung kan?" Ayesha menghela nafas perlahan. Lelaki yang bernama Muiz hanya tersengih.
"Hehe... Sorry. Kau tak cakap pon nak balik? Ni, Afham balik sekali tak? Dah lama aku tak jumpa dia." Soal Muiz. Dia dengan Afham macam isi dengan kuku. Memang tak boleh berpisah. Muiz ni sebenarnya sepupu Ayesha dan Afham. Tapi umur Muiz lebih tua dari Ayesha.
"Tak. Aku balik sorang. Macam kau tak kenal abang aku tu. Sibuk memanjang." Ayesha membebel. Along tu asyik kerja, kerja, kerja! Bosan betul. Sebab tu dia ambil keputusan untuk pulang ke rumah Ummi.
"Eh, kau berapa lama dekat sini? Aku ingat nak bawa kau jumpa seseorang." Ujar Muiz tersipu malu. Ayesha memandang Muiz dengan senyuman penuh makna.
"Pergi jumpa bakal tunang kau ke?" Ayesha tersengih. Dia tahu yang Muiz akan bertunang bulan depan. Tapi sekali pun, dia tak pernah bawa Ayesha berjumpa dengan bakal tunangnya itu.
YOU ARE READING
Cinta Ayesha
Romance2nd Romance by Riff_Iffa *Sinopsis akan diubah Kisah cinta ada yang pergi dan datang. Tapi lain pula yang terjadi apabila dua cinta yang hadir pada waktu yang sama. Begitulah kisah cinta seorang gadis bernama Ayesha Farahin. Dua jejaka hadir dalam h...