BUNYI deringan telefon yang tak henti-henti mengganggu tidur Ayesha. Ayesha menggapai-gapai telefon dalam keadaan mamai.
"Hello?"
"Ayesha Farahin! Kau dekat mana hah? Kenapa kau tak balik rumah? Kau dekat mana sekarang? Kenapa aku call tak angkat?"
Suara seorang wanita yang agak lantang itu membuatkan telinga Ayesha berdesing. Dia menjauhkan skrin telefon dari telinganya. Boleh pekak telinga kalau kena bebel minah ni.
"Aku dekat hospital. Buku lali retak. Kena simen. Kena warded." satu persatu Ayesha terangkan secara ringkas dan padat apa yang terjadi padanya. Ayesha memandang ke arah sofa. Kosong. Kelibat Fayyadh tiada di situ.
"Semalam masuk hospital, hari ni baru beritahu? Bertuah punya kawan! Kau ni memang..." belum sempat wanita di dalam panggilan itu menghabiskan bebelannya, Ayesha memintas.
"Aku call kau kejap lagi. Ada hal." panggilan terus ditamatkan setelah itu. Ayesha bangkit dari pembaringannya. Dia melihat ke sekeliling wad.
"Mana dia pergi?"
.
.
Kot berwarna putih disarungkan. Steteskop serta telefon diambil. Kaki melangkah keluar dari bilik rehat itu. Baru sahaja tombol pintu dipulas, seseorang menolak pintu dari luar dengan kuat menyebabkan dahinya terkena pintu.
"Auch!"
"Hah! Sini pon kau." suara Imran kedengaran. Fayyadh memandang tajam ke arah Imran. Bahu Imran ditumbuk kuat.
"Auch! Sakitlah bongok!" Imran mendesis kesakitan.
Imran dan Fayyadh berdiri di pintu masuk. Masing-masing mendesis kesakitan. Imran merupakan rakan sekerja Fayyadh. Dari zaman universiti sehinggalah masing-masing bekerja di bidang yang sama di department yang sama. Imran dah masak dengan perangai Fayyadh yang suka berahsia dengannya.
"Tahu pun sakit, yang kau terjah aku tu dah kenapa?" Fayyadh membuat muka. Sehari tak jumpa dengannya memang tak tenang hidup.
"Prof Aidil dari semalam cari kau. Kau pergi mana?" Imran menyoal. Hampir meletup telefonnya akibat berkali-kali menghubungi Fayyadh. Bukannya nak beritahu. Suka sangat buat kerja gila. Prof Aidil tu sudahlah macam singa. Tahu nak menengking aje. Yang jadi mangsa bebelan Prof Aidil ialah Imran.
"Aku accident time lunch." Fayyadh membetulkan rambutnya yang sedikit kusut. Pagi ni kena round dekat wad ortopedik. Sekali sekala nak juga kelihatan kemas. Selalunya setiap kali round ward pasti dia akan kelihatan selekeh sebab baru balik dari emergency department.
"Accident?! Kau okay tak? Ada patah? Kau tahu kan minggu ni kita ada operation penting. Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang dalam operation room tu. Seram tau kena soal dengan prof." Imran memandang Fayyadh atas bawah. Bimbang sekiranya ada kecederaan pada sahabat penyelamatnya time kena soal dekat operation room. Sudahlah Fayyadh ni MO yang paling cekap dalam team mereka.
"Aku okay. Cuma... aku dah langgar orang." Teringatkan orang itu buatkan dia terfikirkan Ayesha. Macam mana keadaan dia sekarang? Semalam dia terlelap di sofa sehinggalah dia tersedar pada waktu subuh. Cepat-cepat dia keluar dari bilik Ayesha. Bimbang juga kalau staffnurse nampak dirinya di dalam bilik tersebut. Niat nak tidur sekejap aje. Bangun-bangun dah subuh.
"Kau langgar orang? Habis tu dia macam mana sekarang? Dia saman kau tak?" Imran gelabah tak tentu pasal. Baru sehari dia tidak temani Fayyadh waktu makan tengah hari sudah macam-macam berlaku.
"Buku lali retak. Sekarang dia dekat wad second class. Okaylah, aku nak pergi buat round. Hari ni aku kena ikut Prof Azhar buat round dekat wad ortopedik." Fayyadh melangkah kaki meninggalkan Imran sendirian di hadapan bilik rehat.
YOU ARE READING
Cinta Ayesha
Romance2nd Romance by Riff_Iffa *Sinopsis akan diubah Kisah cinta ada yang pergi dan datang. Tapi lain pula yang terjadi apabila dua cinta yang hadir pada waktu yang sama. Begitulah kisah cinta seorang gadis bernama Ayesha Farahin. Dua jejaka hadir dalam h...