BAB 3

270 31 5
                                    

Ayesha memandang ke arah luar tingkap. Hari ini merupakan hari terakhir dia di hospital. Esok dia akan pulang ke rumah. Akhirnya dapat pon keluar dari sini. Keadaan kakinya juga kian membaik. Dia sudah mampu bangun dan berjalan menggunakan tongkat. Fayyadh cakap dia kena pakai simen ini selama tiga bulan. Lama siot!

Nampaknya cuti semester Ayesha hanya akan dihabiskan di rumah opah dekat kampung. Tak boleh nak keluar kerja. Selalunya kalau cuti semester dia pasti akan buat kerja sambilan. Takpelah boleh teman opah buat kuih. Setiap kali cuti semester pasti dia akan pulang ke kampung dan teman opah. Opah tinggal sorang-sorang. Dapatlah Ayesha habiskan masa dengan opah.

"Assalamualaikum." suara garau itu mengejutkan Ayesha yang hanyut dalam lamunan. Matanya membulat melihat gerangan manusia yang berdiri di hadapannya sekarang ini.

"Along!" Ayesha menahan air mata yang bila-bila masa sahaja boleh tumpah. Orang yang sangat dia rindukan berada di hadapannya sekarang ini. Ayesha memeluk rapat tubuh Alongnya. Alongnya tersenyum dan mengusap lembut ubun-ubunnya.

"Kenapa tak beritahu Along yang Yaya accident? Along tahu pun lepas penasihat akademik Yaya hubungi Along. Nasib baik Along dapat kebenaran pulang ke sini." Afham menggeleng kepala. Dia sangat risaukan Ayesha, satu-satunya darah dagingnya. Pelukan dilepaskan setelah itu. Ayesha dan Afham melabuhkan punggung ke atas sofa.

"Yaya tak nak ganggu kerja Along. Takpe, Yaya okay. Kaki kena simen aje." Ayesha tersengih. Dia kenal sangat dengan perangai Along.

Along seorang abang yang sangat penyayang. Kalau dia sakit atau dalam masalah pasti Along akan datang berjumpa dengannya. Tapi dia tak naklah ganggu Along. Dia faham akan kerjaya Along yang satu itu . Sudahlah, Along yang sara dia selama ini selepas orang tuanya meninggal dunia. Panggilan Yaya itu hanya Along dan opah sahaja yang gelarkan. Katanya lebih manja dan sesuai dengannya.

"Yaya discharge bila? Kaki dah kuat ke?" Afham memeriksa kaki Ayesha. Ayesha menepuk dahi. Keluar dah perangai Encik Doktor dia tu. Risau sangat. Sedang mereka berbual, Fayyadh masuk ke dalam bilik yang menempatkan Ayesha.

"Doktor Afham?"

Mendengarkan suara itu buatkan Fayyadh mengalihkan pandangannya. Dia terkejut melihat Fayyadh yang masuk ke bilik Ayesha. Ayesha sudah terkejut melihat mereka saling kenal. Fayyadh tersengih manakala Afham menepuk lembut bahu Fayyadh.

"Kau kena transfer sini ke? Wah, lama dowh tak jumpa kau." Afham dan Fayyadh kemudiannya saling berpelukan dan menepuk belakang. Ayesha terkebil-kebil melihat Fayyadh dan Alongnya bermesraan sebegitu. Seolah-olah rakan yang sudah bertahun tidak berjumpa.

"Ha'ah. Tahun ni dah second year aku dekat sini. Kau kena transfer JB kan? Aku tahu pon dari Daus sebab dia dapat JB juga. Sampai hati kau tak beritahu aku." Fayyadh menumbuk bahu Afham. Geram dengan doktor seniornya yang sorang ni. Lepas Afham tamat pengajiannya mereka tidak saling berhubung setelah itu. Sampailah hari ini mereka bertembung tanpa sengaja. Afham merupakan senior Fayyadh sewaktu di universiti. Mereka sangat rapat sehinggakan masing-masing hanya menganggap sebagai kawan. Langsung tiada panggilan abang antara mereka.

"Eh, kau rindu aku ke?" Afham tersengih. Dia bukan sengaja tidak mahu beritahu rakan-rakannya tapi dia terpaksa atas sebab tertentu. Dia terpaksa mendiamkan diri dari media sosial.

"Takdelah. Tak rindu langsung. Eh, apa hubungan kau dengan patient aku?"

Ayesha yang mendengar perbualan mereka rasa nak muntah. Geli melihat kemesraan mereka berdua. Selama dia kenal Along, dia langsung tidak mengenali kawan-kawan Along. Yang dia tahu, Along hanya fokus dengan kerjanya sebab nak tanggung pengajiannya. Hanya itu sahaja.

"Ni adik aku. Kau doktor yang incharge adik aku ke? Boleh aku tahu, siapa yang langgar adik aku? Kalau aku jumpa dia, memang dah bengkak mata dia aku kerjakan."

Cinta AyeshaWhere stories live. Discover now