1. Devil Lover

11.7K 102 2
                                    

Gii pov

Hujan renyai-renyai membasahi tubuhku yang layu terkulai bersandar di tiang lampu jalan.

Kegelapan malam hanya diterangi lampu itu. Kawasan ini agak sunyi. Mungkin kerana sudah lewat malam.

Aku meraba bibirku. Pedih. Dibelasah dengan beberapa Gengster tadi.

Semua ini disebabkan Jason. Kalau bukan sebab dia berkhianat pada aku, tak mungkin aku dibelasah sampai begini sekali. Ah. Tak guna punya kawan!

Kali ini aku beralih meraba perutku pula. Perit. Sakit akibat ditikam.

“Awak okey? Kenapa ni?”

Aku mendongak kepala memandang pemilik suara itu. Aku tak nampak sangat muka dia, kerana terlindung di sebalik payung.

Pemilik suara itu memayungiku dari terus dibasahi air hujan. Dia berlutut  di hadapan aku untuk memastikan keadaanku.

Dia sedikit terkejut apabila melihat bajuku penuh dek darah merah yang mengalir keluar.

Aku mengerutkan muka ku akibat menahan kesakitan.

“Awak luka ni. Macam mana boleh jadi macam ni?” soalnya sedikit kalut.

Dia mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. “Bertahanlah. Saya akan call ambulance.” Dia cuba untuk mendail ambulance tapi tindakkannya itu terhenti bila aku melarangnya.

“Jangan...” larangku. Dia memandangku. “Tolonglah...” rayuku.

Dia mengeluarkan sapu tangannya dan ditekan ke perutku untuk memberhentikan darah yang semakin galak mengalir keluar.

“Awak boleh bangun tak? Rumah saya tak jauh dari sini. Kita pergi rumah saya. Rawat luka awak ni dulu. Kalau lambat, awak boleh mati.” Ucap pemilik suara itu.

Dia cuba menolong aku untuk bangun.

Walaupun sakit. Tapi aku gagahkan juga. .

Betul katanya. Kalau terus begini. Aku boleh mati. Aku tak mahu mati lagi.

Random pov

Qasha menidurkan lelaki yang ditolongnya tadi di atas katil.

Dia berlari ke luar dari biliknya. Qasha menadah sebesen air. Tuala kecil dicapainya. Kotak kecemasan yang ada di atas kabinet itu juga diambilnya.

Dia kembali ke bilik. Dilihatnya lelaki itu terbaring lemah.

Qasha duduk di tepi katil. Baju kemeja lelaki itu dibukanya. Dia mengambil tuala kecil itu dan ditekup ke perut lelaki itu.

Lelaki itu mengerang perlahan menahan sakit.

Nasib baiklah Qasha sedikit sebanyak tahu cara merawat luka tikaman dan luka tembakkan.

Dia berterima kasih pada pengalamannya membesar dalam keluarga doktor. Walaupun dia cumalah anak angkat keluarga itu, tetapi sedikit sebanyak dia mempunyai pengalaman yang dilihatnya sepanjang dia membesar di rumah mewah itu.

Walaupun kini mereka sudah tidak mengakunya sebahagian dari keluarga mereka. Kerana bapa angkatnya sudah meninggal dunia tahun lepas. Dia dihalau keluar oleh abang angkatnya selepas membolot semua harta.

“Awak rehatlah. Awak dah banyak hilang darah.” Suruh Qasha. “Tak banyak yang saya boleh tolong. Tapi saya harap sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan awak.” Sambungnya lagi.

Dia sudah siap menjahit luka di badan lelaki itu.

“Terima kasih.” Ucap lelaki itu perlahan.

Devil LoverWhere stories live. Discover now