14. Flashback ketiga

1.9K 42 0
                                    

Qasha pov

Qasha keluar dari kawasan kampus. Kelasnya sudah lama tamat. Cuma dia mahu menunggu Gii.

Malas mahu keluar awal. Panas di luar.

Jadi lepas Gii menelefonnya kata dia sudah ada di hadapan kampus, barulah Qasha keluar.

Gii pov

“Maaf, dah lama ke awak tunggu?” Tanya Qasha sebaik sahaja pintu Lamborgini itu dibukanya.

Gii memandu pergi.

“Baru sampai.” Jawabku perlahan.

“Mama dengan papa, ada dekat rumah lagi?” Qasha membuka bicara setelah lama kesunyian menghuni.

“Mereka balik hotel. Pukul lapan malam nanti baru bertolak pergi ke airport.” Balasku.

Qasha mengangguk.

“Siapa lelaki yang tegur kau pagi tadi?” Tanyaku.

Qasha berpaling memandangku. Mukanya sedikit cuak.

Dia nampak? Kecut hati Qasha.

“Kawan lama.” Jawab Qasha takut-takut.

“Kawan lama?”

Aku mengukir sengihan. Aku melirik ke tepi memandangnya dengan ekor mata.

Dia mengangguk perlahan.

“Jangan sampai aku dapat tahu kau ada apa-apa hubungan dengan dia. Kalau aku tahu, aku bunuh dia!” Aku memberi amaran. “Kau tu, hak aku.”

Qasha menundukkan pandangan. Tidak berani bertentang mata dengan Gii.

Flashback

Random pov

“Baik kelas, hari ni saya nak kamu buat nota. Sebelum kelas tamat, saya akan kutip. Masa ada lagi dua jam. Mulalah!” Arah Qasha kepada pelajarnya.

Rifqie memandangnya dari tempat jauh.

Qasha memicit dahinya yang pening kerana memikirkan banyak masalah.

“Qasha.” Panggil seorang lelaki.
  
Siapa pula mamat ni? Ih, banyak sungguh lelaki sekeliling Qasha. Ni yang buat aku hangin satu badan ni. Gumam hati Rifqie.

Qasha bangun. Tanda hormat kepada Prof mudanya itu.

“Kenapa ni? Awak tak sihat ke?” tanya Prof Aiman.

Dia menggeleng, senyuman tawar diberikan kepadanya.

“Kalau awak tak sihat, awak baliklah rehat. Awak bukan macam cikgu dekat sekolah. Awak tu bakal pensyarah.” Ujar Prof Aiman.

“Saya okey Prof.” Tipu Qasha. Walhal, dia rasa dah tak mampu nak berdiri lagi dah.

“Baiklah kalau itu yang awak cakap. Macam mana dengan kelas ni? Okey tak?” tanya Prof prihatin.

“Okey buat masa ni.” Beritahu Qasha.

“Saya nak datang nak menilai macam mana kamu mengajar. Tapi dah kamu nampak macam tak berapa nak sihat, saya tangguh dululah.”

(Serius. Aku sendiri tak tahu apa yang aku tulis. Ada ke waktu praktikal, prof kita datang buat sportchek? Ah... Bia la. Nama pun, fiksyen.)

“Thanks Prof. Faham saya. Saya minta maaf. Prof datang menilai saya esoklah. Esok mungkin saya akan baik macam sedia kala.” Prof Aiman mengangguk.

“Macam mana semua? Faham tak apa yang student saya ajarkan kepada kamu? Kalau nak komen, kamu boleh komen kepada saya. Saya akan menilai markah dia melalui kamu.” Ucap Prof Aiman.

Devil LoverWhere stories live. Discover now